Thursday, February 5, 2009

Bubarkan DUN Perak


Dikhabarkan Datuk Seri Anwar sering mengalami perut memulas jika beliau tertekan (tension). Jika begitu keadaannya , aku percaya beliau sekarang ini mungkin sedang mengalami perut memulas atau mungkin dah terkena cirit-birit.


Beliau yang dianggap pakar dalam permainan politik tewas ditangan permainan politik saingan sengit beliau iaitu Datuk Seri Mohd Najib. Beliau terlebih jangka kekuatan PKR maupun kekuatan beliau sendiri. Tapi keadaan di Perak bukan salah percaturan beliau sahaja. PAKATAN di Perak, seperti juga dilain-lain negeri kecuali Kelantan dan Pulau Pinang sememangnya bagai retak menanti belah.

Pengundi-pengundi menjangkakan apabila PAKATAN memerintah, akan terdapat satu anjakkan yang berbeza dalam gaya dan falsafah pentadbiran, tetapi sebaliknya apa yang ditonjolkan adalah sikap tamak dan haloba dengan gerakkan tersusun untuk merampas tanah (land grab) dan kuasa serta sikap sombong. Selain menukar kereta dari PROTON ke CAMRY, tiada perubahan drastik yang berlaku didalam pentadbiran mereka. Mereka lupa bahawa majoriti pengundi Perak adalah orang-orang Melayu dan sikap membelakangkan Melayu ini amat merugikan. Tetapi Kaduk kalau dah naik junjung memang begitulah sikapnya.


Walau bagaimanapun secara peribadi aku berpendapat melompat-lompat parti ini kerja tidak bermaruah. Ini kerja opotunis yang tidak berpendirian. Jika sikap ini membawa padah kepada PAKATAN, padah yang sama juga akan menjengah BN. Keadaan di Perak tetap retak menanti belah.


Bayangkan kesukaran untuk melantik EXCO kerana wakil bukan melayu hampir semuanya dari DAP. Jika ini berlaku kerajaan yang bakal dilantik tidak mempunyai kredibliti yang mampan.


Oleh yang demikian aku menyarankan bahawa DUN Perak sepatutnya dibubarkan bagi membolehkan rakyat membuat pilihan dan sekali gus bagi membolehkan UMNO/BN menyusun satu barisan yang lebih baik. Orang yang pertama perlu disingkirkan dari menjadi wakil ialah katak pengkhianat dari BOTA!.


Apapun keadaannya kita perlu prihatin kepada masalah yang lebih besar yang sedang melanda negara kita. Tsunami ekonomi sedang menghampiri kita dengan pantas. Aku secara peribadi amat sedar kepada keadaan yang bakal berlaku ini. Itu sebab banyak posting aku lebih menekankan kepada kegawatan ekonomi global sebab survival orang-orang Melayu banyak bergantung kepada sejauh mana negara mampu menghadapi gelombang yang ganas ini.


Kita tak mahu masa depan anak-anak kita menjadi tidak menentu kerana kita terlalu banyak bermain politik. Biarkan Anwar dengan sikap gahnya itu, banyak diantara kita sudah dapat melihat belang beliau dan mendapati belangnya sama sahaja dengan orang-orang yang dikritiknya.
Salam...








No comments: