Sunday, August 10, 2008

Bumi ini

Bumi ini bakal tumpah darahnya oleh tangan-tangan manusia
Luluh tulang temulang anak-anak yang tidak berdosa
Nyawa yang tidak lebih beharga dari setitik kuasa
Ketamakkan tidak mengenal budi dan etika

Bumi ini bakal luka dan binasa
Oleh pemimpin yang buta dan durjana
Dibuai nafsu serakah dunia
Amanah dipikul hanya pada nama
Tiada dosa, tiada pahala
Boneka

Bumi ini akan menangisi kematian
Bila penipuan dijual sebagai kebenaran
Oleh manusia angkuh pilihan Tuhan
Didalam manis ada belati tajam yang menjadi tusukan
Tiada lagi nilai kesaksamaan tiada lagi belas ehsan

Bumi ini bakal pupus nilai ketuhanan
Bila manusia ingin menjadi Tuhan
Berbekal ilmu jauh kehadapan
ilmu yang sudah boleh mencipta kehidupan

Bumi ini penyaksi lakonan
Umat-umat nabi pilihan
Yang membuang semua nilai ajaran
Kerana menyangka menyangka tentang ketuhanan
lalu berbunuh bunuhan atas nama kebenaran
Halal menghalal darah untuk menegakkan sangkaan
Yang mempunyai berbagai tafsiran

dan bumi ini masih belum bersuara...


Ahad
10.08.2008

4 comments:

kulatlapok said...

salam KALAMJAUHARI,

BANNER YANG MENARIK..Syabas

Tidak menjadi hairan bumi ini porakperanda sejak akhir ini. Sedang diakhir riwayat Rasulullah pernah menyatakan kebimbangan umatnya selepas ketiadaannya... nah kebimbangan memang ada asas dan terbukti apa yang kita saskikan sendiri sebelum kita sendiri mengkhiri riwayat kita dibumi ini....Wallahualam.

A Voice said...

Menarik sajak saudara.

Saya ambil dan letak di blog saya bersama pautan.

Selamat berblog

ondscene said...

Tahniah saudara
Blog yang menarik dan boleh dikongsi oleh sesiapa jua kandungannya.

Tidak kira apa jua pegangan politik kita, apa jua agama, bangsa dan di mana negara kita, moga kita ini berada dalam suasana aman dan sejahtera.

Salam perkenalan dan saya juga baru memulakan blog saya bulan lalu, satu catatan kehidupan yang sepatutnya dah dibuat 20 tahun lalu...!!!

Salam Hari Kemerdekaan
ondscene.sham
http://ondscene.blogspot.com

KALAM JAUHARI said...

Terima kasih di atas komen dan galakkan.dan terima kasih juga kerana singgah ke mari.