Sunday, February 3, 2013

Gerakan Allah Untuk Semua di Stesen TV?





Seorang pendakwah muda menceritakan bahawa beliau ditawarkan satu slot agama secara jangkapanjang  oleh sebuah stesen TV di negara ini dengan syarat beliau hendaklah dengan secara halus menyokong penggunaan nama Allah untuk semua didalam rancangan tersebut nanti. Memandangkan ini bukan pegangan ustaz tersebut maka beliau menolak untuk menerima tawaran itu.

Pendakwah muda ini enggan memberitahu nama stesen TV tersebut secara jelas dan tidak menghuraikan lebih panjang kenyataannya dan enggan untuk bercerita lebih lanjut. 

Begitulah jauhnya kesan debat penggunaan kalimah ALLAH di negara ini. Cerita ini menunjukkan betapa pluralis agama kini sudah meresapi  badan penyiaran di negara ini dan bersedia pada bila bila masa untuk melancarkan perang saraf kepada umat Islam di Malaysia.

Berhati hati dan perhatikanlah gerakan terancang ini...