Bumi ini bakal tumpah darahnya oleh tangan-tangan manusia
Luluh tulang temulang anak-anak yang tidak berdosa
Nyawa yang tidak lebih beharga dari setitik kuasa
Ketamakkan tidak mengenal budi dan etika
Bumi ini bakal luka dan binasa
Oleh pemimpin yang buta dan durjana
Dibuai nafsu serakah dunia
Amanah dipikul hanya pada nama
Tiada dosa, tiada pahala
Boneka
Bumi ini akan menangisi kematian
Bila penipuan dijual sebagai kebenaran
Oleh manusia angkuh pilihan Tuhan
Didalam manis ada belati tajam yang menjadi tusukan
Tiada lagi nilai kesaksamaan tiada lagi belas ehsan
Bumi ini bakal pupus nilai ketuhanan
Bila manusia ingin menjadi Tuhan
Berbekal ilmu jauh kehadapan
ilmu yang sudah boleh mencipta kehidupan
Bumi ini penyaksi lakonan
Umat-umat nabi pilihan
Yang membuang semua nilai ajaran
Kerana menyangka menyangka tentang ketuhanan
lalu berbunuh bunuhan atas nama kebenaran
Halal menghalal darah untuk menegakkan sangkaan
Yang mempunyai berbagai tafsiran
dan bumi ini masih belum bersuara...
Ahad
10.08.2008
Showing posts with label Bumi. Show all posts
Showing posts with label Bumi. Show all posts
Sunday, August 10, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)