Aku tak pernah menyangka yang UMNO/BN akan mengeluarkan fatwa pembaziran kepada satu lagi PRK. Sejak bila pula UMNO/BN amat prihatin kepada pembaziran tidak lah aku ketahui. Sejak bila pula UMNO/BN tidak gemar kepada PRK juga tidaklah aku tahu.
Aku harap kenyataan DSN hanyalah strategi politik sahaja kerana pada pendapat aku lebih baik kalah digelanggang dari kalah kerana tidak berani masuk gelanggang. Hanya kerana kita pasti akan kalah jadi tak perlu bertanding tidak menggambarkan roh perjuangan. Jika itu alasannya mangapa tidak kita bubarkan semua persatuan sukan dinegara ini yang tidak pernah menang sebarang pertandingan. Bubarkan MSN dan bayangkan betapa banyak kita bole berjimat.
Semangat demokrasi adalah hak untuk memilih diberi kepada rakyat marhaen. Jika BN tidak bertanding maka hak untuk memilih telah dinafikan kepada rakyat terbabit. Hak untuk memberitahu bahawa demokrasi hidup dan subur ditanah watan ini telah dibunuh hanya kerana kita takut pada kekalahan.
Bayangkan kerosakkan yang akan dilalui oleh BN jika ia tidak bertanding. Bayangkan kekalahan moral yang akan dilalui oleh pendokong-pendokong UMNO di Penanti. Pada aku ini adalah waktu terbaik BN untuk mencuba pendekatan baru, mencuba strategi baru dan mencuba falsafah baru dalam menangani masalah.
Kita tak perlu takut pada kekalahan kerana kekalahan juga ada impak positif kedalam diri manusia. Seorang pejuang tulen tidak pernah takut pada kekalahan, seorang pejuang tulen berjuang untuk menegakkan idealisma perjuangan. Kekalahan tidak akan mematahkan semangat sebaliknya menjadikanya lebih kental. Kita hanya akan dapat membezakan pejuang sebenar dan pejuang palsu didalam kekalahan. Disaat kemenangan banyak orang akan mengaku pejuang. Disaat kekalahan barulah kita dapat mengenal yang mana sanggup menangis bersama-sama kita dan yang mana pengecut.
Tapi jika Kepala UMNO sendiri sudah mengistiharkan begitu apa pula isyarat yang hendak dihantar kepada massa. Biar kekalahan demi kekalahan menjengah kita, kita istiqamah kepada apa yang diperjuangkan. Itu jikalau kita benar-benar percaya dengan apa yang kita perjuangkan.
Perlu diingat UMNO cuma kalah dengan majoriti 2 ribu lebih sahaja di Penanti pada PRU yang lalu. Perlu diingat bahawa UMNO memenangi undi melayu di Bukit Gantang dan Selambau. Inilah masanya untuk memberitahu rakan-rakan BN kita untuk membuktikan semangat perjuangan mereka. Jangan hanya bila UMNO kuat sahaja mereka hendak berkawan, bila UMNO tersepit mereka lintang pukang melarikan diri.
Orang Melayu perlukan suara untuk membela mereka. Jika UMNO tidak berani menjerit dan melaungkan ketuanan mereka siapa lagi? Takkan hanya berani menghunus keris didalam dewan semata? Laa ni keris pun tak berani nak hunus hanya angkat dalam sarung. Adakah kerana UMNO kini diterajui oleh Pondan yang duduk bawah ketiak bini?
Salam...
4 comments:
Salam Tuan Tanah.
DSN telah mengambil pendekatan sebagai seorang koperat yang menganalisa pengurusan risiko dan kos. Memang dia jangka BN takkan menang dan sekiranya menang pun takkan bawa ke mana. Mungkin kesimpulannya 'Not viable'atau tidak bebaloi bertanding. Mungkin juga di sebabkan politik bukan kerjaya 'fullheart' bagi DSN. Mungkin juga lebih enak dok celah ketiak bini. Apa-apa pun kita tunggu keputusan muktamad nanti. Sekiranya kos pembaziran dijadikan alasan, kos boleh dikawal secara penetapan bajet yang bijaksana.Cuma jentera kempen yang mengada-ngada 'demanding' lebih-lebih.
Sdr Zaidi,
Mengkin beliau sedng mangalami mabuk honeymoon kut.Kalau saudara jadi pengarah pilihanraya tentu banyak yang dijimatkan...
Insya Allah. Sekiranya saya jadi Pengarah saya akan sentiasa ingat bahawa setiap sen itu datangnya dari rakyat.
BN akan bertanding..saya nampak ini merupakan strategi DSN untuk mendedahkan permainan PR. Kita lihat sekarang pembangkang seolah-olah mati kutu apabila DSN mengumumkan BN tidak bertanding di situ. So Now What??
Post a Comment