Saturday, May 2, 2009

Model Ekonomi Baru Najib. DEB obselete?

Maka Perdana Menteri Ke Enam Malaysia pun mengumumkan akan Rancangan untuk satu Model Ekonomi yang baru. Satu lompatan berganda (quantum leap) katanya.


Membentuk satu model ekonomi bukan kerja senang dan bukan kerja main-main. Membentuk model ekonomi ditengah-tengah keruntuhan ekonomi dunia memerlukan kebolehan yang luar biasa dan kemahuan politikal yang tinggi. Jika tidak ia umpama tikus membaiki labu.


DSN tidak memperincikan model ekonominya yang baru itu. Cuma ianya akan berasaskan inovasi dan kreativiti untuk meningkatkan produktiviti dalam kontek piawaian dan kuantiti katanya.


Bagaimana sebuah ekonomi yang bergantung kepada petro dollar , komoditi dan perkilangan hendak di transformasikan kepada sesuatu yang dapat digelar lompatan berganda dapat dilakukan perlu difikirkan dan distrategikan oleh Majlis Ekonomi Negara. Cuma aku harap ia sesuatu yang benar-benar dilakukan dan tidak bersifat retorik sahaja.


Soalan aku adalah adakah UMNO secara halus memberitahu rakyat Malaysia dan orang Melayu khususnya Dasar Ekonomi Baru yang di asaskan oleh bapa DSN, Tun Razak sudah obselet? DEB sudah tidak dapat memainkan peranan lagi? Overstays its wellcome?


Jika sesuatu model ekonomi yang diasaskan diatas inovasi dan kreativiti hendak mencapai potensi penuhnya ia perlu berasaskan meritokrasi dan kebolehupayaan semata-mata. Tuan tanah yang malas dan tidak berdaya saing akan terhapus oleh persaingan. Tiada peruntukkan dan tiada kuota. Semuanya perlu dilakukan dan dinilai bukan diatas sifat kedudukan etnik atau kuasa politik. Kreativiti dan inovasi mudah dibantutkan oleh kerenah-kerenah birokrasi. Dan negara ini amat terkenal dengan kerenah birokrasinya.


Soalan lain adakah UMNO mempunyai keupayaan dan kehendak politikal yang mencukupi untuk melaksanakan lompatan berganda ini? UMNO hidup diatas falsafah tuan tanah sebagai ketua yang mempunyai kelebihan dan didahulukan. Jika tuan tanah tidak lagi mendapat layanan istimewa, diatas platform apa pula UMNO hendak berjuang bagi memastikanya terus relevan?.
Jika DSN hendak membawa falsafah baru yang radikal bentuknya, UMNO perlukan anjakkan paradigma yang berganda. DSN harus menerajui anjakkan ini. Ini kerana aku tidak pasti samaada panglima-panglima UMNO boleh hidup tanpa anugerah-anugerah projek/tanah/jawatan dan kuasa.


Secara peribadi aku merasakan rakyat Malaysia dan sebahagian orang Melayu sudah bersedia untuk bersaing tanpa tongkat, kuota dan peruntukkan. Orang-orang Melayu yang menyokong PAS dan PKR dan Melayu liberal tentu sekali tidak menghadapi masalah ini.

Salam...

1 comment:

shahpaskal said...

Ya saya yakin orang-orang Melayu dalam PKR dan PAS yang dok bising pasal kronismelah, keadilan lah pasti akan menyokong langkah yang Najib buat.

X de sebab depa nak melenting pasal Najib kini mendengar keluhan rakyat-rakyat dari puak ini