Friday, November 6, 2009

Kejadian Tembak di Fort Hood Texas -12 Mati 31 Cedera


Kejadian kes tembakan rambang di Fort Hood Texas didakwa dilakukan oleh seorang tentera Amerika bepangkat Mejar dan bernama NIDAL MALIK HASSAN. Tidak diketahui agama sebenarnya tetapi menggunakan nama Arab/Muslim.

Jika ini satu kebetulan, ia adalah kebetulan yang amat tragik. Jika ia sesuatu yang sengaja dirancang untuk menimbulkan kebencian kepada umat Islam maka ia juga sangat tragik.

Baru-baru ini FBI telah memerangkap seorang Imam Masjid di Virginia diatas tuduhan merancang untuk melakukan keganasan kepada Bumi Amerika. Tuduhan tersebut masih belum dibuktikan kerana imam ini dikenali sebagai seorang yang anti keganasan.

Sebelum ini FBI juga ada menangkap mualaf Islam di atas tuduhan yang sama tetapi kemudiannya terbukti bahawa mualaf ini pernah bekerja dengan CIA.

Aku harap ini bukan kempen tersusun untuk meniup kebencian kepada umat Islam secara keseluruhan .

No comments: