Wednesday, May 6, 2009

Mat Rempit - Penyakit Kebangsaan



Mungkin sudah sampai waktunya kita mengakui kewujudan satu fenomena yang bukan sahaja akan memberi impak negatif kepada keselamatan masyarakat tetapi bakal merosakkan sebahagian besar generasi pelapis bangsa.


Mungkin selama ini kita tidak ingin mengakui kewujudan masalah yang sudah berakar umbi ini dengan memberi alasan ia sesuatu yang bersifat sementara dan bakal hilang ditelan masa. Ia kini muncul sebagai makhluk yang hodoh dan bakal memporak perandakan masyarakat.


Beberapa kematian sia-sia yang dilaporkan yang disebabkan oleh fenomena rempit berlaku di Kuantan ,Johor Baharu, Kuala Terengganu dan Kota Baharu. Kematian yang sangat tidak masuk akal dilakukan oleh sekumpulan remaja yang lupa diri dan tidak takut kepada undang-undang. Mat Rempit kini sudah tidak takut kepada pihak berkuasa.


Hakikat hampir semua mereka adalah anak-anak Melayu tentu sekali menjadikan masalah ini harus menjadi keutamaan kita. Kita secara bersama tanpa mengira kaum , agama dan pegangan politik harus bersama-sama menangani maslah ini. Ini bukan masalah UMNO, ini masalah PAS dan PKR juga. Ia masalah bersama umat Melayu yang harus dibasmi.


Fenomena rempit menghasilkan kesan sampinganya sendiri. Bohsia atau kini digelar cikaro adalah pasangan rempit. Minuman keras, dadah, jenayah dan seks bebas adalah perlakuan mereka. Kini kanak -kanak seawal 12 tahun juga terlibat dalam merempit. Ini sudah jadi penyakit yang serius. Ini penyakit Melayu.
Jadi marilah kita bersama-sama menangani masalah ini. Jika kita perlu perangi mereka, kita perlu melakukanya demi kebaikan mereka. Jika kita perlu kuatkuasakan perintah berkurung untuk remaja bermotor selepas pukul 12 malam kita perlu lakukanya.
Fenomena ini perlu mendapat perhatian pihak tertinggi negara. Istiharkan rempit sebagai 'national menace' yang perlu diperangi!




2 comments:

Z-MAY said...

penyakit negara yang perlu dihapus dari akar umbi dengan apa cara sekalipun, sebelum terus merebak dan membahayakan masyarakat, agama, bangsa dan negara.

jika perlu dihukum tembak di khalayak ramai, apa salahnya...

KALAM JAUHARI said...

Benar Z-May, kita berhadapan dengan satu masalah yang menjadi barah. Mungkinkah cara kita mendidik anak2 kita tersilap?