Saturday, April 11, 2009

UMNO yang masih hanyut...

Jika dilihat dari riak dalam cawan UMNO sudah ada suara-suara yang mempersoalkan pemilihan barisan kabinet oleh DSN. Sudah ada suara -suara tidak berpuas hati. Sudah ada yang mempersoalkan kebijaksanaan percaturan DSN. Itulah UMNO!


Mentaliti politik UMNO berpaksikan kepada imbuhan datang bersama kedudukan. Seboleh-bolehnya tiada siapa yang dibenarkan melanggar hirarki. Adat melangkah bendul tidak boleh ada didalam UMNO. UMNO tidak memberi peluang kepada meritokrasi untuk menempatkan diri. Sebaliknya orang-orang lama yang berakar umbi merasa lebih berhak untuk mendapat kedudukan dan kuasa diatas dasar senioriti semata-mata. Jika ada bintang yang berkerlipan terlalu awal banyak yang sudah dicantas untuk mengelak persaingan.


Selagi ketua mengambil kira semua ini selagi itu ia mendapat sokongan. Jika ketua lari dari aturan permainan maka cepat-cepat ketua akan diketuk kepalanya. Sistem ini akan menghasilkan ketua yang dilihat terlalu lembik akibat mendengar semua suara dan mangambil kira semua pendapat dan membuat keputusan secara kolektif atau ia akan menghasilkan ketua bersifat autokratik yang akan memastikan suara suara bangkangan didiamkan untuk meneruskan agenda masing-masing. Tiada jalan tengah.


Jika ketua mempunyai konviksi yang kukuh maka lahirlah pemimpin seperti Tun Mahathir yang bersifat autokratik atau yang hanya bersifat sebagai pentadbir seperti Tun Abdullah badawi ( Mungkin juga tepat ulasan fadzil Nor yang beliau hanya layak jaga Unta yang tak banyak bangkang).

Sistem yang ada sekarang tidak mendahulukan kelestarian parti sebaliknya lebih bersifat mempertahankan 'panglima' (istilah yang betul untuk warlods?) masing-masing. Sistem ini lebih bersifat teritorial. Jika ada bintang yang hebat dari wilayah lain tidak akan diberi peluang untuk bersinar diwilayah lain sekalipun ia susau yang merugikan kepada parti untuk jangkamasa panjang.


Hasilnya selepas beberapa waktu parti tidak mempunyai banyak pilihan kerana sistem ini menghasilkan kacukan dalaman yang hasilnya lebih inferior. Maka hari ini UMNO dipenuhi oleh gen-gen yang resesif.


Begitu jauh cara berpolitik UMNO dan PAS. Jika dalam PAS kepentingan parti melebihi kepentingan peribadi sebaliknya pula dalam UMNO. Jika dalam PAS kata putus ketua jarang dipertikaikan dikhalayak sebaliknyanya pula dalam UMNO. Jika dalam PAS bintang yang berkerlipan diberi peluang untuk bersinar walaupun dari wilayah lain, hasilnya kualiti yang ada didalam PAS jauh melebihi kualiti didalam UMNO.


UMNO juga sudah hilang idealisma perjuangan. Tiada pejuang yang betul2 iklhas berjuang untuk bangsa dan negara. Banyak pejuang berjuang untuk wang!. Bintang-bintang yang dahulu dilihat sebagai pejuang kononya, apabila diletak ditampuk kuasa segera perjuangannya layu ditasik penuh madu.

Soalanya kini adakah sudah sampai masa untuk UMNO tersungkur akibat sudah tiada lagi nilai intrinsiknya? Jika dilihat hanya UMNO sahaja parti yang paling lama didunia yang masih memegang tampuk kuasa dan pangkal tahta mereka semakin haus dan menunggu masa untuk tumbang.

Aneh sekali kawan-kawan ku disana masih tidak sedar realiti ini. Tidak berapa lama lagi tiada apa yang hendak direbutkan lagi.


Salam..

No comments: