Monday, March 2, 2009

Budaya Flip Flop yang Memalukan




Benarlah seperti kata pepatah dari Jepun "Ikan Busuk dari Kepala".Memang kepakaran orang Jepun untuk kenal kepala ikan yang busuk sebab mereka makan ikan mentah.

Tetapi bagaimanakah rupanya ayam tidak berkepala? Rupanya ada orang tidak menyembelih ayamnya, depa dok pancung terus..bila ayam ni kena pancung dia lari tak tentu arah sebelum tumbang. Maknanya bila kita melihat negara diurus secara tidak tentu arah , maka sudah ada tanda-tanda nak tumbang.

Bila kita katakan "Ayam tidak berkepala menguruskan Negara kita" mungkin ramai yang tidak senang hati mendengar kritikan sebegini. Tetapi begitulah realiti yang harus kita terima.

Budaya tembak dahulu sasar kemudian ( shoot first aim later) yang akhirnya tersasar sudah menjadi perkara biasa di negara ini dan hasilnyab amat memalukan kita semua. Jika suatu waktu dahulu kualiti pentadbiran negara kita dapat dibanggakan namun kini ia menjadi bahan lawak jenaka. Kita membuat keputusan bukan itu kepentingan strategik negara sebaliknya ikut suka-suka pembuat dasar yang malangnya tidak membuat penilaian strategik sebelum mengesahkan sesuatu tindakan.


Beberapa contoh dasar dan keputusan yang tidak mengambil kira semua implikasi dan kepentingan strategik negara ini.


1. Keputusan membatalkan jambatan bengkok memulakan budaya flip flop Kerajaan Malaysia. Cerita tentang ini sudah banyak di alam siber.


2. Keputusan membatalkan pembinaan dual carriageway karetapi dari JB ke Bukit Kayu Hitam yang sepatutnya diberi kepada IRCON dan Syarikat dari China kemudian di beri kepada Gamuda dan kemudian dibatalkan terus dan kemudian dimulakan semula.

3. Keputusan untuk menaikkan harga minyak dengan kenaikan yang terlalu mendadak sehingga mencetuskan keresahan rakyat. Keputusan ini kemudiannya cuba disalut gula (sugar coat) dengan beberapa insentif yang membodohkan rakyat.

4. Keputusan urusan jual beli helikopter dari Eurocopter bagi menggantikan NURI yang kemudianya dibatalkan.
5. Keputusan untuk menaikkan kadar TOL . Menteri berkenaan menyatakan keputusan ini dibuat oleh kabinet pada BULAN FEBRUARI lalu, tetapi sebaliknya PM Abdullah buat-buat terkejut dan memberi komen kenaikkan tidak sesuai pada masa kini. Keputusan ini kemudiannya ditangguhkan.
6. Keputusan untuk mengazetkan pengunaan nama ALLAH oleh penganut Kristian dengan beberapa syarat yang melucukan dan kemudian ditarik balik. keputusan ini juga dikatakan dibuat pada bulan Februari.
7. Kita juga mungkin akan berdepan dengan satu lagi polisi flip flop jika pegajaran PPSMI di batalkan dan kita kembali kepada polisi asal ( ini legasi Tun Mahathir).

Sebenarnya ada banyak contoh keputusan separuh masak yang boleh diketengahkan.

Malang sekali legasi Pak Lah dipenuhi dengan amalan Flip Flop yang menjengkelkan. Jika generasi akan datang bertanya apakah gelaran yang hendak diberi kepada PM no 5 ini, mungkin BAPA FLIP FLOP adalah yang sesuai.


Akibat dari ketidak tentuan membuat keputusan ini menyebabkan kita tidak dihormati. Secara diam-diam kita ditertawakan . Kerana keadaan itu juga aku rasa kita mudah diperkotak katikkan oleh kuasa luar.


Adakah ini mencerminkan kualiti kepimpinan ? kualiti perkhidmatan awam yang tak sudah-sudah menuntut kenaikkan gaji semata-mata? atau memang ini yang selayaknya bagi kita?


Salam untuk semua















No comments: