Perkara pertama yang aku pelajari tentang pemasaran adalah kita hendaklah memasarkan produk yang diterima oleh sasaran kita. Sebelum kita memasarkan sesuatu produk kita perlu membuat kajian produk - maklumat ini perlu untuk kita membuat perbandingan dengan produk lain, mengenal pasti siapa yang memerlukan produk kita dan kebaikan-kebaikan yang bakal diperolehi oleh pengguna. Kita juga perlu mejalankan soal selidik pengguna bagi mengenal pasti apa yang penggunakan perlukan supaya kita dapat mencanai produk kita ikut cita rasa pengguna. Ini penting untuk mengelakkan kerugian kerana jika kita terpaksa menarik balik produk dari pasaran diatas apa sebab jua pun maka imej kita sebagai pengeluar akan terjejas.
Begitu juga dengan sebarang polisi atau dasar kerajaan. Dasar dan polisi dibuat sebagai satu bentuk kerangka yang akan digunakan untuk membentuk dan mengacu strategi negara secara jangka panjang.
Sudah semestilah sebelum sesuatu polisi itu diformulasikan satu kajian terpeinci akan dibuat yang merangkumi semua 'stakeholder' kerana semua 'stake holder' ini akan menerima kesan langsung dari sebarang bentuk dasar dan polisi yang akan digunapakai kemudian hari.
Jadi apabila Kerajaan memutuskan untuk mengumumkan satu-satu DASAR aku percaya semua kajian 'feasibility' serta strategiknya telah diambil kira secara terperinci dan apabila sesuatu hal telah diumumkan sebagai Dasar ia dianggap telah melalui semua saluran perbahasan dan hanya perlu di perhalusi sedikit sahaja.
Begitulah halnya dengan DASAR AUTOMOTIF NASIONAL. Apabila kerajaan mengumumkan bahawa kenderaan melebihi usia 15 tahun harus diperiksa dan disahkan tahap kebolehupayaan untuk berada dijalanraya maka aku percaya pembuat dasar ini telah melakukan kajian secara menyeluruh dan terperinci termasuk implikasi kos kepada rakyat dan implikasi politiknya kepada parti pemerintah.
Jadi adalah AMAT MEMALUKAN apabila Kerjaan terpaksa menarik balik polisi mengkehendaki kenderaan yang bersusia melebihi 15tahun untuk menjalani pemerikasaan tahap keupayaan ini ditarik balik akibat bantahan rakyat.
Polisi ini mempunyai implikasi kos langsung kepada rakyat. Sudah tentu-tentu rakyat akan membantah. Tidakkah pihak yang membuat dasar ini menjangkakan hal sebegini? Tidakkah mereka melakukan sebarang kajian dahulu tentang hal ini? berapa banyak bilangan kenderaan melebihi 15 tahun dijalanraya? Berapa banyak pusat pemeriksaan yang ada? Bagaimana kos kepada rakyat dapat diminimakan? Bahkan jika kerajaan memberi insentif tertentu untuk rakyat melupuskan kenderaan melebihi 20 tahun misalnya? Siapakah yang TIDUR dalam hal ini?
Apabila kerajaan menumumkan dan menarik balik dasar-dasar mereka, ia memberi implikasi negatif kepada pelabur-pelabur asing yang merasakan kerajaan tidak dapat dipercayai untuk membolehkan mereka membuat komitment jangka panjang pelaburan mereka.
Kerajaan Enam Setengah?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment