Keputusan BN tidak bertanding di Penanti merupakan satu peristiwa penting dalam tawarikh demokrasi di negara ini. Rasanya belum ada lagi tindakan tidak bertanding dalam pilihanraya diambil oleh 'government of the day' dalam mana-mana negara pengamal demokrasi didunia.
Apakah ini isyarat menunjukkan kerajaan BN sudah lemah, tidak 'sporting' kepada amalan demokrasi atau ia merupakan pengunduran taktikal? Apapun keputusan ini menunjukkan Datuk Seri Najib Tun Razak bukan ahli politik biasa-biasa. Keputusan ini menunjukkan keberanian beliau untuk mengambil satu tindakan yang dianggap sebagai 'BOLD'.
Mungkin beliau tidak mahu menari mengikut rentak Datuk Seri Anwar Ibrahim. Memandangkan pentas tarian di halaman Anwar tentu sekali sukar atau dalam keadaan sekarang hampir mustahil untuk menundukkan DSAI. Malah PRK ini merupakan platform terbaik untuk DSAI memperolehi publisiti untuk kekal dalam kotak minda rakyat. DSN mengubah 'rules of the game'. Beliau membiarkan DSAI menari seorang diri.
Tetapi aku percaya UMNO tidak akan membiarkan PKR menang tanpa bertanding. Aku percaya permainan wayang kulit tetap akan berlaku kerana ini sebenarnya perlu untuk mengukur dan membuat kalibrasi bagi persediaan PRU 13.
Kini PKR tersepit dengan situasi ini. Memang PKR akan menang tetapi dengan menang yang macam mana?. PKR harus menang sekurang-kurangnya 2/3 undi untuk menunjukkan kehebatan mereka. Bagaimana jika mereka hanya menang dengan 20-30 % undi? Dimana hendak diletakkan muka? Bagaimana jika tidak ada yang keluar mengundi kerana menganggap ini hanya membuang masa?
Prospek PRK Penanti dalam kontek peperangan politik kali ini amat signifikan kepada kedua -dua UMNO dan PKR, walaupun UMNO tidak bertanding. Mungkinkah UMNO akan menjadi musuh yang tidak kelihatan? Sekalipun PKR tidak bertanding menentang UMNO dalam PRK ini tetapi ketahuilah UMNO pada hakikatnya bertanding di PRK Penanti tanpa mengeluarkan kos walaupun satu sen!. Ini mungkin akan jadi satu tindakan strategik yang bijak dan mungkin juga sebaliknya.
Banyak senario dan andaian yang boleh dibuat berkenaan Penanti, tetapi yang pasti DSN memang berani.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment