Friday, November 13, 2009

Antara Islam Separuh dan Islam Tiga Suku

Aku sebenarnya agak keberatan nak menulis posting-posting macam ni. Bagi aku ada banyak isu-isu yang mendepani umat Melayu Islam di Malaysia yang harus ditangani dengan segera . Isu-isu ini bukan isu poitik PAS atau UMNO, ia adalah isu Melayu Islam yang seharusnya ditangani bersama. Isu-isu ini menuntut tindakan yang wajar dari kedua-dua pihak.


Namun yang sedihnya adalah kita lebih suka bercakaran tentang siapa lebih Islam dan siapa lebih baik Islamnya. Kita tidak memberi hak untuk berhujah. Siapa yang lain hujahnya dari kita maka dicap terkeluar Islam, sesat lagi menyesatkan dan berbagai-bagai lagi label yang sesedap rasa hati kita.


Namun hakikatnya kita akhirnya menghampiri kepada satu kedudukan yang akan menjadikan kita ditertawakan oleh orang. Banyak sudah contoh-contoh yang ditunjukkan dari kedua-dua pihak.


Jika UMNO dituduh mengamalkan ISLAM separuh -separuh, PAS pula mengamalkan ISLAM tiga suku. Maknanya dua dua tak cukup penuh.


PAS kini datang dengan berbagai-bagai tafsiran dan amalan yang tidak ada dalam ISLAM. Baiah dengan menjadikan isteri sebagai barang gadai janji dan tafsiran hadiah kalau tidak disertakan niat lain tidak dianggap rasuah adalah antara 'new product' dari PAS!


Jika begitu halnya tuan-tuan sama seperti orang-orang yang tuan-tuan tuduh rasuah!. Hadiah kepada pemegang jawatan bukan bererti pemberi telah mendapat habuan, ia mungkin juga habuan untuk masa depan yang belum dinyatakan. Dalam bahasa Inggerisnya 'to curry favour'!


Semasa Yusof Chin ditaja cutinya oleh Linggam, tanyalah VK linggam adakah beliau beniat apa-apa? tentuka sekali jawabanya 'Tara Tun, ini E-Class (ikhlas- VK tak boleh pronounce 'ikh') juga!!!'. Correct?


Kenapa agaknya syarikat berkenaan tak taja aku, mak aku dan keluarga aku ke Mekah ye?

Tidak kah kes ini sama seperti seorang mamat yang dapat wang rasuah ( tanyakan kepada beliau adakah itu rasuah? apakah agak anda jawabanya?) dan membayar zakat dari 'wang hadiah' itu?.


Memang sukar untuk menolak godaan dunia sekalipun kepada orang-orang yang sudah bertaraf ulamak muktabar. Tetapi jangan lupa tuan-tuan golongan inilah juga yang lebih dahulu Allah campakkan kedalam neraka sebelum orang-orang marhaen seperti kita.


Jika Khalifah Harun ArRasyid tidak memberi izin untuk kaum keluarganya menjamah barang sedikit pun harta Baitul Mal sekalipun mereka miskin kerana ditakuti akan terlebih ambil serta ditakuti mendatangkan syak, Khalifah zaman sekarang semua sapu. Syak ke tidak itu hal lain.

Salam untuk Haji Sponsor.






2 comments:

C L J said...

Bernama yang baharu itu sahlah ia tidak sempurna. Kerja kitalah untuk menambah baik ia. Kadarnya masing dan ukur sukatnya tercatat semua.

Tiada soalan ada kesan atau tidak ada ruang atau tidak. Buat je yang boleh, upaya dan dengan rela. Tak perlu nak tanya nak buat sampai bila. Buat je selagi lagi.

Itulah: SIDDIK, AMANAH, TABLIGH, FATONAH. Dengan segala keikhlasan kebijaksanaan memikul amanah menyampaikan tanpa hujung tanpa henti.

Nak tambah sikit: Tanpa menagih upah. Tanpa makan orang. Tanpa curi tulang.

KALAM JAUHARI said...

Salam tuan, terima kasih kerana datang menjengok. Benar sekali yang baharu itu tidak sempurna.Bersama-samalah kita tunjuk menunjuk jalan agar sewaktu kita kembali kepada yang maha semprna kita diredhaiNYA.