Monday, November 2, 2009

Penahanan Dr Maza -JAIS bermain politik?

Sudah menjadi lumrah alam di mana-mana negara Islam Pihak Berkuasa yang menjaga kepentingan ISLAM sebenarnya tidak begitu berminat menjaga ISLAM, tetapi yang mereka minat adalah untuk menjaga kepentingan pihak pemerintah.

Malah perkara ini berlaku sebaik sahaja sistem kesultanan mengambil alih sistem Khalifah ar Rasyidin yang empat. Ulama-ulama yang dilantik kerajaan mula bekerja menjaga kepentingan sultan masing-masing. Ini menyebabkan sabahagian sahabat Rasullallah memencilkan diri kurang bersetuju dengan 'permainan-permainan' golongan ulamak yang mewakili pemerintah.

Hal ini menyebabkan golongan ulama yang bekerja dengan pemerintah menghadapi masalah kredibiliti kerana dianggap tidak memperjuangkan ISLAM yang sebenar sebaliknya lebih untuk menjaga kepentingan pemerintah. Malah menjadi trend di Malaysia sebaik sahaja seseorang ulamak setuju untuk bekerja dengan pemerintah dia dianggap sudah menjual dirinya.

Sebaik sahaja Dato Jamil Khir dilantik sebagai menteri agama, seorang sahabat sekelasnya yang juga seorang ahli politik segera mengedarkan surat terbuka kepadanya yang kandungannya antara lain memperli beliau kerana menerima lantikan tersebut.

Bagaimana pula halnya jika pemerintah sesuatu negeri tersebut terdiri dari golongan ulamak atau dari parti yang mewakili ulamak? parti tuhan ? adakah golongan yang bertanggung jawab menjaga hal-hal agama tadi dapat bekerja tanpa dituduh sebagai orang-orang yang sudah menjual diri mereka?

Tidak juga, kerana rupanya golongan ulamak ini terdiri dari berbagai-bagai warna dan ragam. Mereka semua mendakwa membawa suara kebenaran dan paling malang sekali mereka tidak memperakukan hak untuk mempunyai tafsiran berlawanan. Bagi golongan ini apa-apa yang mereka fahami dan anuti sahaja yang benar, maka yang selain dari itu batal.

Begitulah yang terjadi dengan Dr Maza. Hal bahawa JAIS diperkudakan untuk membodohkan diri mereka sendiri kerana menjalankan agenda sekelompok tertentu dalam permainan politik yang memakai nama ISLAM. Agak pelik kerana Mufti Selangor mendiamkan diri atau Mufti ini berang karana ada bekas mufti sudah melangkaui dalam WILAYAHnya? aku tak tahupun orang-orang agamapun mempunyai naluri 'teritorial'...

Anyway, aku bukan nak berspekulasi ke apa, nanti dikatakan memfitnah pulak. Cuma yang aku hendak katakan disini , jika JAIS betul-betul hendak bekerja di SELANGOR terlalu banyak kerja yang boleh dicari selain dari menghantar 35 pegawai nak berkas bekas mufti. Mungkin mereka boleh mulakan dengan memerangi ajaran Qadiani yang berleluasa di Selayang serta banyak lagi ajaran yang lebih 'songsang' dari ajaran Dr Maza.

Jika Dr Maza ditahan kerana mengajar agama tanpa tauliah menjadi persoalan, ini lebih baik kerana berpuluh-puluh ustaz PAS juga mengajar tanpa tauliah di Selangor ini. Takkan tak tahu? Malah Masjid Subang Jaya dan Masjid Subang Airport amat terkenal kerana tidak membaca khutbah ikut teks...bila nak ambil tindakan?

Bagaimanapula dengan ustaz DAP dan PKR yang mengajar agama tanpa tauliah tu?


1 comment:

udanggalah said...

Salam... Kalau GOBALAKRISNAN pun dah boleh baca Quran macamana lagi lah kita nak tahu yang mana satu ustad!