Wednesday, April 8, 2009

Permulaan yang tidak memberahikan bagi PM Baru


Seperti dijangka kedua-dua bukit yang dipertandingkan gagal ditawan oleh BN. Kedua dua bukit tidak menunjukkan ransangan kepada gerakkan BN. Jika ini boleh dianggap referendum kepada kepimpinan Datuk Seri Najib maka perjalanan beliau masih berliku. Mungkin ada analisa yang menyatakan ini bukan ukuran populariti DSN dan hanya satu insiden terpencil. Katalah apa pun namun kita tidak dapat lari dari hakikat bahawa BN tewas di dua bukit dengan kekalahan yang jelas. Tidak ada tapi, tidak ada alasan. Kekalahan tetap kekalahan.


Walau apapun diatas semangat demokrasi kita harus mengucapkan tahniah kepada PR diatas kemenangan mereka. Kemenangan ini sebenarnya menjadi pendorong moral kepada PR dan akan memberi impak psikologi yang serius kepada BN.


Jika ulasannya "Status quo" yang sedia ada kekal (seperti tajuk berita NST) ia hanya menunjukkan ketidak upayaan BN meleraikan "status quo" tersebut. Jika ulasannya jentera BN kelam kabut dan ada ketua cawangan/bahagian main wayang, bayangkan jika kita berada di PRU 13 nanti.


Ada sahabat yang memberi komen begini "jika seorang dah UMNO kau cakap apa pun dia tetap UMNO dan jika seorang tu PR kau cakap apa pun dia tetap PR, yang hendak dipengaruhi adalah manusia-manusia atas pagar". Jika benar begitu, manusia atas pagar dan semakin hilang. Ramai yang sudah memihak. Jika dilihat pecahan undi kemungkinan pecahan nya adalah 50:50, mungkinkah kita akan melihat kerajaan campuran BN/PR pada PRU 13? kerana aku menjangka tidak akan ada parti yang akan mempunyai majoriti yang cukup kuat untuk membentuk kerajaan.


Secara peribadi aku rasa UMNO sedang bingung. Tak tahu macamnana nak menangani semua perubahan yang mendadak. Tak tahu apa yang hendak diubah ( sebab tidak pernah diberitahu apa yang patut diubah - posting aku terdahulu). Ini ditambah dengan rakan-rakan gabungan yang dah kena strok!. Dah hampir lumpuh separuh badan.


Adakah ini isyarat kematian UMNO?. Belum lagi tetapi tabuh telah mula berbunyi untuk MIC, Gerakan dan MCA!


Apapun in tentu sekali tidak memberahikan langsung. Jika DSN tidak memulakan 'foreplay' dengan baik, beliau mungkin mendapat 'premature ejaculation', prematurely ejected from the seat that supposed to be his destiny.


I can see now DSAI standing in the corner hardly able to contain his wild imagination at this mouth watering signal!


1 comment:

Z-MAY said...

masih isu perkauman. mca gagal tarik undi kaum mereka mempercayai bn. mic juga terlalu gagal.

nampak sangat kedu2 komponen dlm bn itu terlalu lemah...