Monday, April 6, 2009

Dan bermulalah Episod gosok menggosok dan jilat menjilat

Jika anda rajin membelek akhbar NST, silalah selak ke mukasurat 29. Ia bukan berita atau op ed, ia hanyalah satu iklan semukasurat oleh sebuah syarikat tersenarai BSKL. Tetapi iklan ini sangat menarik perhatian aku...

Apa yang menarik tentang iklan ini ialah ia mengucapkan tahniah. Itu pun perkara biasa, tetapi ia mengucapkan tahniah kepada 'FIRST LADY of MALAYSIA' -Ini tentu sekali luar biasa, sebab first lady yang diberi ucapan itu adalah Datin Seri Rosmah Mansor isteri PM ke 6. Adakah ini bermakna 'First Gentleman' Malaysia adalah Datuk Seri Najib Tun Razak?

Setahu aku 'First Couple' bagi Malaysia adalah YDP Agong. Ini kita kena tanya pakar yang tahu ehwal protokol negara. Tetapi apa pun kita tak boleh menyalahkan mereka kerana yang mencetak iklan ini adalah pihak ketiga. Mengapa ia tidak mengucapkan tahniah kepada si suami dahulu tidaklah aku ketahui sebabnya. Mungkin they know who hold ball...hehehe

Tetapi ini adalah lumrah alam dinegara yang berbilang kaum seperti di Malaysia. Sebaik sahaja 'game changing move' berlaku maka bermulalah episod tolak menolak, gosok menggosok dan jilat menjilat sekalipun ia kelihatan terlalu memualkan.

Lagipun musim berbahagi harta rampasan perang baru nak bermula.....

Aku sertakan sekali sajak mereka untuk 'our first lady' untuk tatapan kita semua...

Here's to the lady...
Who guides and inspires
not by quoting others philosophies but...
By living her good examples

Here's to the lady...
Who can rise above life's challenges and moves on
Who knows not only what she wants....
but what she has to offer in return ( get the drift???)

ok..ok..aku tak larat nak habiskan..nak gi tandas nak muntah.....

Salam...

4 comments:

oshin68 said...

Biasalah tu, kan 'Ladys first'....hihihi

shahpaskal said...

Senang je sifir ini...menurut rakan-rakan politik saya, untuk mempengaruhi Najib, si polan harus membodek isterinya Rosmah.

Secara peribadi, saya amat menyukai Najib dan yakin beliau boleh membawa pembaharuan.

Saya cuma harap tindak tanduk Rosmah tidak akan mencalarkan imej PM baru kita.

Jika ada cerita-cerita buruk mengenai Rosmah, saya harap beliau sudah berubah.

Tidak sesuai untuk negara ini jika isteri seorang PM terlalu banyak bertindak dan ini tidak pernah berlaku pada mana-mana isteri PM sebelum ini

KALAM JAUHARI said...

T/kasih oshin dan shah,
Saya pun berharap DSN dapat membawa pembaharuan dalam corak pemerintahan negara. Kita tidak punya banyak pilihan...

Z-MAY said...

biasalah tu... ada orang bila nak masuk ke rumah orang...kan kena ketuk pintu dulu, bagi yg tak tau bagi salam...