Sunday, February 8, 2009

Mohd Nizar - Khalifah yang tidak berakal


Impak tunjuk perasaan sekumpulan orang Melayu dari Parti Islam tempoh hari masih didebatkan baik di media arus utama mau pun di gerbang maya.


Impak tunjuk perasaan tersebut sangat signifikan dalam kontek hubungan orang Melayu dengan Sultan-Sultan Melayu. Jika selama ini terdapat riak-riak tidak berpuas hati dengan gelagat Sultan-Sultan Melayu namun ia tidak pernah dimanifestasikan sedemikian rupa. Tunjuk perasaan yang dilakukan diluar batas adab beraja masyarakat Melayu.


Tetapi perlu diingat demostrasi menentang keputusan Sultan -Sultan ini bukan baru berlaku dan bukan dilakukan oleh PAS sahaja. Masihkah kita ingat dengan kain rentang-kain rentang yang dipasang di Kuala Terengganu sebaik sahaja PRU 12 akibat penolakkan Idris Jusoh sebagai MB?.


Namun begitu tunjuk perasaan menentang keputusan Paduka Baginda Sutan Perak di Kuala Kangsar ini unik kerana ia melibatkan keganasan oleh sekumpulan orang melayu. Kumpulan ini mempertahankan seorang pemimpin mereka dengan cara yang tidak sivil. Ini rasanya belum pernah berlaku dalam sejarah Negeri Perak malah di Malaysia.
Apakah Parti PAS boleh memberi alasan bahawa itu hanya pengikut mereka yang terbawa-bawa oleh perasaan dan tiada arahan dari pemimpin atasan utuk berdemonstasi? Aku rasa alasan tu tidak kukuh kerana pemimpin mereka YB Dato Seri Ir Hj Mohd Nizar sendiri dengan angkuhnya masih menduduki rumah rasmi MB dan terus mengadakan mesyuarat Exco malah memberi kenyataan akhbar akan terus datang bertugas Selasa nanti. Bukankah itu keengkaran yang nyata?


Apakah imej yang hendak dibawa oleh Parti Islam ini. Jika selama ini mereka menuduh UMNO sebagai itu/ini (tak payah disenaraikan banyak sangat) tetapi mereka melakukan perkara yang sama, malah lebih bebal lagi? Bukan kah sikap sebegini akan menyukarkan mereka mentadbir Perak pada masa hadapan (jika dizinkan tuhan). Imej mereka mungkin meningkat dikalangan orang bukan Melayu/bukan Islam, tetapi audien sebenar mereka adalah Melayu/Islam.


Bukankah seorang intelek seperti Mohd Nizar mampu berfikir panjang? My dear brother you may lost the battle but you have a war to fight. You have another day to fight your battle. Baru diuji Allah sedikit dah melalok tak tentu pasal.


Ir Dato Seri Mohd Nizar perlulah sedar bahawa he is not holding his MB position on his own merit. He is there because DAP allowed him to be there. Infact when the time is right ( I mean when they finally acknowledge, they need a Malay Adun with them), you think they will let PAS be the MB?


Sebenarnya hujah bahawa kerajaan BN tidak mengikut kehendak rakyat adalah tidak benar sama sekali. BN yang diterajui UMNO mempunyai 28 kerusi, sama seperti Pakatan, congaklah sendiri maksud tidak diterima rakyat tadi. Malah UMNO mempunyai 27 kerusi iaitu yang terbanyak dintara parti-parti yang menang!. Jadi dimana merit hujah-hujah yang berkenaan?


Hakikatnya PAS lah merupakan parti yang tidak diterima rakyat Perak. Mereka hanya menang 6 kerusi sahaja itu bermakna PAS bukan suara orang Melayu Islam di Perak! sedor yop sedor!


Oleh yang demikian aku menyeru YB Ir Dato Seri Mohd Nizar supaya tidak melanjutkan penentangan beliau terhadap keputusan DYMM Sultan Perak sebab semakin lama beliau menunjukkan sikap biadap beliau semakin beliau akan menghadapi kesukaran memenagi hati rakyat Melayu Perak.
Kepada pemimpin PAS Pusat berhentilah dari menjadi hipokrit. Hentikan semua penentangan yang tidak menguntungkan ini. Berhenti memalukan Paduka Tuanku. Tuan-tuan kena ingat bahawa tuan-tuan masih perlu mengadap Paduka Sultan jika sekiranya tuan-tuan berkuasa kelak.
BODOH TAK BOLEH DIAJAR, PANDAI TAK BOLEH DIIKUT
Assalamualaikum


7 comments:

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

Jadi huru hara sebab perasaan tak puas hati.Jika awek kita kena rampas atau bini kita ikut jantan lain tentulah kita marah. Tu yang sampai terguling2 atas aspal. Ada ADUN yg masuk PKR di pujuk rujuk semula, ader ADUN yang dipujuk, diculik dan dibawa lari. Bila jumpa tetiba nak bercerai pulak. Kaedah Lompat Anwar bersifat terbuka, satu Malaysia tau. Pernah dibuat usul Undi tak percaya di Dewan Rakyat dulu tapi ditolak speaker. Nak jatuhkan MB Pakatan cuma ada 2 cara yang berlandaskan Undang dan beri kepuasan kepada rakyat Perak . pertama, adakan usul undi tak percaya di Dewan Negeri dan tewaskan Nizar dengan majoriti ADUN penyokong BN. Kedua, tewaskan Pakatan Rakyat dengan mengadakan semula Pilihan Raya Negeri Perak.
-itu pun UMNO-BN berani la..

oshin68 said...

Pening kepala den...
Tak abis2...!!

KALAM JAUHARI said...

T/kasih oshin dan kontraktor kerana sudi bertandang. Hakikatnya kedua-dua pihak mempunyai 'razor thin margin' dan BN juga akan tersungkur dengan kaedah yang sama jika ada lompatan-lompatan lain.

Tetapi jika PR bertindak dengan lebih berhemah mereka sebenarnya akan lebih dilihat sebagai lebih matang dalam mengharungi sepak terajang politik.

mymoksha said...

Ya la, tak kena kat kepala hang, cuba hak ang diramaps apa rasa? Itu adalah respon dr rakyat yg tak puas hati dengan tindak tanduk UMNO-Sultan yg berkonspirasi jatuhkan Kerajaan Perak-Nizar. Apa salahnya Nizar jd MB, dia bkn dtg dr pertubuhan Al-Qaeda, dia dtg dr Pas. Perlembagaan dan Undang2 Tubuh Perak, MB tak boleh dipecat atau dibuang, kalau taknak Nizar jd MB mesti melalui sidang DUN, melalui undi tak percaya. Takkan hang tak paham. Nizar tu engineer, siap ada tittle IR, boleh bc khutbah jumaat,boleh Imamkan sembahyang,boleh ckp Melayu/Inggeris/Arab,boleh bc kitab,boleh bagi Kuliyyah agama,boleh pimpin negeri. Itu namanya pemimpin dan Khalifah, kalau tak sempurna pun at least dia ada ciri2 pemimpin. Kalau nak banding dgn Mat Said,Ghani Othman,Mat Hassan,Shadidan Kassim,Nan Yaakob dan MB2 Umno yg lain ni jauh beza la, mcm langit dgn bumi

Hang tak bangga ka ada melayu mcm tu??? Atau hang nak MB yg kaki betina,kaki judi,tak pernah sekalipun bc khutbah Jummat kat Masjid Negeri,tak pernah jd IMam mcm Kho Su KOon..

Pas ada maruah, rakyat ada hak, Sultan pun manusia jugak bkn maksum, ada buat salah dan Undang2 benarkan Sultan di dakwa, kami anak Jebat bukan Tuah yg setia tak kena tempat.

UmnO pun banyak kali derhaka kat Sultan sampai panggil Sultan Natang (binatang) kat Terengganu. Kenapa tak ulas pasal hal tu jugak.

Raja Adil Raja di sembah, Raja Zalim raja di sanggah!

KALAM JAUHARI said...

T/kasih moksha kerana sudi melawat.
Saya menghormati pendirian anda.

Anonymous said...

kepada my moksha,

"Perlembagaan dan Undang2 Tubuh Perak, MB tak boleh dipecat atau dibuang, kalau taknak Nizar jd MB mesti melalui sidang DUN."

undang undang tubuh Perak fasal 16(6) mengatakan

“If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council”.

maksudnya

Jika/ sekiranya MB sudah tiada lagi mempengaruhi keyakinan majoriti daripada ahli-ahli Dewan Undngan Negeri , maka melainkan atas permintaannya Tuanku Sultan membubarkan DUN beliau hendaklah kemukakan perletakkan jawatan EXCO.


tiada pun dinyatakan MESTI atau DIWAJIBKAN atau HENDAKLAH melalui sidang DUN?....

bila,di mana, bagaimana sultan nak peroleh maklumat mengenai DS Nizar dah kehilangan sokongan majoriti....tertakluk kepada sultan kan?


yer mmg.sgt bangga ada menteri besar IR. boleh imam solat ect.....tapi kalau tak adil dalam pentadbiran, cth:
-bagi 25 ekar SAHAJA kepada SAR
-bagi 100 ekar kepada Sekolah Persendirian Cina.

apakah ertinya...???

peratus org Melayu di Perak sgt sedikitkah sehingga 25 ekar tanah sahaja boleh dikeluarkan untuk pendidikan islam berbanding pendidikan untuk cina?

KALAM JAUHARI said...

Thanks jess for the legal insight.
In the end the Sultan knows what he's doing and somebody decided to seek audience only after he's been shamed. Had they use their brain earlier, tak de lah kecoh2 macam ni.