Thursday, April 9, 2009

Masa untuk Bikin Serupa Cakap

Teka teki telah berakhir. Kabinet sudah dibentuk oleh DSN. Itu haknya sebagai Perdana Menteri. Beliau mempunyai sifir beliau dalam menentukan halatuju negara.


Banyak komen dan positif dan negatif yang bertebaran . Itu juga hak masing-masing. Masing-masing ada pandangan tersendiri mengikut acuan kepentingan sendiri. Hakikatnya itu pilihan yang kita ada. Sudah menjadi resam politik, yang dipilih ke MT lah yang akan memikul tanggungjawab mentadbir negara. Sebab itulah ahli politik kita bermatian berkempen untuk menang.


Yang penting waktu untuk bekerja tanpa slogan -slogan indah , tanpa retorik kosong dan tanpa konsep-konsep yang tidak membawa erti apa-apa.


Tidak perlu slogan Bersih Cekap dan Amanah - bekerja sahaja dengan bersih, cekap dan amanah. Tidak perlu cemerlang, gemilang terbilang - bekerja sahaja dengan tulus dan telus. Tak perlu konsep Islam Hadhari yang tidak diajar oleh nabi. Bekerjalah berpaksikan nilai-nilai keadilan yang ditekankan Islam. Itu sudah memadai.


'Walk the talk' kata orang putih, 'Cakap serupa bikin' kata orang kita. Inilah ujian yang akan menjadi kayu ukur kepimpinan DSN. Buktikan bahawa pentadbiran beliau mendahulukan rakyat dalam agenda pembangunannya bukan kepentingan-kepentingan komersial dan para saudagar yang hanya mau mengaut keuntungan tanpa sebarang tanggungjawab sosial.


Banyak yang boleh beliau lakukan. Terlalu banyak. Mungkin beliau boleh bermula dengan tindakan mengurangkan kenaikkan tol dengan membeli semua konsesi (kalau boleh) utama dan mengenakan caj minimal dengan jangkamasa yang lebih panjang. Beliau boleh mengurangkan tarif air yang dijangka naik 35% dengan mengambil langkah-langkah yang wajar kearah itu.


Beliau boleh mengurangkan pembaziran dan penyelewengan dengan memberi MACC kebebasan untuk membuat siasatan terhadap sesiapa sahaja yang disyaki melakukan penyelewengan tanpa campur tangan politik. Senarai yang ada terlalu panjang.

Hakikatnya tugas DSN adalah untuk mengembalikan tahap professional pentadbiran negara.
DSN tidak perlu tunduk kepada tekanan jika ia dilakukan dengan betul. Kita masih menunggu pembelian helikopter bagi menggantikan nuri. Kepentingan anggota keselamatan hendak didahulukan berbanding kepentingan ahli politik lidah bercabang.

Siapapun yang dilantik tidak penting. Yang penting adakah mereka sedar bahawa tindak tanduk mereka akan menentukan siapa yang akan memerintah negara pada PRU 13 nanti. Jadi berhentilah berlagak seperti maharaja dengan pengawal peribadi keliling pinggang. Hiduplah seperti rakyat marhaen yang lain keran kuasa sebenar ada ditangan mereka.

1 comment:

Z-MAY said...

di mana2 ruang dan lubang yg perlu dibersikan, bersihkan segera. kekotoran yg melekat selama ini jgn dibiarkan terus berdaki dan berkarat... lama2 otak pun jadi karat. negara jadi semakin tenat...

jgn cuma cakap. buat dulu baru cakap....