Thursday, August 28, 2008

Strategi BN untuk mengekalkan kuasa pada tahun 2013

Benarkah SKMM (Suruhanjaya Kominikasi dan Multi Media) mengarahkah agar laman web Malaysia Today disekat? Laman Malaysian Insider melaporkan disini. Secara jujur aku rasa Kerajaan Kita ( Baca: BN) adalah lebih berakal dan lebih waras daripada ini. Tapi apakan daya kebanyakanya half past six. Mungkin banyak sangat makan daging yang dijangkiti penyakit lembu gila kut?

Jika dibaca dari laporan tersebut alasannya adalah mereka takutkan 400 ribu pengundi baru yang berdaftar setiap tahun dan menjelang PRU tahun 2013 ada 2 juta pengundi baru yang dipercayai lebih celik internet yang dikhuatiri akan terpengaruh dengan 'dakyah' di internet!

Penyelesaiannya? Haramkan Laman Web Malaysia Today! atau mungkin lepas ni laman-laman blog/web yang sewaktu dengan MT. Will this work? Hardly.

Sebagai seorang warganegara yangbertanggung jawab aku ada beberapa cadangan bersepadu yang lebih baik untuk memastikan kemenangan BN pada PRU tahun 2013;

1.Haramkam terus penggunaan internet kecuali perniagaan dan urusan kerajaan sahaja
2.Haramkan semua penerbitan akhbar dan majalah kecuali yang dimiliki oleh kerajaan sahaja
3.Haramkan penggunaan radio dan TV kecuali yang menyiarkan propaganda kerajaan
4.Haramkan penubuhan parti politik terutama PAS, DAP dan PKR kecuali BN sahaja
5.Haramkan semua penerbitan buku buku kecuali buku buku berkenaan masakan
6.Haramkan sebarang pendidikan selain dari pendidikan oleh kerajaan
7 Penjarakan semua orang yang berani berkata tidak kepada kerajaan
8.Ujudkan kem kerja berat bagi mana-mana pihak yang subversif
9.Wujudkan pangkalan data DNA semua pnduduk negara ini untuk mudah mengesani pergerakkan mereka. Ini kita boleh lakukan dengan menandakan semua warganegara dengan bar kod yang boleh dibaca oleh scanner pasaraya
10.Semua ahli parlimen adalah dilantik dan diberi tugasan tersendiri termasuk membangkang

So camna? kalau ini pun tak boleh memastikan BN terus berkuasa aku tak tahu nak kata apa dah....

Salam..

Wednesday, August 27, 2008

Rakyat Permatang Pauh Besuara

Telah bersuara rakyat Permatang Pauh. Pilihanraya Kecil ini mempunyai banyak signifikan terhadap percaturan politik Negara dan memberi impak besar kepada UMNO sebagai pendokong utama BN. Soalan utama disini adakah UMNO memahami mesej tersirat yang disampaikan pengundi Permatang Pauh?

Apakah respon UMNO ?

1. Adakah UMNO memahami bahawa menyokong UMNO tidak lagi dianggap 'cool' oleh generasi muda melayu? dengan demikian segera mengambil langkah untuk 'reengineer' dan 'rebrand' ?

2.Adakah UMNO memahami bahawa pengundi melayu sudah semakin celik politik dan dapat pandang telus gimik politiknya?

3.Adakah UMNO sedar bahawa ia sudah ketandusan isu da modal hingga terpaksa bergantung kepada punggung saiful untuk meraih undi?

4. Adakah UMNO faham bahawa mereka mempunyai pemimpin yang dilihat kaku dan tidak berwibawa lantas perlu dicantas dengan segera?

5. Apakah UMNO tahu bahawa politik angkuh dan sombong menantu kesayangan hanya menjauhkan pengundi daripada mereka?

6. Adakah UMNO sedar poltik cah keting mereka sudah menjadi terlalu parah?

7. Atau semuanya akan kembali kepada status quo, UMNO akan sibuk berebut-berebut jawatan dan terlupa waktu semakin singkat.

Sayang sekali UMNO yang dahulu hero orang -orang melayu kini bagai ikan terdampar diatas darat melenting-lenting tercungap-cungap.

Jika tidak dibetulkan, 3 juta ahlinya akan berbondong bondong pergi kerana tdak ada apa yang hendak direbut lagi.

Tetapi adakah semuanya akan 'smooth sailing' untuk DSAI/PKR/PR? Tidak juga. Harus diingat UMNO mempunyai 78 kerusi. Penyokong tegar dan lebih penting lagi , majoriti orang-orang melayu belum yakin sepenuhnya dengan kemampuan, keikhlasan dan kebolehan PR untuk memerintah kecuali PAS yang mempunyai pengalaman mentadbir.

Setakat yang ditunjukkan oleh Selangor/P.Pinang/Perak aku rasa biasa-biasa saja dan kadang-kadang sama saja dengan BN. Setakat ini tindak tanduk mereka lebih bersifat populis dari menunjukkan falsafah pentadbirannya tersendiri. Tak pernah berlaku dalam sejarah dunia kerajaan yang mengambil alih nak berdebat dengan kerajaan yang pergi tentang hal-hal pentadbiran terdahulu. Kalau betul salah, betulkan sahaja.

Aku tak tahu sama ada DSAI sudah melakukan 'checkmate'nya tetapi jika dia berjaya menjadi PM seperti yang diangan-angankan perkara pertama yang perlu dibuat beliau ialah mengarahkan semua pembancuk kopi/teh dan pemandu peribadi hendaklah terdiri dari lelaki atau perempuan yang berumur 60 tahun keatas.

Kalau tidak masjid-masjid di nagara ini akan penuh dengan orang yang nak buat 'SUMPAH LAHANAT'


Salam...

Monday, August 25, 2008

Apakah Pilihan Orang Melayu?

Keadaan iklim politik semasa negara ini semakin tidak menentu. Aku bercakap sebagai Warganegara berbangsa Melayu dan beragama Islam. Mungkin suara aku tidak mewakili suara ramai tetapi aku ingin membincangkan nasib negara ini menjelang kemerdekaan ke 51 Malaysia. Negara yang sepatutnya berada di aras yang sama dengan Singapura dan Korea Selatan. Negara yang sepatutnya lebih kukuh milai moral dan etika kerana negara ini berpaksikan Islam sebagai pegangan dan bertunjangkan adat Melayu sebagai cara hidup.
Kekalutan pemimpin Melayu berebut kuasa semakin menyenakkan perut rakyat marhean seperti aku. Kerakusan mereka sebenarnya menampakkan betapa cetek dan tidak matangnya kita umat Melayu dalam berpolitik dan betapa bodohnya pemimpin dan orang yang dipimpin. Lebih malang lagi kita mempermainkan syarak dan adat yang kononya kita sanjungi.
Adakah ini tanda-tanda kejatuhan umat Melayu seluruhnya? adakah ini isyarat kemusnahan dan runtuhnya fabrik yang membentuk personaliti kita sebagai umat Melayu? Jika kita lihat sejarah Melaka sebelum kejatuhanya banyak berlaku fitnah dan tohmahan malah perebutan tahta yang menyebabkan Raja-Raja yang yang terlibat terpaksa bersekongkol dengan kuasa luar seperti Cina dan Siam untuk menegakkan kedaulatan kuasa mereka. Apakah yang terjadi akhirnya. Tanah Melayu terjajah selama 500 tahun!
Didalam kes ini jika UMNO menang apakah Melayu jadi Abu atau UMNO kalah Melayu jadi arang? atau apakah jika PR menang Kampung Melayu tergadai? apakah pilihan umat Melayu?
Secara jujur aku tiada jawapan untuk soalan ini...

Thursday, August 21, 2008

Kemerdekaan ini palsu belaka

Kemerdekaan yang kita agungkan sebenarnya palsu sahaja
Kemerdekaan itu tiada- ia hanya satu ilusi
hanya helah penjajah yang ingin terus berkuasa

Kemerdekaan kita itu hanya mainan kata-kata
membuai semangat yang buta hakikat
Kemerdekaan kita khayalan semata

Dimanakah kemerdekaan jika kita masih perlu kebenaran untuk berhimpun?
Bukankah penjajah yang mencipta ikatan itu?
Dimanakah kemerdekaan jika kita boleh dikurung tanpa sebarang pembelaan hanya diatas dasar syak wasangka semata?
Dimanakah kemerdekaan jika kita tidak boleh menyatakan kebenaran?
Dimanakah kemerdekaan jika kejahatan muncul sebagai pembela undang-undang?
Dimanakah kemerdekaan jika syaitan-syiatan yang memakai jubah kadhi duduk ditakhta keadilan?
Dimana kemerdekaan jika semua nilai kehidupan dibuang demi sesuap nasi ?
Dimana kemerdekaan jika moral dan etika dikorbankan untuk pangkat dan harta?

Berhati-hatilah wahai sahabatku...
Kemerdekaan hanyalah ciptaan penjajah-penjajah itu
kemerdekaan hanyalah lagu-lagu merdu yang melalaikan
supaya kita lena sedang mereka memenuhi tembolok masing-masing
diatas titik peluh pejuang pejuang yang terpedaya

Didunia dimana
Yang berbohong dianggap benar
Yang berkuasa menindas si faqir
Yang curang dianggap pemimpin agung
Yang tolol disangka pendita
Yang kejam menjadi pembela
Yang tamak merompak segala
Yang hina dimuliakan

Yang jujur tidak bersuara
Yang ikhlas rela ditindas
Yang amanah membisu seribu bahasa
Yang alim memejam mata
Yang adil berpeluk tubuh

Di dunia dimana
Kejahilan diangkat menjadi haq
Kemerdekaan hanyalah sepatah perkataan yang tiada makna

Wednesday, August 20, 2008

9-11 Quiz

http://www.globaloutlook.ca/Store/Magazines/12/12_quiz.htm

For you guys conspiracy theorist out there take a peek at this quiz. I found it while browsing the net.

Catatan Perjalanan

Telah bermusim aku susuri lorong-lorong ini
Telah lenguh sekali sendi-sendi lutut ku
Kulit-kulit yang kering dan kendur membalut tulang-tulang tubuh ku
Yang semakin longlai

Telah puas sudah ku selidiki
Seluruh pelusuk, ceruk dan rantau
mencari tanda, mencari bekas kehadiran mu disini


Telah puas aku ditertawakan
Kerana pencarian-pencarian ini
Telah puas aku dibodohkan
Kerana terus mencari walau tiada jejak tertinggal

Mengapakah kau menutup jejak mu?
mengapakah kau melindungi kehadiran mu ?
Mengapakah kau bersembunyi dari ku ?

Bagaimana hendak ku kata kau tiada
sedang jiwa ku memanggil mu?

Friday, August 15, 2008

Pendekar Muda

Tak mampu ku fahami
Susun kata mu yang berbilang-bilang
Syair apakah yang kau lagukan
Wahai Pendekar Muda?

Pencakmu sunguh tersusun
Tarian panglima membakar gelanggang
Laungan bak kokok ayam sabung
Tajinya tajam menujah-nujah bumi

Buah dan kunci
dipamer kemas silih berganti
kekuda siap memasak bumi
Sahlah kehebatan
Sahlah kependekaran
Jangan ada yang mencabar jantan
kelak bercerai kepala dari badan!

Panjang keris Panca Warisan
Berkilau bak delima dibawah mentari
Ditunjuk-tunjuk ke langit
Gah sang pendekar dengan sorakan

Nah...mengapa pula Pendekar Muda terhinjut-hinjut?
Ditengah gelanggang serba janggal?
Ahhh..malang sungguh nasib rang muda
Bertas persalinan dek galak tarian

Terlupakah oleh mu
Mengukur baju sepadan tarian?

Wednesday, August 13, 2008

Bar Council Conversion Forum

Me think we Muslim need to start talking with level head. If we are the peaceful, tolerant nation that we claim to be, we NEED to listen to other people grouses. Those barbaric deeds and words displayed in protesting blew away the notion that we are trying to project.


We must acknowledge that non muslim have some issues pertaining to their kin's conversion to Islam. That these issues have not been satisfactorily attended to by our present government and that they perceive, they are unfairly treated by Shariah Court. Complicating these issues are the fact the administration of Islam is under the individual ruler of each states, thus there are no standard operating procedure nor uniform precedent to fall back to when issues arises.


Fairness itself is subjective matter. What is fair to one party may not be fair to the other . Suppose a Muslim convert die just after his conversion. What will happen to his asset and property? What will happen to his non muslim wife and children? Do we 'waqaf' his asset to the baitulmal and let his family fend for themselves?


A renegade husband may convert simply for the purpose of avoiding to pay for financial support to his former wife and kids. This is the kind of scenario happening whether we like it or not. These are things that we Muslim must address without delay. We cannot close our eyes forever, we must have the will to sort things out.


We always said Islam Is Simple ( Islam itu Mudah ). No, it is not simple to the non muslim, they just don't understand how simple is simple. We didn't make simple for them.


So, Risking the ire of those oppose to the forum, I call upon my fellow Muslim Brothers in PPIM ( Muslim Lawyers Association- formerly Headed by Minister Zaid), JAKIM and IKIM to take a lead by organising a forum/muzakarah/ijtimak-whatever you call it to adress this matter. If there is/are already provision/s in our shariah law pertaining to that matter, publish it for general consumption so that everybody is aware.

Peace always....


Assalamualaikum.







Sunday, August 10, 2008

Bumi ini

Bumi ini bakal tumpah darahnya oleh tangan-tangan manusia
Luluh tulang temulang anak-anak yang tidak berdosa
Nyawa yang tidak lebih beharga dari setitik kuasa
Ketamakkan tidak mengenal budi dan etika

Bumi ini bakal luka dan binasa
Oleh pemimpin yang buta dan durjana
Dibuai nafsu serakah dunia
Amanah dipikul hanya pada nama
Tiada dosa, tiada pahala
Boneka

Bumi ini akan menangisi kematian
Bila penipuan dijual sebagai kebenaran
Oleh manusia angkuh pilihan Tuhan
Didalam manis ada belati tajam yang menjadi tusukan
Tiada lagi nilai kesaksamaan tiada lagi belas ehsan

Bumi ini bakal pupus nilai ketuhanan
Bila manusia ingin menjadi Tuhan
Berbekal ilmu jauh kehadapan
ilmu yang sudah boleh mencipta kehidupan

Bumi ini penyaksi lakonan
Umat-umat nabi pilihan
Yang membuang semua nilai ajaran
Kerana menyangka menyangka tentang ketuhanan
lalu berbunuh bunuhan atas nama kebenaran
Halal menghalal darah untuk menegakkan sangkaan
Yang mempunyai berbagai tafsiran

dan bumi ini masih belum bersuara...


Ahad
10.08.2008

Saturday, August 9, 2008

Bar Council Forum re Conversion to Islam

Pada pendapat aku, umat islam di Malaysia ini pemalas.Maksud aku pemalas dari segi intelek. Kita malas untuk berhujah dengan bukan islam tentang agama Islam, sedangkan kita di Negara ini ramai ulamak dan ilmuwan yang ada Phd dalam bidang yang mencakupi pelbagai bidang. Di IPTA kita berlambak para professor yang gah dengan title panjang berjela.

Kenapa kita tidak menghadapi polemik Majlis Peguam ini secara 'Head On'? Kita takut kalah? kita tak ada hujah? Kita tak cukup pandai? Kita tak ada modal? atau kita menganggap semua ini membuang masa? Kita malas hendak melayan....

Pada aku kita sudah membuang satu peluang keemasan untuk berdakwah. Memang kita tahu didalam Majlis Peguam ada banyak elemen anti islam, tetapi inilah waktu kita hendak membincangkan islam secara panjang lebar secara pendekatan ilmiah. Dimana pejuang islam kita? dimana ulamak kita? dimana Phd kita? Kita tak dapat terus berlindung daripada serangan dengan menggunakan akta polis atau akta hasutan, kita sepatutnya menangani serangan ini secara intelektual. Islam as a true religion shall withstand all test. It has been tested for more than 1400 years. Kita tak percaya pada ketahanan Islam?

Umat islam perlu bersifat terbuka, sudahlah kita kurang berdakwah kepada yang bukan islam, kita memancarkan imej keras dan tidak bertolak ansur kepada mereka.

So what now? Aku cadangkan supaya Persatuan Peguam Islam atau Jakim atau Ikim sendiri yang menganjurkan ceramah " Masuk islam" ni supaya orang -orang bukan islam berfikir dua kali untuk masuk Islam. Islam perlu kepada kualiti dan bukan kuantiti.

Perlu kita terangkan kepada bukan islam bahawa;

1. Masuk islam ni lebih kurang macam Hotel California punya moto - You can check in but you
can never check out.
2. Islam bukan sekadar satu pegangan yang filisopikal tetapi satu cara hidup yang perlu dituruti
3. Konsep ketuhanan dan tauhid dalam islam
4. Mengapa kamu tidak boleh keluar agama islam setelah bertukar agama - sebab dan akibat
5. Impak kemasukkan kepada islam kepada keluarga sedia ada, harta fizikal sedia ada dan
undang-undang yang tertakluk kepadanya

Jika kita tak pandai berdakwah dalam bahasa inggeris banyak personaliti personaliti antarabangsa yang boleh kita jemput - Sheih Yusus Estes, Zakir Naik, Billal Philip dll. Mereka ini boleh menangani persoalan Majlis Peguam jika kita tak cukup pandai.

Sekian.

Assalamualaikum...

Wednesday, August 6, 2008

Anwar akan didakwa?

Kemungkinan besar DS Anwar akan didakwa diatas tuduhan sodomi atau yang sewaktu dengannya besok ( 7 Ogos 2008).


Bermula satu lagi episod hitam negara yang sememang sudah tiada hala tuju. Akan bertambah sukar untuk membetulkan persepsi buruk masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia tercinta.


Setakat ini sebagai rakyat Malaysia yang terpinggir ni aku tak nak komen banyak, kita perlu berlaku adil kepada yang dituduh dan si penuduh. Kita tunggu dan lihat samada benar kata mamak Zam Maidin " We are not like Pakistan you know.." well Mr Maidin we are not like Pakistan, we are now in our own classification - Per Capita The Most Sodomised Nation. Where else did you hear about sodomy charge ever so often, except in Malaysia?

Salam .....


Tuesday, August 5, 2008

Going for War with Iran?

Let me start my posting with an apology for my bad english. But since this posting is about impending international event, I will 'redah je'. So bear with me...

I dont like war, aren't we all? But if you read all the news ( at face value or between the line) re nuclear Iran, you will realise that this Persian Nation is putting itself on the verge of War with the world's biggest bully and its cohorts simply because it want to assert its right to have a nuclear technology. On the face of it you have a straight forward case of western civilization wanting to stop nuclear Iran from destroying the world ( You just dont trust the mullah with a nuclear bomb in their arsenal do you?), but if you went futher and read between the line, you understand that this not about all that. Its about someone wanted to dominate the world with- out their opponent putting up a fight. Its like a boxer wanted to win a fight with his opponent gagged and tied. Thats why they are called BULLY in the first place

If Iran were to be subjugated, it will complete the jigsaw puzzle, the complete control of the Caspian Basin and the control of the world most precious natural resources for a long time. Russia will be completely surrounded and isolated!

But I tell you that the brave New World would not has the ball to attack Iran on a level playing field. With their space age technology, they cannot even tame the stone age Afghan!.

Strategically, Iran has to arm it self even with nuclear weapon!. It would be stupid and blunderous on their part if they do not do so. Why are the western world is deafeningly silence on nuclear Israel? If you want a nuclear free region, strip off every nation in the world of nuclear arms. But logic and common sense have never been a factor in their calculation. Greed is.

So where are we heading? I believe we are heading into war. Nothing can stop those blood thirsty power grabber. But can they win complete control of Iran and the region? That is another matter altogether. The Persians are not those to let go without a fight. Remember the Shah? with all the support he had from his friends in the new world, he still fell. Remember Saddam? he has superior weapon supplied by the New World yet he could not take even an inch of Iran.

But if the New World do proceed with their plan, then we shall see a turning point in the history of mankind. But remember what God said in the Quran - " They scheme and God scheme but God is the better schemer" or something to that effect.

We do lives in an interesting time aren't we?


Salam...

Monday, August 4, 2008

Bersediakah kita?

Terlalu banyak perkara yang berlaku ni Malaysia sekarang ini. Terlalu banyak yang negatif dan tidak molek. Kadang-kadang aku terfkir apakah yang membuat pemimpin Melayu-Islam menjadi sebegini teruk. Mengapakah kita hanyut sebegitu jauh didalam sungai nanah yang busuk ini. Sebagai seorang Melayu-Islam, aku kaget dengan apa yang bakal menimpa bangsa yang kecil ini. Kita terlalu sibuk dengan urusan dalaman tanpa menyedari dunia sudah berubah arah dan kita masih terjerit-jerit tak tentu hala.

Aku bukan ingin menyanyi lagu "Anak kecil main api" kegemaran si intelek Nordin Kardi, lebih dari itu, aku lebih risaukan keadaan negara secara amnya. Ketika dunia sedang bergelut dengan Tsunami Kewangan dan Ekonomi akibat dar kejatuhan ekonmomi yang sudah dan bakal berlaku di Amerika Syarikat, aku lihat pemimpin kita langsung tak membuat persediaan serta perancangan. Malah mereka lebih suka menyorokkan kepala mereka didalam pasir dan menyanyi lagu-lagu yang enak2 sahaja.

Tahun 1997-1998 Asia Tenggara di serang kita ada seorang pemimpin yang melawan arus secara radikal. Jika ianya berlaku tahun hadapan (2009) siapakah yang dapat kita harapkan?
Bersediakah kita menempuh gelombang yang akan menguji kita semua? Adakah pemimpin yang sibuk mencari Al Ghazali dimalam hari akan tertidur disiang hari?

Salam...