Monday, May 4, 2009

Influenza A @ Selsema Babi Buatan Manusia?

Akhirnya WHO pun mengubah nama 'selsema babi' kepada influenza A. Ini menyerlahkan hakikat bahawa virus ini tidak datang dari haiwan khinzir seperti yang didakwa atau seperti yang disangka. Malah lucunya kini ditakuti pula virus ini akan menjangkit pula kepada haiwan khinzir. Talk about irony!



Ini mengundang pertanyaan dari mana virus ini berasal ?. bagaimana virus ini tersebar?. Tanpa ribut-ribut, tiba-tiba virus ini menjadi wabak yang menakutkan. Jika sebelum ini haiwan khinzir cepat-cepat dipersalahkan, tetapi dengan kemudahan internet maklumat ini dapat disanggah dengan hujah dan bukti saintifik yang khinzir tidak menyebabkan virus ini menjalar.


Menjadi persoalan pula mengapa WHO begitu cepat menaikkan tahap kecemasan kepada 5 dari maksimum 6 sedangkan jumlah kematian dan jangkitan adalah terhad. Dengan jumlah jangkitan diseluruh dunia hanya sekitar 790 berbanding kematian dibawah 200. Jumlah kematian akibat pengeboman 'drone' Amerika di Afghanistan sahaja sudah mencapai seribu!


Memang tidak dinafikan wabak ini wujud, tetapi motif mengapa wabak ini di hingar bingarkan sehingga menimbulkan keadaan panik perlu dipersoalkan. Hakikat asal-usul wabak ini yang dipercayai buatan manusia dan kemungkinan wabak ini sengaja disebarkan untuk mencipta satu lagi krisis antara bangsa tidak boleh didiamkan . Fakta ini tidak langsung disentuh oleh WHO atau mana-mana media arus perdana dunia. Banyak laporan menunjukkan virus ini dihasilkan oleh teknik 'gene splicing' yang hanya boleh berlaku dimakmal.


Agak pelik juga beberapa bulan sebelum wabak ini menyerang pihak FEMA di Amerika mengadakan latihan kecemasan untuk menghadapi satu 'influenza pandemic' dibeberapa bandar diseluruh Amerika (klik disini, dan disini). Ini memperlihatkan seolah-olah mereka tahu satu wabak akan menyerang. Perlakuan ini sama seperti sebelum serangan Al Qaeda pada 9-11 2001. Beberapa bulan sebelum serangan tersebut pihak keselamatan Amerika telah melakukan latihan kecemasan yang antara lain membayangkan senario Dua Menara WTC telah diserang oleh kapalterbang penumpang!


Lebih buruk lagi WHO menjangka wabak ini akan datang dalam gelombang ke dua dengan lebih ganas (klik disini), perkara ini juga sudah disebutkan oleh CNN dan beberapa media lain. Ini menunjukkan yang minda kita sudah di acu untuk menjangka kedatangan satu lagi krisis.


Tidak ada siapa bertanya dari mana punca pendemik ini berlaku.

No comments: