Thursday, February 19, 2009

Ayam Menang, Kampung Tergadai?

Mungkin kita semua telah arif dengan alkisah Ayam Menang Kampung tergadai dek kebodohan seorang yang bernama Pak Pandir. Rupanya di zaman ini banyak juga Pandir-Pandir di kalangan kita.

Tetapi yang pelik bagi aku ialah bila Pakatan menuduh BN pandir , mereka juga tidak segan silu mempamerkan kepandiran mereka.

Aku merujuk kepada tindakan speaker DUN Perak yang menggantung MB Perak Dato Dr Zambry Abdul Kadir serta barisan Exco beliau. Tindakan ini bukan sahaja tidak mengikut perlembagaan malah tindakan sebegini tidak ada didalam perlembagaan!.

Mereka menuduh tindakan DYMM Sultan Perak tidak mengikut perlembagaan . Hakikatnya tindakan DYMM Sultan membuat tindakan sebegini adalah mengikut intepretasi beliau yang arif didalam Undang Tubuh Negeri Perak. Peruntukkan perlembagaan negeri Perak memberi kuasa kepada Sultan untuk melantik mana-mana pemimpin yang mendapat sokongan majoriti untuk menjadi MB. Walaupun tidak disebut sama ada beliau boleh menitah kepada MB untuk meletak jawatan tetapi interpretasinya adalah disaat MB tidak lagi mendapat sokongan majoriti maka beliau dengan otomatik tidak lagi menepati kehendak undang-undang tubuh Negeri.

Apabila Speaker DUN Perak menggantung MB dan Barisan Exco dari DUNkerana menerima lantikan DiRaja adakah ini bermakna speaker DUN Perak mempunyai kuasa yang melebihi Sultan?

Kita faham bahwa Pakatan sedang cuba menekan Kerajaan supaya membubarkan DUN dan mengadakan pilihanraya baru. Benarlah bahawa keadaan sekarang amat memihak kepada mereka dan mungkin , (diulangi mungkin ) mereka boleh memenangi majoriti untuk membentuk kerajaan. Jika begitu keadaannya mengapa tidak tunggu sahaja PRU 13 dan tunjukkan taring dengan memenagi 2/3 kerusi DUN ( cuma kali ini kena bagi semua ADUN sebuah Toyota Camry tiap seorang).

Pada pendapat aku sikap untuk terus membuat huru hara akan memakan diri sendiri. Mungkinkah tindakan sebegini akan membuka ruang untuk pihak penguasa mengambil tindakan drastik atas alasan keselamatan negara? Ingat Mageran tahun 70an?

No comments: