Pergolakkan poltik mutakhir ini, yang melibatkan PKR dan UMNO sebenarnya mununjukkan semua ahli politik, baik berideologi nasionalis, sosialis atau agama sebenarnya sama sahaja. Ideologi tersebut tidak lebih hanya 'platform' untuk bermain politik sahaja. Bila terdesak belang mereka semua terkeluar dan akhirnya belang UMNO, PKR, DAP dan PAS sama sahaja. Maka rakyat merhaen yang beriya-iya menjulang sepanduk pun terpinga-pinga.
Aku menjangkakan apabila Barisan Rakyat dapat memerintah beberapa buah negeri ada perbezaan yang nyata dari segi dasar dan pendekatan akan dibuat bagi menunjukkan atau bagi membuktikan asas ideologi mereka. Pemerintahan yang adil dan saksama, telus dan tidak merugikan negeri atau rakyat. Pentadbiran dimana rakyat bukan sahaja boleh memberi maklum balas tetapi maklum balas diambil kira dalam pentadbiran.
Pentadbiran dimana tidak dibezakan pengundi sama ada pengundi BN atau BR. Tidak ada unsur balas dendam, unsur rasuah atau apa-apa sahaja yang mereka kritik semasa pemerintahan BN dahulu.
Tetapi tidak sampaipun beberapa lama belang sebenar mereka telah terserlah. Bahawa belang mereka dan belang BN adalah sama. Aku berikan beberapa contoh;
1. Terdapat satu bentuk 'silent rule' bahawa semua kontrak kecil di semua majlis perbandaran perlu lah diberi kepada syarikat 'Bukan UMNO'. Aku dapat tahu perkara ini ketika berbual dengan seorang 'broker' (Ya..mereka pun pakai broker beb, macam UMNO). Dan mereka punya cara tersendiri untuk memastikan bahawa samada syarikat yang berjaya adalah milik orang UMNO atau tidak.
2. Tahu tak mereka bahawa banyak pemilik syarikat yang kononnya milik UMNO ini mengundi pembangkang semasa PRU 12 dahulu? aku kenal banyak pemilik syarikat sebegini, yang turut berkempen untuk PKR. Satu contoh nyata ialah satu syarikat katerer kesukaan Dato' Zulhasanan Rafique yang selalu dapat bisnis katering UMNO Setiawangsa berkempen untuk PKR sewaktu PRU yang lepas.
3. Dizaman BN dahulu tidak terdapat syarat mesti syarikat UMNO untuk dapat kontrak. aku kenal ada banyak pemilik syarikat yang pro PKR/PAS dapat kontrak/projek .
4. Pemimpin Barisan Rakyat juga makan komisen! tak percaya? aku cedok sedikit dari tulisan MSO
Yang menghairankan kenapa untuk pilihan raya kecil melibat PKR boleh dibantu tetapi tidak dengan Pas? Mungkin pemimpin ini bebas menggunakan wangnya. Namun beliau kena ingat beliau berada di kerusinya sekarang ini bukan kerana orang PKR yang menyokong tetapi kerana orang Pas menyokongnya. Wang 'komisyen' yang dipunggut dari berbagai sumber itu tidak akan hadir kalau bukan kerana kedudukan itu.
selanjutnya klik disini -tajuk posting Terkenang Kuala 2
Jadi kesimpulannya belang mereka semua sama, tidak ada ideologi yang membezakakan bila tiba bab wang dan isi perut. Berak mereka tetap busuk...
Ada yang sanggup dicucuk hidung asal dapat jadi MB, ada yang dulu berkobar-kobar bila berbicara tentang kepandaian mentadbir syarikat korporat sekarang tergagap-gagap bila ditanya tentang penyelewengan yang dibuatnya.
Mungkin benar penyakit -penyakit ini berasal dari UMNO, tetapi takkan orang-orang yang mengaku menentang UMNO kerana penyakit-penyakit ini sudah terjangkit?
Salam...
No comments:
Post a Comment