- Lahirnya teknokrat dan ilmuan Melayu yang mempunyai pandangan yang liberal dan berkeyakinan untuk bersaing dialam dunia yang lebih global. Golongan ini kemudian beranak pinak dan generasi mereka sudah tidak mengenal erti kemiskinan yang dahulu dikaitkan dengan Melayu dan hilang identiti Melayu mereka. Cara fikir mereka telah begitu jauh terasing dari cara fikir generasi sebelumnya. Semangat Nasionalis sudah tiada dalam diri mereka.
- DENDAM OLEH KAUM BUKAN MELAYU KEPADA ORANG MELAYU AKIBAT DIPINGGIRKAN OLEH DASAR DEB.
Dendam inilah yang tersirat didalam psikologi kaum bukan melayu yang menjadi motivasi utama mereka untuk memusuhi segala yang Melayu. Aku bukan berkata kosong kerana pengalaman aku bertugas dan bergaul dengan mereka membuat aku mengerti apa yang tersirat disebalik sifat luaran mereka yang nampak terbuka.
Malah sehingga kini penindasan kepada pekerja golongan Melayu yang bertugas dengan syarikat korporat mereka masih berlarutan. Seorang rakan aku begitu seronok dinaikkan pangkat sebagai AGM sehingglah beberapa bulan kemudian apabila dia mendapat tahu gajinya ditawarkan kepada beliau separuh dari gaji AGM lain yang tidak sebangsa dengannya!. Seorang lagi rakan aku pernah diberitahu oleh Bossnya jika beliau satu bangsa dengannya sudah tentu beliau akan dinaikkan pangkat memandangkan prestasi kerjanya yang baik!. Ini merupakan satu tindakann balas dendam yang tersirat dan halus.
Alasannya mereka amat mudah. Mereka memandang bangsa Melayu sebangai bangsa yang malas dan tidak sehebat bangsa mereka. Sikap 'superiority complex' ini ada dimana-mana dan sudah menjadi penyakit yang serius. Malah ada dua - tiga buah parti poltik multi rasial dinagara ini yang tidak melantik Adun-adun Melayu atas alasan yang sama!!!!
Kemerosotan Melayu
Kemajuan Malaysia menjadi salah satu negara membangun juga telah melahirkan satu sikap yang akhirnya menyebabkan Melayu berpecah belah. Soalan ini kita kena tanya TUN DR MAHATHIR sendiri kerana zaman pemerintahan beliau menjadi punca dan menyumbang kepada perpecahan Melayu yang serius. Zaman pemerintahan beliau melihat bagaimana Melayu yang tidak menyokong UMNO dihukum dan diasingkan dan Melayu yang tidak menyokong beliau juga dihukum. Zaman pemerintahan beliau menyaksikan banyak institusi Melayu diranapkan dengan sengaja atau tidak. Ini tidak perlu diulas panjang dalam artikel ini sebab ia telah didokumenkan dengan banyak baik secara ilmiah atau dialam maya oleh pengkaji yang lebih berwibawa dan lebih berkelayakkan. Secara peribadi aku melihat wabak korupsi ini meletup dizaman 22 tahun pemerintahan beliau.
Bagaimana seharusnya kita bergerak ke hadapan?
- Hapuskan semua sekolah Cina dan India. Semua Rakyat Malaysia harus dididik dengan satu aliran sahaja.
- Hapuskan DEB, ujudkan Dasar Membasmi Kemiskinan tanpa mengira kaum.
- Kekalkan Dasar membantu usahawan Bumiputera dengan secara meritokrasi dan bukan hanya usahawan yang menyokong UMNO sahaja.
- Hapuskan korupsi secara total dengan tidak memilih bulu
Jika kita berani melakukan ini maka kita ada masa hadapan yang cerah.
Salam...
No comments:
Post a Comment