Tuesday, April 21, 2009

Nga Kor Ming Ahli Politik Terulung Malaysia

Dengan berat hati aku harus mengangkat tangan memberi tabik hormat kepada Pengerusi DAP Perak YB Ustaz Hj David Nga Kor Ming kerana beliau adalah ahli politik terulung di Malaysia. Kita harus mengakui kebolehan beliau berpolitik. kebolehan yang bukan calang-calang. DSAI sendiri tidak mampu melakukan apa yang beliau lakukan.


UMNO harus membuka mata seluas-luasnya kepada bintang muda ini. Beliau telah berjaya melakukan apa yang UMNO gagal melakukan sepanjang hayat UMNO. UMNO harus ambil perhatian kerana Ustaz Nga akan membaca talkin kematian UMNO nanti. Percayalah.


Presiden PAS, Ustaz Hadi akan sentiasa dikaitkan dengan AMANAT HJ HADI yang terkenal itu. Aku masih di universiti ketika itu, dan kaset mesej ini dimainkan dengan kuat keseluruhan bangunan kolej kediaman kami oleh rakan-rakan yang begitu taksub dengan perjuangan PAS.
Tidak pernah aku menyangka sebaliknya berlaku. Begitulah apa bila tuhan mengkehendaki.


Belum pernah dalam sejarah UMNO, ayat-ayat AlQuran yang dibaca oleh ustaz UMNO dihormati dan diraikan oleh mana-mana ahli PAS. Hatta oleh mufti Kerajaan UMNO pun tidak dipandang langsung kerana dikalangan mereka banyak ulamak yang boleh memberi sebarang 'counter fatwa'. Begitulah jauhnya Islam UMNO dan Islam PAS. Malah suatu ketika dahulu sembahyang berimamkan UMNO pun macam melayu nampak anjing kurap. Kalau orang UMNO mati, maaflah, kering sendiri tak bertanam.


Hari ini seorang ustaz muda tampil dimarkas PAS. Bukan calang-calang orang mampu pergi ke markas PAS dan memberi tazkirah dan diraikan . Beliau di beri tepukan dan diberi anggukan.
Siapa sangka PAS mampun dijinakkan dengan sebegini cara. Beliau telah menjelaskan ISLAM yang sebenar kepada kita. ISLAM itu persaudaraan, ketelusan dan keadilan katanya. Kita tidak membenci UMNO kerana UMNO itu UMNO katanya.......(heheh ini aku tambah)


UMNO patut sungguh berasa malu. Sejak tahun 1956 UMNO tidak berjaya melahirkan ulamak MCA. Tiada Ulamak Gerakan apalagi Ulamak MIC. UMNO patut melihat cermin kerana tidak ada ulamak MCA yang datang bertazkirah ke PWTC. Tidak ada!


Semoga istaqamahlah ustaz David Nga, semuga dengan berkat dan rahmat sekelian alam, selepas ini Khalifah Lim Guan Eng dan Khalifah Lim Kit Siang akan bertandang dan memberi kita tazkirah.


Selamat datang ke Dunia Baru Poltik Malaysia.

3 comments:

Anonymous said...

Salam.
Sesungguhnya al-Quran itu penyuluh kehidupan. Terpulang kepada kitalah untuk membenarkan disuluh atau tidak. Ramai ahli UMNO yang cuba membuka pintu untuk disuluh. Tun Lah pun pernah cuba buka pintu. Last-last dia sendiri pun give-up. Kuat betul "bapak setan" yang jaga pintu tu! Nak kena ledak 1 tan C4 baru boleh terbuka kot?

ondscene said...

Amanat Hj Hadi dah lebih 20 tahun lalu, tetapi masih mengesankan, walaupun ada yang telah melupakannya. bermakna, apa yg berlaku ini, masih mengesankan sehingga 20 tahun akan dtg malah, keterbalikan dunia ini ,makin jadi tunggang langgang akibat nafsu manusia itu sendiri...

KALAM JAUHARI said...

T/kasih zaidi dan ODS, kita mencari kebenaran hakiki tanpa pertimbangan lain. Agama yang terlalu dikomersilkan atau terlalu dipolitikkan pasti akan memesongkan.