Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

Friday, December 17, 2010

Kecelaruan Pluralisma Agama Harakah Daily

Seorang sahabat menghantar email kepada penulis tentang kecelaruan pluralisma agama oleh Harakah Daily dalam edisi bahasa Melayu dan Bahasa Inggerisnya.



Sekalipun harakah Daily adalah suara rasmi parti PAS, penulis tidak menuduh mereka menyokong pluralisma agama. Edisi Inggeris adalah siaran ucapan DSAI yang terang-terang menyokong pluralisma agama sementara edisi bahasa Melayunya adalah tulisan wartawan tanpa nama mereka yang tidak memihak kepada pandangan DSAI.

Soalannya apakah pendirian sebenar Harakah daily tentang isu ini. Menyokong atau pun tidak? atau adakah pandapat Harakah Daily mengikut bahasa audien mereka? Ya jika mereka berbahasa Inggeris , Tidak jika Bahasa Mereka Melayu?

Sebagai gerakan Islam hanya ada satu sahaja kebenaranya dan PAS melalui Harakah daily perlu memberi jawaban mereka.

Kadang-kedang penulis kesihan dengan dilema yang dialami oleh PAS. DAP dengan 'langkah Mayat kami dahulu' dan Anwar dengan 'semua agama sama'nya. Dimanakah suara gerakan Islam ini? Merka hanya mampu berbisik diatas katil bersama pasangan mereka.

Sekurang-kurangnya UMNO tidak apologetik dengan Ketuanan Melayunya. Jika Ketua Pemuda PAS pernah mengajak Pemuda UMNO berdebat samaada UMNO berada di Jalan yang benar, apakah jalan yang diambil oleh PAS kini benar?

Semakin lama PAS kelihatan semakin sama warnanya dengan UMNO....


Thursday, February 11, 2010

Nizar dan PAS membuat kesilapan strategik?

Apabila keputusan Mahkamah Tinggi di Malaysia membuat keputusan yang memihak kepada Tuanku Al Sultan, Nizar Jamaludin menghamburkan kenyataan yang mempertikaikan keputusan mahkamah (akur tapi mengkiritik) dan melabelkan keputusan tersebut sebagai satu tragedi kepada demokrasi dan yang paling aneh sekali beliau berkata keputusan tersebut akan membawa kepada 'absolute monarchy'. Bagaimana keputusan mahkamah tersebut membawa kepada 'absolute monarchy' tidak dijelaskan. Namun jelas kenyataan akhbar tersebut adalah kenyataan yang penuh emosi

Sekalipun PAS meminta penyokong-penyokongnya bertenang, namun kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin parti jelas tidak menerima keputusan tersebut. Ini tidaklah menghairankan, namun aku tertanya-tanya adakah PAS membuat kesalahan taktikal dalam dengan tindak balas dan kenyataan akhbar mereka atau memang ada dalam doktrin perjuangan mereka untuk tidak mengiktiraf kerajaan monarki berparlimen atau mereka terlalu angkuh dan 'over estimate' keupayaan mereka.

Katakan kehendak PAS diikuti, dan satu pilihanraya baru dijalankan dan keputusannya masih sama. Ketika itu kuasa melantik MB berada ditangan Sultan, agak-agak PAS apa yang Tuanku Sultan akan lakukan setelah PAS memalukan beliau? Tuanku Sultan melantik MB dari PAS sekalipun DAP menyerahkan senarai mereka. Jawatan MB secara hakiki bukan milik PAS tetapi lantikan atas ikhsan Tuanku Al Sultan, namun tidakan PAS amat berlebihan .

Bukankah lebih bijak PAS berdiam diri dan memperkuat barisan mereka dari menghina Sultan mereka sendiri?. Pilihanraya berlangsung 5 tahun sekali, Jika benar PAS kuat, tak usah mengelabah,giliran pasti sampai, namun aksi Nizar seolah-olah seperti seekor beruk mendapat bunga. Terlajak perahu boleh dialih, terlajak kata nanti jadi celako..celako..celako










Friday, November 13, 2009

Antara Islam Separuh dan Islam Tiga Suku

Aku sebenarnya agak keberatan nak menulis posting-posting macam ni. Bagi aku ada banyak isu-isu yang mendepani umat Melayu Islam di Malaysia yang harus ditangani dengan segera . Isu-isu ini bukan isu poitik PAS atau UMNO, ia adalah isu Melayu Islam yang seharusnya ditangani bersama. Isu-isu ini menuntut tindakan yang wajar dari kedua-dua pihak.


Namun yang sedihnya adalah kita lebih suka bercakaran tentang siapa lebih Islam dan siapa lebih baik Islamnya. Kita tidak memberi hak untuk berhujah. Siapa yang lain hujahnya dari kita maka dicap terkeluar Islam, sesat lagi menyesatkan dan berbagai-bagai lagi label yang sesedap rasa hati kita.


Namun hakikatnya kita akhirnya menghampiri kepada satu kedudukan yang akan menjadikan kita ditertawakan oleh orang. Banyak sudah contoh-contoh yang ditunjukkan dari kedua-dua pihak.


Jika UMNO dituduh mengamalkan ISLAM separuh -separuh, PAS pula mengamalkan ISLAM tiga suku. Maknanya dua dua tak cukup penuh.


PAS kini datang dengan berbagai-bagai tafsiran dan amalan yang tidak ada dalam ISLAM. Baiah dengan menjadikan isteri sebagai barang gadai janji dan tafsiran hadiah kalau tidak disertakan niat lain tidak dianggap rasuah adalah antara 'new product' dari PAS!


Jika begitu halnya tuan-tuan sama seperti orang-orang yang tuan-tuan tuduh rasuah!. Hadiah kepada pemegang jawatan bukan bererti pemberi telah mendapat habuan, ia mungkin juga habuan untuk masa depan yang belum dinyatakan. Dalam bahasa Inggerisnya 'to curry favour'!


Semasa Yusof Chin ditaja cutinya oleh Linggam, tanyalah VK linggam adakah beliau beniat apa-apa? tentuka sekali jawabanya 'Tara Tun, ini E-Class (ikhlas- VK tak boleh pronounce 'ikh') juga!!!'. Correct?


Kenapa agaknya syarikat berkenaan tak taja aku, mak aku dan keluarga aku ke Mekah ye?

Tidak kah kes ini sama seperti seorang mamat yang dapat wang rasuah ( tanyakan kepada beliau adakah itu rasuah? apakah agak anda jawabanya?) dan membayar zakat dari 'wang hadiah' itu?.


Memang sukar untuk menolak godaan dunia sekalipun kepada orang-orang yang sudah bertaraf ulamak muktabar. Tetapi jangan lupa tuan-tuan golongan inilah juga yang lebih dahulu Allah campakkan kedalam neraka sebelum orang-orang marhaen seperti kita.


Jika Khalifah Harun ArRasyid tidak memberi izin untuk kaum keluarganya menjamah barang sedikit pun harta Baitul Mal sekalipun mereka miskin kerana ditakuti akan terlebih ambil serta ditakuti mendatangkan syak, Khalifah zaman sekarang semua sapu. Syak ke tidak itu hal lain.

Salam untuk Haji Sponsor.






Tuesday, July 21, 2009

NASIHAT USTAZ HARUN TAIB KEPADA UMNO

SHAH ALAM – Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib mendakwa pemerintahan Barisan Nasional (BN) selama 50 tahun tidak mengamalkan prinsip asas keislaman kerana banyak banyak mencabar ayat-ayat suci al-Quran dan Sunnah.

Beliau berkata, ini dapat dilihat pelbagai masalah yang dihadapi kerajaan sekarang seperti keselamatan, jenayah, rasuah, penyalahgunaan kuasa, rompakan dan sebagainya.

“Masalah ini terjadi kerana kepimpinan BN tidak menghayati kandungan Islam yang sebenar. Jika pemimpin UMNO masih mengaku mempertuhankan Allah dan menabikan Muhammad SAW, landasan sebenar perlu dituruti.

“Kenapa UMNO boleh sembahyang mengikut ajaran Islam, mengapa tidak boleh mengikut Islam dalam memerintah negara? Adakah UMNO mengambil konsep beriman separuh kitab dan menolak separuh yang lain?” katanya, semalam.

Sekiranya dibandingkan dengan kepimpinan Pas, beliau berkata, Pas memperjuangkan Islam agar menjadi akidah kepada negara dari segenap segi sama ada dari sudut pentadbiran, kehakiman atau sebagainya.

“Pendek kata, apa sahaja yang terkandung dalam dua kalimah syahadah iaitu ‘tiada tuhan disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad itu pesuruh Allah’ akan diaplikasikan oleh Pas bukan sahaja dalam kehidupan individu, masyarakat dan negara,” katanya.

Menurutnya, situasi sebeginilah yang membezakan antara UMNO dan Pas memandangkan dasar serta matlamat perjuangan yang dibawa jauh berbeza.

“Kita dapat lihat kepimpinan negara, terang-terangan menolak hukum Allah,” katanya.

Beliau berkata, UMNO membenarkan ‘Riddah’ atau murtad: berleluasa di samping mengamalkan budaya “Hendonisme” budaya “akhlak bobrok” melalui agensi-agensi penyiarannya.

Harun berkata, sekiranya hanya menghebohkan soal pembinaan masjid, semua dunia membina rumah Allah itu, namun pentadbiran mereka sama juga tidak mengikuti ajaran Islam.

“Status kedudukan pemimpin di negara barat dan timur yang sekular, sama dengan kedudukan pemimpin UMNO di Malaysia ini,” katanya.

Menurutnya, sekiranya masih wujud benih keimanan dalam hati pemimpin UMNO, beliau merayu mereka kembali bertaubat ke jalan Allah SWT.

sinarharian

Aku andaikan dengan dakwah dan nasihat serta saranan sedemikian , jika dituruti oleh UMNO maka Negara Malaysia akan A ok. Maknanya Negara Malaysian kita akan aman dan damai, indeks jenayah akan menurun, indek TI akan meningkat, indeks hak asasi Malaysia meningkat, Ekonomi akan mencatatkan pertumbuhan 8% keatas selama mana kita mengikut saranan Ustaz, dan kita akan berada didalam suasana UTOPIA.

Demikianlah sebabnya mengapa ALLAH swt mentakdirkan 3 negeri diperintah oleh Pakatan Rakyat. Kerananya jika kepimpinan BN tidak menghayati kandungan Islam sebenar, maka kepimpinan PAKATAN RAKYAT akan menghayati Kandungan Islam SEBENAR. Aku amat mensyukuri nikmat illahi ini.

Maka dengan ini ARAK tidak akan dijual berleluasa di premis AWAM di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang (Kelantan ok doh) . Malah Kerajaan Pakatan Rakyat akan menghapuskan kilang-kilang arak yang ada dialam negeri dibawah tadbiran mereka. Hukum-hukum Islam termasuk perbankan dan hukum -hakam Islam yang dipatuhi dan dilaksanakan di semua Kerajaan Pakatan Rakyat kerana kepimpinan mereka menghayati Kandungan Islam yang sebenar. Maknanya tiada akaun bank selain bank Islam akan dibuka di 3 negeri terbabit. Setakat ini aku masih menerima cek bank konvensional dari Kerajaan Negeri Selangor!

Pembahagian kekayaan juga akan dilakukan secara adil di semua negeri Pakatan Rakyat. Tiada Pemimpin terbabit dengan kumpulan-kumpulan underworld. Tiada pemimpin rasuah dan tiada pemimpin yang tidak bermoral yang boleh menjawat jawatan awam.

Tiada pemimpin yang akan mendera isteri mereka, tiada pemimpin yang mempunyai skandal seks. Tiada Pemimpin yang punya kroni kroni atau yang diam-diam merampas tanah-tanah kerajaan.

Kontrak-kontrak akan dibahagi kepada semua usahawan yang layak dan bukan mengikut formula-formula tertentu mengikut parti-parti yang memerintah. Kontrak-kontrak tidak dianugerahkan melalui wahyu SUK atau surat-surat sokongan pemimpin.


Benarlah Kerajaan Negeri yang tidak ditadbir oleh Pakatan Rakyat akan dilaknat oleh Allah swt kerana tidak menghayati ajaran Islam sebenar melainkan 4 negeri yang ditadbir oleh PAKATAN RAKYAT.

Sementara itu marilah kita hayati perkembangan mutakhir yang syahdu dan damai di Negeri-Negeri yang tadbir oleh PAKATAN RAKYAT yang menghayati Kandungan Islam SEBENAR.





Ini semua salah BN semate. Maslahat ini tidak ada kena mengena dengan PAKATAN RAKYAT! Tidak ada anak -anak orang PAKATAN RAKYAT terlibat dalam kerja haram jadah ni. Di Negeri PAKATAN RAKYAT tidak ada kelakuan sebegini. Diulangi tidak ada kelakuan sebegini!We are Clean!.

Sementara itu mari kita melihat sedikit lembaran Sejarah sejarah yang menimpa umat Islam yang bercakaran sesama sendiri. Yang merasa diri mereka lebih batul dari yang satu lagi


Sunday, July 19, 2009

PAS sudah menjiwai konsep 1 Malaysia


Mungkin Najib sudah dapat melihat konsep 1 Malaysia beliau boleh diterima oleh semua. Hari ini beliau terbukti mempunyai pandangan yang jauh. PAS sudah memulakan langkah dengan menerima konsep ini dan keterbukaan ini merupakan anjakan paradigma yang besar untuk mereka. Mungkin selepas ini mereka akan menyalakan lampu sempena deepavali.

Salam 1 Malaysia untuk semua






Friday, July 3, 2009

Apabila Tuan Guru Hj Hadi keliru...

Apabila yang berhormat Tn Guru Hj Hadi mengeluarkan kenyataan menentang penghapusan kuota 30% Bumiputera dalam syarikat senaraian awam kerana beranggapan ia akan menjejaskan bumiputera , seperti yang diumumkan oleh PM ke 6, ada sesuatu yang pelik telah berlaku.
Tugas mempertahankan hak keistimewaan bumiputera ini kerja UMNO. UMNO yang berpaksikan ketuanan Melayu telah mengumumkan pembatalan tersebut diatas beberapa pertimbangan terutama akibat terhakisnya pengaruh UMNO. Ini akibat permainan PAS juga.
PAS tidak pernah berjuang diatas landasan kelangsungan bumiputera dalam politik atau ekonomi di Malaysia. PAS memperjuangkan ISLAM. Perjuangan PAS tidak ada kena mengena dengan politik ketuanan. Politik ketuanan ini sama dengan ajaran Ayah Pin dan Kominis kata Tn Guru Nik Aziz. Malah Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi percaya perjuangan mempertahankan ketuanan dan Bangsa bertentangan dengan Islam. Sebab itu beliau mahu berwacana dengan Pemuda UMNO diatas tajuk tersebut.
Apabila YB Presiden PAS mengeluarkan kenyataan bantahan kepada penghapusan kuota tersebut, kita ingin bertanya dia mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai Presiden PAS atau Presiden UMNO?
Bukan Tuan Guru aje keliru..aku pun dah keliru ni...
Salam untuk semua yang sedang keliru...

Sunday, March 22, 2009

Dilemma Melayu Kini

Jika ucapan YAB Tun Dr Mahathir (klik sini) dijadikan sandaran, orang-orang Melayu kini seolah-olah sudah terdesak dan keliru. Orang-orang Melayu (atau yang memanggil diri mereka sebagai Melayu) sudah tidak punyai identiti yang jelas dan tidak mempunyai tunjang yang sama. Natijahnya Melayu kini berpecah belah atas berbagai ideologi dan isma-isma yang entah apa-apa dan hasilnya ialah apa yang kita lihat kini. Berpuak-puak dan akhirnya mudah dimanipulasi.
Mungkin perlu pada kita untuk merenung kembali sebab musabab yang akhirnya menjadikan Melayu kini menjadi berpecah belah, rapuh dan keliru. Mungkin juga perlu pada kita untuk mencermin diri kita dan bermuhasabah sebelum kita menjatuhkan hukum dan membuat percaturan yang akan menambah kepada kesukaran yang kita alami kini. Paling penting untuk kita memikirkan kembali strategi dan pendekatan yang tidak mengasingkan sesiapa, Melayu atau bukan Melayu. Islam atau bukan Islam.
Pada pendapat aku yang tidak berapa pandai ini, masalah Melayu sebenarnya berpunca dari kejayaan Kerajaan mengangkat keupayaan orang Melayu sendiri. Pada masa yang sama Kerajaan yang diterajui oleh UMNO masih bertunjang kepada falsafah yang lama yang tidak berubah mengikut aspirasi semasa.
Kalau kita membuat kajian secara mendalam, kita akan dapati hampir semua orang-orang Melayu yang kini berada didalam kelas menengah keatas yang berusia 50 tahun kebawah mendapat faedah pendidikan dari Dasar Ekonomi Baru yang memberi keutamaan untuk kepada Bumiputera untuk melanjutkan pelajaran mereka. Dasar ini tidak memilih bulu, asal sahaja Bumiputera dan layak maka mereka mendapat keistimewaan tersebut.
Aku masih ingat pada tahun 1982, separuh dari pelajar Melayu kelas aku mendapat tawaran melanjutkan pelajaran keluar negara. Tiada kedengaran sebarang diskriminasi dikalangan pelajar bumiputera.
Anwar Ibrahim, Nizar Jamaludin dan kebanyakkan pemimpin PAS sekarang memperolehi faedah dari Dasar tersebut. Malah Nizar Jamaludin dengan angkuhnya mengatakan beliau adalah jutawan sebelum bergelar MB Perak!. Beliau cuma terlupa untuk memperincikan darimana kebolehan untuk mengumpulkan harta tersebut datang. Malah diberitakan beliau masih belum menjelaskan hutang MARA beliau. Syarikat perunding kejuruteraan beliau mendapat banyak kontrak kerajaan. Itulah kejayaan utama DASAR EKONOMI BARU. Meningkatkan martabat pendidikan Melayu. Ini satu fakta yang tidak boleh dinafikan.
Hasilnya DEB telah berjaya menghasilkan ribuan teknokrat Bumiputera yang kemudiannya mendapat peluang menerajui Jabatan Kerajaan dan Syarikat- Syarikat besar Kerajaan. Dasar DEB ini menghasilkan dua natijah utama;
  1. Lahirnya teknokrat dan ilmuan Melayu yang mempunyai pandangan yang liberal dan berkeyakinan untuk bersaing dialam dunia yang lebih global. Golongan ini kemudian beranak pinak dan generasi mereka sudah tidak mengenal erti kemiskinan yang dahulu dikaitkan dengan Melayu dan hilang identiti Melayu mereka. Cara fikir mereka telah begitu jauh terasing dari cara fikir generasi sebelumnya. Semangat Nasionalis sudah tiada dalam diri mereka.
  2. DENDAM OLEH KAUM BUKAN MELAYU KEPADA ORANG MELAYU AKIBAT DIPINGGIRKAN OLEH DASAR DEB.

Dendam inilah yang tersirat didalam psikologi kaum bukan melayu yang menjadi motivasi utama mereka untuk memusuhi segala yang Melayu. Aku bukan berkata kosong kerana pengalaman aku bertugas dan bergaul dengan mereka membuat aku mengerti apa yang tersirat disebalik sifat luaran mereka yang nampak terbuka.

Malah sehingga kini penindasan kepada pekerja golongan Melayu yang bertugas dengan syarikat korporat mereka masih berlarutan. Seorang rakan aku begitu seronok dinaikkan pangkat sebagai AGM sehingglah beberapa bulan kemudian apabila dia mendapat tahu gajinya ditawarkan kepada beliau separuh dari gaji AGM lain yang tidak sebangsa dengannya!. Seorang lagi rakan aku pernah diberitahu oleh Bossnya jika beliau satu bangsa dengannya sudah tentu beliau akan dinaikkan pangkat memandangkan prestasi kerjanya yang baik!. Ini merupakan satu tindakann balas dendam yang tersirat dan halus.

Alasannya mereka amat mudah. Mereka memandang bangsa Melayu sebangai bangsa yang malas dan tidak sehebat bangsa mereka. Sikap 'superiority complex' ini ada dimana-mana dan sudah menjadi penyakit yang serius. Malah ada dua - tiga buah parti poltik multi rasial dinagara ini yang tidak melantik Adun-adun Melayu atas alasan yang sama!!!!

Kemerosotan Melayu

Kemajuan Malaysia menjadi salah satu negara membangun juga telah melahirkan satu sikap yang akhirnya menyebabkan Melayu berpecah belah. Soalan ini kita kena tanya TUN DR MAHATHIR sendiri kerana zaman pemerintahan beliau menjadi punca dan menyumbang kepada perpecahan Melayu yang serius. Zaman pemerintahan beliau melihat bagaimana Melayu yang tidak menyokong UMNO dihukum dan diasingkan dan Melayu yang tidak menyokong beliau juga dihukum. Zaman pemerintahan beliau menyaksikan banyak institusi Melayu diranapkan dengan sengaja atau tidak. Ini tidak perlu diulas panjang dalam artikel ini sebab ia telah didokumenkan dengan banyak baik secara ilmiah atau dialam maya oleh pengkaji yang lebih berwibawa dan lebih berkelayakkan. Secara peribadi aku melihat wabak korupsi ini meletup dizaman 22 tahun pemerintahan beliau.

Bagaimana seharusnya kita bergerak ke hadapan?

  1. Hapuskan semua sekolah Cina dan India. Semua Rakyat Malaysia harus dididik dengan satu aliran sahaja.
  2. Hapuskan DEB, ujudkan Dasar Membasmi Kemiskinan tanpa mengira kaum.
  3. Kekalkan Dasar membantu usahawan Bumiputera dengan secara meritokrasi dan bukan hanya usahawan yang menyokong UMNO sahaja.
  4. Hapuskan korupsi secara total dengan tidak memilih bulu

Jika kita berani melakukan ini maka kita ada masa hadapan yang cerah.

Salam...

Sunday, February 8, 2009

Mohd Nizar - Khalifah yang tidak berakal


Impak tunjuk perasaan sekumpulan orang Melayu dari Parti Islam tempoh hari masih didebatkan baik di media arus utama mau pun di gerbang maya.


Impak tunjuk perasaan tersebut sangat signifikan dalam kontek hubungan orang Melayu dengan Sultan-Sultan Melayu. Jika selama ini terdapat riak-riak tidak berpuas hati dengan gelagat Sultan-Sultan Melayu namun ia tidak pernah dimanifestasikan sedemikian rupa. Tunjuk perasaan yang dilakukan diluar batas adab beraja masyarakat Melayu.


Tetapi perlu diingat demostrasi menentang keputusan Sultan -Sultan ini bukan baru berlaku dan bukan dilakukan oleh PAS sahaja. Masihkah kita ingat dengan kain rentang-kain rentang yang dipasang di Kuala Terengganu sebaik sahaja PRU 12 akibat penolakkan Idris Jusoh sebagai MB?.


Namun begitu tunjuk perasaan menentang keputusan Paduka Baginda Sutan Perak di Kuala Kangsar ini unik kerana ia melibatkan keganasan oleh sekumpulan orang melayu. Kumpulan ini mempertahankan seorang pemimpin mereka dengan cara yang tidak sivil. Ini rasanya belum pernah berlaku dalam sejarah Negeri Perak malah di Malaysia.
Apakah Parti PAS boleh memberi alasan bahawa itu hanya pengikut mereka yang terbawa-bawa oleh perasaan dan tiada arahan dari pemimpin atasan utuk berdemonstasi? Aku rasa alasan tu tidak kukuh kerana pemimpin mereka YB Dato Seri Ir Hj Mohd Nizar sendiri dengan angkuhnya masih menduduki rumah rasmi MB dan terus mengadakan mesyuarat Exco malah memberi kenyataan akhbar akan terus datang bertugas Selasa nanti. Bukankah itu keengkaran yang nyata?


Apakah imej yang hendak dibawa oleh Parti Islam ini. Jika selama ini mereka menuduh UMNO sebagai itu/ini (tak payah disenaraikan banyak sangat) tetapi mereka melakukan perkara yang sama, malah lebih bebal lagi? Bukan kah sikap sebegini akan menyukarkan mereka mentadbir Perak pada masa hadapan (jika dizinkan tuhan). Imej mereka mungkin meningkat dikalangan orang bukan Melayu/bukan Islam, tetapi audien sebenar mereka adalah Melayu/Islam.


Bukankah seorang intelek seperti Mohd Nizar mampu berfikir panjang? My dear brother you may lost the battle but you have a war to fight. You have another day to fight your battle. Baru diuji Allah sedikit dah melalok tak tentu pasal.


Ir Dato Seri Mohd Nizar perlulah sedar bahawa he is not holding his MB position on his own merit. He is there because DAP allowed him to be there. Infact when the time is right ( I mean when they finally acknowledge, they need a Malay Adun with them), you think they will let PAS be the MB?


Sebenarnya hujah bahawa kerajaan BN tidak mengikut kehendak rakyat adalah tidak benar sama sekali. BN yang diterajui UMNO mempunyai 28 kerusi, sama seperti Pakatan, congaklah sendiri maksud tidak diterima rakyat tadi. Malah UMNO mempunyai 27 kerusi iaitu yang terbanyak dintara parti-parti yang menang!. Jadi dimana merit hujah-hujah yang berkenaan?


Hakikatnya PAS lah merupakan parti yang tidak diterima rakyat Perak. Mereka hanya menang 6 kerusi sahaja itu bermakna PAS bukan suara orang Melayu Islam di Perak! sedor yop sedor!


Oleh yang demikian aku menyeru YB Ir Dato Seri Mohd Nizar supaya tidak melanjutkan penentangan beliau terhadap keputusan DYMM Sultan Perak sebab semakin lama beliau menunjukkan sikap biadap beliau semakin beliau akan menghadapi kesukaran memenagi hati rakyat Melayu Perak.
Kepada pemimpin PAS Pusat berhentilah dari menjadi hipokrit. Hentikan semua penentangan yang tidak menguntungkan ini. Berhenti memalukan Paduka Tuanku. Tuan-tuan kena ingat bahawa tuan-tuan masih perlu mengadap Paduka Sultan jika sekiranya tuan-tuan berkuasa kelak.
BODOH TAK BOLEH DIAJAR, PANDAI TAK BOLEH DIIKUT
Assalamualaikum


Monday, February 2, 2009

Belang UMNO,PKR dan PAS sama sahaja


Pergolakkan poltik mutakhir ini, yang melibatkan PKR dan UMNO sebenarnya mununjukkan semua ahli politik, baik berideologi nasionalis, sosialis atau agama sebenarnya sama sahaja. Ideologi tersebut tidak lebih hanya 'platform' untuk bermain politik sahaja. Bila terdesak belang mereka semua terkeluar dan akhirnya belang UMNO, PKR, DAP dan PAS sama sahaja. Maka rakyat merhaen yang beriya-iya menjulang sepanduk pun terpinga-pinga.


Aku menjangkakan apabila Barisan Rakyat dapat memerintah beberapa buah negeri ada perbezaan yang nyata dari segi dasar dan pendekatan akan dibuat bagi menunjukkan atau bagi membuktikan asas ideologi mereka. Pemerintahan yang adil dan saksama, telus dan tidak merugikan negeri atau rakyat. Pentadbiran dimana rakyat bukan sahaja boleh memberi maklum balas tetapi maklum balas diambil kira dalam pentadbiran.


Pentadbiran dimana tidak dibezakan pengundi sama ada pengundi BN atau BR. Tidak ada unsur balas dendam, unsur rasuah atau apa-apa sahaja yang mereka kritik semasa pemerintahan BN dahulu.

Tetapi tidak sampaipun beberapa lama belang sebenar mereka telah terserlah. Bahawa belang mereka dan belang BN adalah sama. Aku berikan beberapa contoh;

1. Terdapat satu bentuk 'silent rule' bahawa semua kontrak kecil di semua majlis perbandaran perlu lah diberi kepada syarikat 'Bukan UMNO'. Aku dapat tahu perkara ini ketika berbual dengan seorang 'broker' (Ya..mereka pun pakai broker beb, macam UMNO). Dan mereka punya cara tersendiri untuk memastikan bahawa samada syarikat yang berjaya adalah milik orang UMNO atau tidak.


2. Tahu tak mereka bahawa banyak pemilik syarikat yang kononnya milik UMNO ini mengundi pembangkang semasa PRU 12 dahulu? aku kenal banyak pemilik syarikat sebegini, yang turut berkempen untuk PKR. Satu contoh nyata ialah satu syarikat katerer kesukaan Dato' Zulhasanan Rafique yang selalu dapat bisnis katering UMNO Setiawangsa berkempen untuk PKR sewaktu PRU yang lepas.


3. Dizaman BN dahulu tidak terdapat syarat mesti syarikat UMNO untuk dapat kontrak. aku kenal ada banyak pemilik syarikat yang pro PKR/PAS dapat kontrak/projek .


4. Pemimpin Barisan Rakyat juga makan komisen! tak percaya? aku cedok sedikit dari tulisan MSO


Yang menghairankan kenapa untuk pilihan raya kecil melibat PKR boleh dibantu tetapi tidak dengan Pas? Mungkin pemimpin ini bebas menggunakan wangnya. Namun beliau kena ingat beliau berada di kerusinya sekarang ini bukan kerana orang PKR yang menyokong tetapi kerana orang Pas menyokongnya. Wang 'komisyen' yang dipunggut dari berbagai sumber itu tidak akan hadir kalau bukan kerana kedudukan itu.

selanjutnya klik disini -tajuk posting Terkenang Kuala 2


Jadi kesimpulannya belang mereka semua sama, tidak ada ideologi yang membezakakan bila tiba bab wang dan isi perut. Berak mereka tetap busuk...


Ada yang sanggup dicucuk hidung asal dapat jadi MB, ada yang dulu berkobar-kobar bila berbicara tentang kepandaian mentadbir syarikat korporat sekarang tergagap-gagap bila ditanya tentang penyelewengan yang dibuatnya.


Mungkin benar penyakit -penyakit ini berasal dari UMNO, tetapi takkan orang-orang yang mengaku menentang UMNO kerana penyakit-penyakit ini sudah terjangkit?
Salam...