Saturday, March 14, 2009

Norza dan mentaliti reputnya


Aku ada membaca kenyataan Dato' Norza Zakaria kepada pihak akhbar pada hari beliau dihadapkan di mahkamah kerana tuduhan cuba merasuah ahli UMNO untuk tujuan membeli undi pada PAT UMNO yang akan datang. Bunyinya lebih kurang begini;


" Saya tidak akan meletak jawatan dari MT Umno dan juga tidak akan menarik diri dari bertanding pemilihan MT UMNO ini. Saya telah banyak berjasa kepada Umno..."


Kalau kita simpulkan bahawa corak pemikiran begini adalah corak pemikiran perdana dalam barisan pemimpin yang akan bertanding dalam UMNO, maka sewajarnya UMNO dianggap sebagai parti yang korup oleh sebilangan besar rakyat Malaysia.


Bila kepentingan peribadi melebihi kepentingan parti yang diperjuangkan maka apa yang diperjuangkan sebenarnya kosong. Ia umpama telur tembelang sahaja. Aku tidak mengatakan Norza bersalah, itu kerja mahkamah namun bila beliau berkata dia tidak akan melepaskan jawatanya ( walaupun jawatan itu tinggal 2-3 minggu sahaja lagi), terserlah agenda sebenarnya hanya untuk mendapatkan jawatan walau dengan apa cara sekalipun.


Etikanya adalah beliau perlu berundur secara terhormat dengan tujuan untuk menjauhkan parti yang dianggotainya dari terpalit dengan kontroversi ini. Begitu, beliau akan dilihat mendahulukan kepentingan dan sayangkan parti. Malang sekali berliau memilih untuk terus menampilkan diri beliau sebagai ahli MT UMNO . Ini sebenarnya 'bad press' pada UMNO.

Malang sekali MT UMNO tidak mengambil tindakan dan ini pula seolah-olah merestui Norza.


Perkara yang kedua yang disebut oleh beliau adalah bahawa beliau telah banyak berjasa kepada UMNO. Ini yang menyebabkan UMNO ditimpa musibah sebenarnya. Apakah jasa beliau yang sangat penting kepada UMNO gamaknya? Pada amatan aku, sebenarnya UMNOlah yang banyak berjasa kepada beliau. Jika tidak ada jasa UMNO kepada beliau, tidak mungkin beliau dapat mendiami rumah bermelion-melion harganya dan memandu kereta -kereta mewah kesana-sini, beliau mungkin hanya dikenali sebagai seorang yang tak cukup tinggi sahaja....


Salam...

4 comments:

Z-MAY said...

berebut-rebut nak pegang jawatan dalam parti. sanggup buat apa saja walaupun salah. kenapa? agaknya di situlah lubuk emas...

shahpaskal said...

Orang macam ini lah yang merosakkan Umno. Siap mengaku sudah banyak berjasa pada Umno pulak tuuuu..

KALAM JAUHARI said...

Terima kasih shah dan Z-may kerana bertandang. Sedih dengan perkembangan orang Melayu di kala dunia sedang berubah wajah. Masing-masing mendahulukan tembolok sendiri.Semakin banyak melayu yang muak dan jelak.

ondscene said...

yang menyedihkan apabila, suasana begini hanya jadi bahan ketawa bangsa lain. mereka ini (bangsa asing) yg berdegar2 dgn melayu hanyalah ribut dlm cawan, hakikatnya, mereka bersatu walaupun tidur lain2 bantal.
tapi melayu? berpecah kepada mcm2 golongan dan puak. semuanya kembali ke zaman jahiliyah hidup berpuak, bersuku-suku dan akhirnya berperang sesama sendiri.

yang pasti, semuanya kerana wang dan kuasa.ingatlah, wang tak semestinya dapat mengembalikan kuasa dan maruah yang dah hilang...