Friday, February 6, 2009

Melayu yang Tolol


Aku tak tahu sama ada nak tertawa atau nak menangis.
Aku rasa nak tertawa sebab yang menunjuk perasaan dengan membawa sepanduk di Kuala Kangsar petang tadi adalah sekumpulan orang Melayu/Islam dari sebuah parti Islam yang hanya menang 6 kerusi sahaja didalam PRU yang lalu. Memanglah wakil mereka adalah Menteri Besar, tetapi hakikatnya MB mereka sebenarnya ibarat lembu dicucuk hidung. Mereka tidak membawa agenda untuk memperkasakan Melayu/Islam sebaliknya membawa agenda mengkayakan pasangan mereka semata. Dan mereka seronok sekali dengan keadaan tersebut. Biar ayam menang walaupun kampung tergadai!
Dan aku rasa nak menangis sebab mereka telah dipergunakan untuk memalukan Sultan Melayu!. Aku tidak rasa pasangan mereka berani berdemo sedemikian rupa kerana takut akan tindakbalas orang Melayu yang lain. Lalu dibiarkan orang Melayu sendiri memalukan Sultan mereka sendiri. Inilah hakikat paling menyedihkan.
Tahukah tuan-tuan jika tidak kerana Paduka Baginda berkeras mahukan MB dari golongan Melayu /Islam selepas PRU yang lalu,tuan-tuan telah ber MB kan Ngeh atau Ngor!!!!!!!
Itulah yang berlaku jika kita terlalu taksub dan jumud. Bila hati telah buta dan akal telah mati maka jadilah kita melayu tengin ( bahasa hilir perak).
Hakikatnya DAP telah bertindak untuk meletakkan calonnya sebagai MB, namun terhalang oleh undang-undang tubuh negeri yang menyatakan MB mesti Melayu dan Islam . Diatas dasar itu sahaja YB Dato Seri Nizar dilantik sebagai MB . Bukan diatas jumlah kerusi , dalam kata lain bukan diatas merit!. Jelas DAP sendiri tidak berpuas hati. Mereka hampir memboikot majlis angkat sumpah.
Mungkin tumbangnya Kerajaan Pakatan Rakyat bukan atas dasar demokrasi. Tetapi tuan-tuan jangan lupa Anwar Ibrahim juga cuba menumbangkan Kerajaan Persekutuan dengan cara jalan belakang. Anwarlah yang memulakan kisah lompat melompat ini.
Sebenarnya mudah sahaja nak selesaikan masalah ini...tunggu sahaja PRU 13 dan buat perhitungan di kotak undi. Sementara itu, berilah peluang kepada UMNO yang MENANG 27 kerusi (terbanyak diantara semua parti)-ini menunjukkan mereka mendapat sokongan hampir 50% itu menjalankan tugas mereka sehingga ada lagi adengan katak-katak melompat.
Assalamualaikum.

4 comments:

oshin68 said...

Nasib baik aku jawa!!!! Hihihi

KALAM JAUHARI said...

Salam...masalahnya di malaysia ini ada banyak melayu..Jawa speaking Malay, Bugis speaking Malay , English speaking Malay , Tamil speaking Malay dll.

Yang belum ada Chinese spaeking malay.hehehe

:-)

baharom leman said...

Kalam,
Tq.kau datang melawat aku. Perkataan tengin yang kau sebut tu memang kena betul dengan dia otang tu.

shahpaskal said...

Memang ada segelintir orang Melayu yang tak berfikiran strategik. Sebenarnya bukan segelintir tapi majoriti.

Orang macam nilah yang menjahanamkan negara, merosakkan bangsa dan mencemar agama.

Tahniah kerana menyiarkan blog seperti ini, teruskan perjuangan anda untuk membuka minda bangsa kita