Adakah perjuangan menuntut hak Melayu sudak ekslusif menjadi domain Dato' Ibrahim Ali?. Ahli Parlimen Pasir Mas yang terkenal kerana keceluparan dan kebolehan melompatnya itu kini menjadi suara tunggal yang mempertahankan hak dan kepentingan orang-orang Melayu. Aneh sungguh UMNO yang hidup diatas platform ketuanan Melayu kini sudah sunyi dengan suara-suara sebegini.
Apabila ada sahaja isu-isu yang membabitkan kepentingan Melayu maka suara yang lantang kedengaran adalah suara Ibrahim Ali. Dimana suara-suara pemimpin yang lain? Bukankah dahulu Pemuda UMNO terkenal dengan suara pendesak sebegini?. Adakah pemimpin UMNO takut menerima nasib seperti Datuk Ahmad Ismail? Adakah suara mempertahankan hak Melayu sudah menjadik fardhu Kifayah sahaja. Asal ada satu suara sudah memadai? Saudara Khairy, bila hendak berdemonstrasi seperti anda terlompat-lompat di hadapan Kedutaan Amerika 2-3 tahun lepas? Mana kenyataan akhbar Mukhriz? Mana Pemuda Berani Khir Toyo? Adakah semua sudah pergi saloon dan spa? Megat, hang pi mana?
Ini menimbulkan persoalan adakah sudah tidak 'cool' lagi membela hak dan kepentingan Melayu. Adakah kita mahu mengalihkan tanggung jawab menjaga kepentingan Melayu kepada pegawai kerajaan yang bertanggung jawab menjaga kuota biasiswa sahaja?
Apa yang Dato Ibrahim Ali pamerkan pada aku adalah komitmen dan 'passion' beliau kepada sebarang isu Melayu. Sikap konsisten sebegini sudah tidak kelihatan terutama dalam Pergerakan Pemuda UMNO. Apa bila Hindraf mengistiharkan UMNO (sebelum ini Jeff Oii) adalah musuh utama yang perlu dihapuskan tidak ada siapa yang menjawab. Tidak ada siapa yang menjerit bangun bersuara. Takkan hangpa nak tunggu Dato' Ibrahim Ali kut...
Yang menyerang Karpal tu siapa?...oppps aku terlupa itu sebelum pemilihan daaa....
Friday, May 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Saya baru balik dari mendengar taklimat untuk Pemuda Umno di Rasah (Saya bukan ahli Umno, hadir untuk mendengar ceramah sahaja).
Nama Ibrahim Ali sekali lagi disebutkan tetapi tidak banyak suara lantang seperti beliau.
Jika ada pun, mereka ini terpinggir dan orang yang tidak layak mengepalai barisan. Tidak tahu lah selepas ini, adakah Umno masih kekal seperti ini atau akan ada peluang naik pemimpin yang ikhlas berjuang.
Apa pun saya lihat, masih ada harapan dalam Umno dan parti ini masih dikasihi. Selepas PRU 12, nampaknya semangat Melayu semakin meluap-luap. Insya Allah akan ada perubahan.
Post a Comment