Ketika Tan Sri Musa selaku Ketua Polis Negara membuat kenyataan yang Hindraf Malaysia adalah satu pertubuhan yang mempunyai kaitan dengan Tamil Eelam, ramai yang kurang percaya. Maklumlah Polis Malaysia dipandang serong kerana dianggap condong kepada Kerajaan BN. Lagipun Hindraf sudah dianggap sebagai satu senjata oleh pihak Pakatan Rakyat kerana Hindraf dapat digunakan oleh mereka untuk menimbulkan huru hara bagi tujuan yang hanya mereka sahaja yang tahu.
Kemudian timbul isu memorandum kepada Gordon Brown yang penuh dengan dakwaan yang diluar batas akal untuk diterima. Konon-kononnya mereka dibunuh dan ditindas secara penghapusan etnik oleh kerajaan UMNO(klik disini). Ini amat melukakan hati orang-orang Melayu dan masih menjadi bara yang belum sejuk.
Kemudian timbul pula isu Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang adalah penyokong kuat Tamil Eelam malah pernah membuat lawatan ke Sri Lanka dan menganjurkan program-program yang menyokong aktiviti Tamil Eelam. Malah Prof ini dikatakan amat dedikasi dengan penubuhan satu negara Eelam di Sri Lanka ( klik disini) . Bagaimana seorang warganegara Malaysia memainkan peranan utama dalam satu pertubuhan pengganas dan dibiarkan pula bergerak bebas melakukan aktiviti yang menyokong pertubuhan ini amat disangsikan.
Kini tanpa berselindung wakil-wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat Malaysia menjadi wakil bagi orang-orang Tamil Sri Lanka (klik disini). Aku bukan mempersoalkan kemanusiaan mereka, sebagai orang Islam aku amat arif tentang betapa tergurisnya perasaan apabila melihat saudara-saudara aku disembelih di Gaza. Aku cuma ingin mencantumkan gambar-gambar kecil yang ada untuk melihat gambaran sebenarnya.
Jika saudara-saudara membaca akhbar NST hari ini ada satu artikel tentang kebimbangan bahawa Tamil Eelam akan mencari tapak baru untuk perjuangan mereka dan negara yang paling disyaki adalah Malaysia!. Hal ini telah diketahui kerana Malaysia adalah tapak yang strategik untuk mereka kerana populasi Tamil yang tinggi di negara ini(klik sini).
Faktor-faktor begini merupakan api didalam sekam bagi Malaysia. Musuh-musuh serantau (sekalipun kelihatan jiran yang baik, mereka akan menggunakan semua faktor strategik untuk kelebihan mereka tanpa perlu membuang walau sebutir peluru) akan mengeksploitasi ini semua bagi melemahkan negara.
Aku harap sangkaan aku ini hanya pigmen imaginasi sahaja.
1 comment:
Aku dah mula rasa bila tengok makin banyak kuil-kuil hindu muncul tiba-tiba di merata-rata tempat. Apatah lagi timbalan ketua menteri Pulau Pinang II mengaku telah meluluskan pemberian tanah kerajaan untuk dibina kuil baru. Contoh paling "obvious" ialah kuil di Taman Rekreasi Bukit Dumbar, Jelutong, Penang.
Post a Comment