Dengan mengumumkan WANG 2.6B bukan dari akaun 1MDB , secara sengaja atau tidak, SPRM telah mengesahkan 1. Akaun misteri Ambank itu wujud dan 2. Memang ada wang bernilai 2.6B masuk ke akaun tersebut.
And now we have the dumbest PM ever for our beloved country. Kini spinnya adalah seperti berikut, duit tersebut merupakan political fund dan ada penderma misteri dipercayai dari timur tengah yang bermurah hati memberi Najib duit.
Telaga tahi semakin dalam...kini YB Perdana Menteri malaysia ada dua kes kat ponggong beliau yang perlu ditangani. 1. Kes 1MDB yang masih tak selesai 2. Kes salah laku menerima sumbangan 2.6B tetapi tidak dimasukkan ke akaun amanah sebaliknya ke akaun peribadi.
Kes kes ini semakin dirumitkan oleh pengelibatan ahli ahli politik berkepentingan yang bijak bistari (kelulusan CGPA 3.85) semuanya dari kedua dua arah iaitu penyokong dan pembangkang serta kakitangan awam yang menyokong dan membangkang. Jadilah macam cerita sinetron indon yang plotnya nampak bodoh dan lakunan yang overacting.
Apakah implikasinya? implikasinya kepada negara amat parah dan kepada UMNO amat fatal. Jelaslah dimata dunia pemimpin tertingginya hanya bernilai 700juta usd. Terlalu murah dan mudah untuk dibeli, much worst than African Country.
Kita biasa dengar political fund atau campaign fund . Ia tidak boleh dianggap sebagai derma biasa kerana ia biasanya tersemat satu persefahaman untuk menjalankan agenda agenda atau kehendak kehendak penderma. Kita bingkas bersuara apabila NED menyalurkan bantuan kepada parti parti pembangkang negara terutamanya PKR, kerana kita tahu agenda mereka adalah untuk meliberalkan negara. Apakah agenda penderma NAJIB?
Implikasi kepada UMNO amatlah fatal. Keadaan pimpinan UMNO yang senyap seribu bahasa atau penyokong yang mengeluarkan kenyataan bodoh seperti duit dalam akaun peribadi bukana urusan anda atau esok tidak ada pilihanraya memberi gambaran betapa UMNO telah tergelincir dari landasan perjuangannya.
Rakyat Malaysia walaupun tidak berkelulusan universiti 3.85 bukannya bodoh bodoh. Ini ditambah dengan bebanan kenaikan sara hidup menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada kebolehan UMNO untuk mentadbir negara dengan empati. Malah akar umbi UMNO sendiri semakin banyak yang menjauhkan diri akibat keboborokan pimpinan mereka.
Tuesday, August 4, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment