Friday, May 29, 2009

Bila UMNO membela Rakyat..

Bila Dato' Seri Khir Toyo menyelar Kementerian Dalam Negeri yang diterajui oleh Dato' Seri Hishamudin Tun Hussein tentang rakyat yang tidak bernegeri ( tiada kad pengenalan-klik sini). Beliau sebenarnya telah melangkah satu sempadan yang tidak kelihatan, iaitu satu bentuk 'silent agreement' untuk tidak mengkritik rakan pemimpin UMNO dikhalayak. Sebelum ini DSKT juga ada menyuarakan tentang penghapusan TOL (klik sini). Ada sesuatu yang segar telah berlaku...pemimpin UMNO sudah bertukar menjadi PEJUANG rakyat!




Mungkin sudah agak lambat, mungkin kerana ada udang disebalik batu, mungkin kerana sudah tidak berpangkat, mungkin itu, mungkin ini. Tetapi inilah sebenarnya yang harus berlaku. Pemimpin UMNO perlu kelihatan dan dilihat memperjuangkan hak dan maslahat rakyat bukan agenda-agenda tertentu sahaja.


Mungkin ada yang berhujah yang UMNO telah memperjuangkan kepentingan rakyat sejak sekian lama. Benar, aku tidak menyangkal hakikat ini, tetapi UMNO memperjuangkan hal-hal yang mikro semata-mata. Dalam hal -hal yang lebih besar UMNO dilihat lebih condong untuk memihak kepada kepentingan komersial dan kepentingan komersial inilah yang menyebabkan UMNO terasing dari masyarakat kecil.


Masalah utama bagi UMNO sebagai parti yang memerintah ialah kerana ia adalah parti yang membentuk tunjang kerajaan dan kerana itu sebarang polisi yang membebankan rakyat adalah dilihat sebagai buah tangan UMNO. Buah tangan yang beracun untuk rakyat kecilan...


Keadaan menjadi parah apabila hampir kebanyakan pemimpin UMNO mempunyai akar dalam
syarikat-syarikat korporat da hampir semua pemimpin yang ada nama adalah bertaraf jutawan. Ini menjadi beban kepad imej UMNO. Bagaimana jutawan yang kesana kemari dengan kereta harrier dan bentley, menghisap cerut cohiba rm150 sebatang dapat menyelami keluh kesah pemandu teksi dengan penuh empati? Bagaimana Doktor gigi yang bertaraf jutawan dapat memahami keseksaan penduduk setinggan pinggiran sungai hulu kelang yang tiada berumah walaupun beliau dahulu anak pendatang yang miskin?


Ini diburukkan lagi dengan budaya tidak berani menyoal dan membantah dikalangan pendokong-pendokong UMNO. Tidak ada lagi suara-suara yang berani mendesak dan mengecam, tidak ada lagi suara yang menjadi alternatif kepada suara yang dorman. Budaya untuk menjadi pejuabg rakyat yang sepatutnya subur akhirnya mati.


Namun satu suara tidak menunjukkan sabarang perubahan. Satu suara hanya merupakan satu kelainan semata. Kita ingin melihat perubahan yang menyeluruh. Dan perubahan tersebut jauh dan terlalu perlahan.


Aku sebenarnya mengarapkan perubahan kepada budaya berpolitik Pemuda UMNO. Cuma aku lihat sejak pemilihan lalu suara Pemuda tiada kedengaran. Mungkin masih bercuti keletihan kerana berebut-rebut tempoh hari. Tetapi pemmuda yang lasak kononya ini senyap sunyi ketika isu biasiswa dibangkitkan, sunyi bila isu Chin Peng dihebohkan. Pemuda tidak menjawab bila Hindraf mengeluarkan kenyataan bahawa musuh yang hendak dihapuskan ialah UMNO. Apa dosa-dosa UMNO pada kaum Tamil? malah banyak pemuda UMNO yang boleh berbahasa Tamil!


Pemuda tidak kehadapan bila Tuan Guru Nik Aziz menyamakan BN (baca UMNO ) dengan komunis! Takkan semua nak tunggu IBrahim Ali kut?

No comments: