Datuk Seri Mohd Najib akan melengkapkan teori RAHMAN yang selalu disebut-sebut sebelum ini. Kepada yang tidak mengetahui kewujudan atau apa dia teori RAHMAN eloklah kembali kedalam selimut anda.
Siapa yang mencipta teori RAHMAN tidaklah kita ketahui dengan jelas. Yang nyata ia menimbulkan persoalan apa atau siapa selepas RAHMAN.
Hakikatnya DSN akan menjadi Menteri Perdana yang paling enigmatik dan problematik buat Malaysia. Menteri Perdana yang ke enam negara bukan sahaja berhadapan dengan sebuah parti yang retak dan usai, mengemudi sebuah negara kecil yang berhadapan dengan krisis ekonomi global yang paling serius dalam sejarah dunia malah beliau berhadapan dengan krisis persepsi yang mempersoalkankan kredibiliti moralnya selaku Ketua eksekutif Malaysia.
Disamping beliau ialah isteri tercinta yang juga mempunyai masalah persepsi dan kredibiliti yang dipersoalkan. Tidak pernah ada sebelum beliau, seorang isteri Menteri Perdana yang dilihat amat berkuasa, sama berkuasa seperti suaminya. Sama ada semua dakwaan itu benar atau tidak bukanlah persoalan utama. Malah ada yang mendakwa beliau sudahpun mempunyai pejabat beliau sendiri di Kementerian Kewangan!. Lucu bunyinya cerita ini tetapi ia menunjukkan keupayaan dan pengaruh beliau.
Jika dilihat dari beberapa tindakan beliau kebelakangan ini, DSN menunjukkan kemampuan dirinya sebagai pemain politik yang hebat. Malah pihak pembangkang sendiri melalui beberapa komen-komen pemimpin mereka seolah-olah cuba mendesak Abdullah supaya tidak meletak jawatan. Apakah mereka telah salah percaturan?. Mungkin petembungan politik pembangkang dan DSN akan menjadi konfrantasi yang brutal? Aku beranggapan begitu, memandangkan pembangkang tidak mempunyai rasa hormat kepada DSN bagaimana DSN hendak menunjukkan hormat kepada mereka?
Paklah juga rasanya mempunyai pandangan yang sama. Ucapan beliau di PWTC dan temuramah beliau dengan media kemudiannya menunjukkan beliau menyeru DSN untuk terus mengamalkan sikap terbuka dengan demokrasi negara. Pembangkang yang dahulunya begitu bersungguh-sungguh menjatuhkan Pak Lah kini mendapati beliau adalah pilihan yang lebih baik .
Apapun aku menjangkakan yang politik Malaysia akan menjadi lebih meriah dengan berbagai -bagai tuduhan demi tuduhan. Lazimnya di negara ini khabar angin lebih dipercayai berbanding media arus perdana. Bagaiamankah DSN menangani semua ini? apakah bahan peledak c4 akan digunakan lagi? Tungggguuuuu.....
Salam.
1 comment:
kerana khabar anginlah, banyaknya berlaku sesuatu yg tak menyenangkan dan membimbangkan.
di manakah kewarasan kita...?
berpijaklah di bumi nyata.
Post a Comment