Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat satu kesilapan besar diawal pemerintahan beliau apabila beliau melaungkan konsep Islam Hadhari. Suatu konsep yang akhirnya bertukar kepada Islam ada Had, Islam ada Hari.
Sebenarnya beliau cuba membuat sesuatu yang biasa didalam strategi pemasaran. strategi ini dinamakan penjenamaan semula. Rebranding, repackaging, entah apa-apa re lagi. Tetapi apa yang beliau cuba 'repackage' dan 'rebrand' adalah sesuatu yang tidak boleh di jenamakan semula sebab ia adalah satu falsafah,satu kepercayaan, satu konsep , satu cara hidup yang kemudiannya telah pecah kepada 73 bahagian. Kerana Abdullah tidak memikirkan dengan betul strategi ini (beliau tertidur agaknya), strategi ini memakan dirinya sehingga beliau digelar sebagai imam besar Islam Hadhari dan sebagainya.
Memilih jalan yang sama, DSN mengambil konsep Satu Malaysia untuk menjenamakan dirinya. Cuma beliau terlupa kita tidak berada di zaman Joseph Goebbels. Dimana satu populasi manusia boleh di acu pemikirannya dengan propaganda yang berterusan. Di zaman Goebbels tidak ada Internet!. Di zaman itu informasi boleh diacu mengikut kehendak penguasa.
Konsep 'Satu Malaysia' sebenarnya tidak 'viable' untuk diacu sebagai jenama DSN dari awal lagi. Ini kerana UMNO sendiri tidak memperjuangkan konsep itu. UMNO tidak diasaskan oleh falsafah Satu Malaysia.
Konsep Satu Malaysia adalah konsep 'Malaysian Malaysia' DAP. Konsep 'Malaysian Malaysia' DAP melihat semua orang malaysia sama taraf kecuali orang Cina.
Katalah apapun, Satu Malaysia pada hakikatnya tidak wujud, kerana kita tidak pernah melihat diri kita sebagai satu. Bagaimana kita hendak melihat diri kita sebagai satu jika kita ada Bumiputera sebagai tuan tanah, Cina yang tidak mahu menjadi selain Cina dan India yang kalau boleh ingin hidup di Bollywood? Bagaimana kita hendak menjadi satu Malaysia jika pemberita akhbar Cina tidak faham beza konsep 'tidak menghargai' dan 'tidak berterima kasih'??
Sebenarnya DSN tidak perlu membuang masa dengan retorik. Retorik hanya laku di zaman Mahathir . Zaman dimana maklumat adalah komoditi, retorik tidak mempunyai kesan. Kalaupun berkesan, kesannya hanya sekejap dan bersifat setempat.
Dalam hal ini kita patut mencontohi Indonesia yang bertunjangkan Bhinneke Tunggal ika (Unity in Diversity). Kita raikan keMelayuan, keCinaan, keIndiaan atau apa-apa lagi, tetapi kita menghormati hak-hak untuk wujud secara saksama, keadilan sejagat . Kita bersetuju untuk tidak bersetuju, kita menghormati hak untuk memilih.
DSN akan memberi lebih makna dalam pemerintahan beliau jika beliau menjemput semua Ahli Parlimen untuk memberi pandangan termasuk yang memaki beliau didalam Parlimen tempoh hari. Beliau akan lebih dihormati jika menyelesaikan isu gadis Mongolia dengan lebih terbuka.
Banyak yang diharapkan dari DSN. Bukan retorik kosong, bukan propaganda untuk menaikkan imej semata. Beliau perlu jujur dengan rakyat yang diperintahnya.
Salam...
Wednesday, April 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
"Konsep Satu Malaysia adalah konsep 'Malaysian Malaysia' DAP. Konsep 'Malaysian Malaysia' DAP melihat semua orang malaysia sama taraf kecuali orang Cina," I love this word Bro, ayat-ayat yang best untuk belasah orang ini.
Post a Comment