Tuesday, March 17, 2009

Hang Ali Rustam tersangkut

Kena mandi bunga lah be!

Dari sms yang aku terima DS Ali Rustam tersangkut dalam perlumbaan untuk memenangi jawatan Timbalan Presiden Umno yang bakal berlangsung tak lama lagi. Khabarnya beliau tersangkut dalam jaring yang sengaja dipasang ditengah muara sungai Melaka yang keruh.

Ada banyak jaring lagi yang dipasang disungai-sungai tetapi ikan-ikan tu agak licik dan nasib baik terlepas . Barangkali pukat yang dipasang di Kuala Selangor dan Sungai Linggi tak cukup kuat untuk menahan rempuhan ikan-ikan yang kuat-kuat belaka. Nasib lah beee ooiii.

Tapi implikasinya bagi UMNO begitu dalam sekali. Kita kena tengoklah yang sangkut ni keris nya keris Jebat atau Tuah. Kalau keris si Tuah bolehlah UMNO bertenang. Kalau keris Jebat, mungkin luka-luka UMNO kena asak nanti. Baru kawan tu mengajak bertanding cara bersahabat dah kena sebat!

Mungkinkah perggantungan ini dibuat atas alasan strategik? sebab soalan yang patut ditanya setiap kali ada pemilihan pucuk pimpinan UMNO ialah bukan siapa yang terlibat, lebih mudah menanyakan soalan SIAPA YANG TIDAK TERLIBAT? sebab tentu sekali senarai jawabanya pendek sahaja.

Adakah Hang Ali akan mengorbankan dirinyanya dan menahan kesakitan asalkan parti yang dicintai dapat bertahan atau Hang Ali akan mengamuk satu negeri dan mengorbankan banyak kepentingan lain? Apapun jika ini dibuat atas kepentingan strategik, aku rasa yang rugi tetap UMNO sebab persepsi perdana sekarang tidak begitu menyebelahi UMNO. Dengan tiga PRK di Bukit dan Batang, nampaknya bakal tumbang...

Mungkinkah akan berlaku pembersihan etnik? maksud aku mana-mana menteri / panglima yang dikaitkan dengan sultan lama akan dijatuhkan dengan cara kasar dan halus. Tersurat dan tersirat? Bila sampai waktu untuk sultan lama turun takhta tiada langsung sisa yang tinggal. Tiada peluang untuk membuat kacau?

Apakah ini isyarat 'brutal' bagaimana sultan baru yang bakal dinobatkan akan menjalankan tatacara pemerintahan beliau atau hanya kebetulan?. Kalau ini isyarat yang beliau pancarkan maka hapuslah gaya keterbukaan Sultan yang berbinikan Jin itu. Mungkinkah Sultan yang berbinikan Bunga ini lebih rakus dan brutal? Kalau beliau mengikut gaya mamak bendahara yang menjadi mentor beliau itu, kemungkinanya adalah sangat tinggi.

Kita orang kecil ni setakat menonton dari tepi gelanggang, letih, loya dan muak tengok pak kadok, pak kadok moden bersabung ayam kerana yang pastingya kampung akan tetap tergadai .


Salam...

No comments: