Saturday, May 5, 2012

Dunia Dengan Dua Neraca Ukur

Aneh dengan sikap sebuah kumpulan manusia yang bercita-cita untuk jadi pemerintah dengan menjual slogan Bersih, Bertanggungjawab dan Telus (Clean, Accountable and Transparent). Bukan aku mempertikaikan hak mereka untuk mempunyai cita-cita sebegitu. Malah bukan aku mempertikaikan jika mereka akhirnya berjaya menjadi pemerintah, sebaliknya aku mempersoalkan hipokrasi mereka.

Apabila manusia mempunyai  dua neraca ukur untuk  satu situasi yang sama maka mereka ini adalah dari kumpulan yang kita sebut munafik. Jika bukan ada kalangan mereka melakukan satu kesalahan tertentu segera mereka menghukum dengan tanpa belas kasihan, tetapi jika seorang dari mereka malakukan dosa yang serupa, segera mereka bangkit dengan menuduh bermacam-macam terhadap yang membuat tuduhan, segera mereka datang dengan berbagai-bagau hujah dan dalil untuk menyelamatkan diri.

Aneh sekali kumpulan inilah yang sanggup bermatian untuk menuntut keadilan sejagat, kesaksamaan dan kejujuran, tetapi apabila mereka ditimpa masalah mereka dengan sedar memilih untuk tidak melihat dengan keadilan sejagat, kesaksamaan dan kejujuran. Semua ukuran itu tidak terpakai untuk diri mereka sendiri. Semua itu hanya terpakai jika ia melibatkan musuh mereka sahaja.

Pembohongan dibolehkan jika tujuannnya baik. Penipuan disunatkan jika suasana tidak mengizinkan kebenaran terserlah. Pengkhianatan tidak mengapa jika keputusan akhirnya baik (dari pandangan mereka). Lebig teruk jika semua iru dikaburi dan dihiasi dengan perasa-perasa keagamaan.

VIDEO HANYA BESI


Jika video menunjukkan mush mereka, segera ditakbirkan kebesaran ilahi yang menunjukkan betapa buruk tingkah lau musuh. Tidak ada sedikit pun soal sama ada ia konspirasi sesiapa, penipuan sesiapa atau lakonan oleh sesiapa. Malah tidak perlu video, hanya perlu seorang membuat tuduhan sahaja, maka sudah cukup untuk menjatuhkan hukum, tiada soal Qazaf tiada soal soal. Ia benar belaka


Tetapi bila ia melibatkan keluarga sendiri, segera dikeluarkan berbagai fatwa dan hukum bagi menunjukkan ia tidak dapat diterima. Malah didakwa pula ada pleakon dua serupa yang digunakan dengan perut dan misai menjadi bahan tempelakkan.


Bayangkan jika video-video dan gambar-gambar itu menunjukkan musuh mereka. Aku pasti sekali tidak ada sesiap menuduh pelakon dua serupa. Keputusan tentu sekali BENAR BELAKA.




BERKAWAN DENGAN SYAITAN ASAL SAHAJA DAPAT MELUPUSKAN MUSUH ISLAM?


INI ADALAH SATU STATEMENT YANG PALING TIDAK BERTANGGUNG JAWAB DARI SEORANG YANG DIGELAR ULAMAK DAN DIDAKWA TIDAK PERNAH TINGGAL SEMBAHYANG TAHAJJUD DAN DHUHA.


Seorang Nabi Agung yang di baling batu sehingga berdarah pernah ditawarkan oleh Jibrail pertolongan untuk menghancurkan kampung tersebut, Baginda malah menolak MALAH mendoakan yang terbaik untuk penduduk Kampung tersebut. 


Mengapakah begitu? Hakikatnya Islam tidak boleh ditegakkan diatas kebencian. Islam perlu ditegakkan diatas doa dan kasih sayang. 


Apakah hakikatnya jika sebuah negara ISLAM dapat ditegakkan dengan bantuan Syaitan? Ia adalah sebuah negara ISLAM milik SYAITAN!. Kita bisa sahaja mendakwa syaitan TERSEBUT DIUTUS ALLAH!, TETAPI HAKIKATNYA BILA ALLAH MENGUTUS SYAITAN UNTUK MEMBANTU, TENTULAH YANG DIBANTU ITU JUGA SYAITAN. BUKANKAH ITU JANJI SYAITAN KEPADA ALLAH?


Dan mereka ini mendakwa mereka adalah bayang bayang Khalifah-Khalifah besar Islam terdahulu!

Kini puak-puak ini turun kepadang untuk merampas kuasa dan bergabung dengan orang orang atau kumpulan yang jika musuh mereka melakukannya akan segera dihukum dengan hukum menentang agama Allah. Disitu maksud berkawan denga SYAITAN untuk menegakkan hukum Allah.

Mereka terpaksa menutup sebelah mata dari memandang kelakuan syaitan tersebut  asal sahaja mereka berkuasa.

Dan mereka sibuk menuduh rakan rakan mereka dari sebalah sana sebagai SYAITAN BISU.

Begitulah anehnya jika kita mempunyai dua neraca untuk mengukur satu situasi yang sama....