Melihat kepada lantikan kabinet DSN yang lalu kita melihat ada beberapa trend perlantikan menteri dan timbalan menteri. Selain dari corak lantikan biasa yang bertujuan untuk meredakan atau meraih sokongan politik, ada trend yang menimbulkan banyak pertanyaan iaitu;
1. Lantikan orang yang bukan ahli politik
2. Lantikan orang yang tiada jawatan dalam parti
Ini bukan tidak pernah dilakukan. Mahathir melakukanya. Abdullah melakukannya. Cuma dalam hal ini aku rasa DSN telah terlepas peluang keemasan untuk menonjolkan imej yang lebih professional dalam kabinetnya.
Bukan berniat untuk mempersoalkan kredibiliti beliau, aku sebenarnya tidak nampak dimana signifikannya lantikan Senator Dato Jamil Khir Baharom sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Jika lantikan tersebut bertujuan untuk memberi peniktirafan kepada tentera kita yang banyak berkorban untuk negara, why not go all the way? Mengapa tidak kita lantik Bekas Jeneral yang kita tahu memang mempunyai pengetahuan yang luas dalam isu-isu pertahanan dan tidak dinafikan pengalaman dan tahap professionalisma mereka, sebagai Menteri atau Timbalan Menteri Pertahan?
Banyak negara mengambil pendekatan ini, contohnya Indonesia, Thailand, Singapura, Amerika, Russia, Israel dll. Mengapa kita tidak boleh mengambil pendekatan serupa?
Sejak sekian lama portfolio pertahanan dipegang oleh orang awam yang tidak terlatih didalam doktrin pertahanan negara. Sejak sekian lama juga Kementerian ini digunakan sebagai lubuk emas oleh kelompok-kelompok berkepentingan dengan berbagai-bagai keputusan yang diragui dan dipersoalkan. Sejak sekian lama perolehan pertahanan mungkin bukan dibuat atas dasar kepentingan pertahanan semata tetapi oleh oleh kehendak komersial serta pengaruh -pengaruh lain.
Bagaimana kalau portfolio pertahanan ini dikhaskan untuk bekas tentera sahaja. Pertama sebagai penghargaan diatas sumbangan mereka didalam mempertahankan negara, kedua menggunakan pengalaman mereka yang luas dalam isu-isu pertahanan nasional, serantau dan dunia.
Sebagai sebuah negara kecil denga sumber terhad, Malaysia sudah tidak mampu membazirkan sumber-sumber alam termasuk sumber modal insan yang berharga. Jika dahulu Menteri Pertahanan kita mempunyai tuan penasihat yang kononnya penganalisa pertahanan . Aku percaya Bekas Jeneral tidak perlukan sokongan seperti itu. Kuranglah kes-kes sumbang yang sampai melibatkan nama baik negara.
Begitu juga apabila Dato Zahid Hamidi dilantik sebagai Menteri Pertahanan, beliau perlukan banyak masa untuk menyesuaikan diri. Beliau ahli perniagaan berjaya, corak pemikiran beliau lebih condong kepada konsep perniagaan dari pertahanan. Kata orang 'Learning Curve will be costly'.
Dalam perkiraan aku, ekonomi dunia akan menghadapi kemelut selama bertahun-tahun untuk stabil. Keadaan ini akan menghasilkan banyak konflik geo ekonomi dan geo politik. Waktu begini kita perlukan kepakaran pertahanan untuk memastikan kita selamat.
Salam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment