Monday, March 23, 2009

Apakah ertinya ?

Apakah erti perpaduan kepada insan yang tertindas dan teraniaya?
Apakah ertinya perpaduan jika ia penuh buruk sangka?
Apakah ertinya perpaduan jika hanya alat untuk berkuasa?
Apakah ertinya perpaduan yang menuntungkan sebelah pihak sahaja?

Apakah erti ketuanan kepada kepada manusia yang menjadi abdi kepada bangsanya sendiri?
Apakah ertinya ketuanan kepada budak penghantar surat?
Apakah ertinya ketuanan kepada supir kapitan?
Apakah ertinya ketuanan jika kais pagi makan pagi?
Apakah ertinnya ketuanan kepada kepada mereka yang tidak tahu akar bangsanya sendiri?
Apakah bezanya bertuankan penjajah dengan bertuankan penjenayah?


Apakah erti maruah kepada insan yang dimalukan dikhalayak?
Dimanakah maruah bilamana manusia menjadi kaya kerana tipu helah?
Dimanakah maruah bila kita mengangkat penjenayah menjadi kepala kampung?
Dimanakah maruah bila kita mengangkat penipu sebagai pendita?
Dimanakah maruah bila penzina diangkat sebagai pemuka mulia?

No comments: