Thursday, March 26, 2009

UMNO dan PERUBAHAN


Sebenarnya aku tak berapa minat untuk mengulas keputusan pemilihan Wanita/Puteri/Pemuda Umno yang berlalu semalam bukan kerana sudah ramai yang membuat ulasan dan pandangan, tetapi lebih kerana aku tidak begitu teruja. Tidak begitu teruja dengan pilihan yang ada dan tidak begitu teruja dengan harapan yang menggunung yang diletakkan keatas bahu UMNO.


UMNO di harapkan untuk berubah, malah ada yang menggunakan slogan berani berubah dan sebagainya. Namun disepanjang kempen sehingga waktu pengundian kita tidak nampak apa yang hendak diubah. Kita tidak diberitahu apa yang patut diubah. Tidak ada kelihatan perubahan didalam dewan persidangan, tidak ada dalam intipati perbahasan dan tidak ada dalam sebarang usul. Semuanya masih sama.


Sebenarnya ini bukan masalah Umno sahaja. Ini masalah PAS, PKR dan semua parti yang ada di Malaysia. Kita menunggu dengan penuh minat apa kehebatan DAP di Pulau Pinang , kehebatan PAS di Kedah dan kehebatan PKR di Selangor. Setakat ini semuanya masih sama.


Benarlah bahawa politik itu sesuatu yang dinamik. Perebutan untuk menjadi satu kuasa yang diberi hak mentadbir dikalangan kumpulan yang membawa ideologi berlainan. Itu adalah asas demokrasi. Politik dan kuasa yang datang bersamanya memberi banyak insentif kepada kumpulan yang menang telah menyebabkan banyak berlaku penyelewengan untuk mengekalkan kuasa. Malah kuasa dikaitkan dengan korupsi ( Power corrupt, absolute power corrupt absolutely). Disitulah hilangnya ideologi.


Umno telah hilang ideologinya, kini tidak ada siapa yang tahu apa yang diperjuangkan oleh Umno dan itulah yang menjadi punca keberantakan Umno. Jika dahulu perjuangan adalah membasmi kemiskinan dan peningkatan taraf hidup orang Melayu . Kemudian perjuangan adalah lebih kearah permodenan fizikal dan cara fikir, kini perjuangannya menjadi kabur dan lebih bersifat populis.


Barisan yang ada yang akan mengambil alih dari Abdullah Badawi tidak mengujakan langsung. Malah langkah awal yang ditunjukkan oleh mereka juga tidak menunjukkan sebarang perubahan. Mengharamkan penerbitan PAS dan PKR seolah-olah menunjukkan ketegasan Umno. Itukah perubahan yang dikehendaki? Di zaman dimana Internet sudah boleh diperolehi diceruk yang paling terpencil di Malaysia, aku tidak nampak apa faedahnya mengharamkan penerbitan ini. Tidak adakah sesiapa yang berfikir didalam Umno?


Tidak ada siapa dalam Umno bertanya apakah perubahan yang perlu di laksanakanya bagi mendapat semula kepercayaan rakyat walaupun jawapannya jelas dan mudah. Tidak ada siapa didalam Umno yang berani mencadangkan apakah bentuk perubahan yang perlu dilaksanakan. Bagaimana perubahan ini dapat diukur dan bila perubahan ini harus dibuat.


Hakikatnya yang telah berubah -dan ia berubah dengan pantas, adalah aspirasi rakyat Malaysia. Rakyat mendambakan satu ketelusan, keadilan dan kejujuran dalam menjalankan amanah. Tak kira Umno, PAS, PKR, DAP atau mana-mana kumpulan politik pun. Ini adalah aspirasi universal tanpa mengira apa pegangan agama atau apa ideologi sekalipun.


Aku percaya rakyat Malaysia tidak mendidik anak-anak mereka untuk menjadi rasis atau prejudis. Kita mendidik anak-anak kita berdasarkan prinsip universal tadi. Apabila mereka membesar dan melihat ada 'credibility gap' antara aspirasi dengan realiti, maka tuntutan kepada prubahan akan timbul dengan sendiri.


Kepada Datuk Seri Najib yang akan memimpin Malaysia selepas ini - Aku mohon disenaraikan apa yang hendak diubah dan apa yang akan berubah.

Salam...




2 comments:

Z-MAY said...

jangan sekadar laungan untuk berubah...
umno masih ada kebencian di mata rakyat...

KALAM JAUHARI said...

T/kasih Z-May. Kita lihat sama ada akan berlaku tragedi dalam pemilihan UMNO malam ini.