Jawaban yang mungkin sekali pada waktu ini adalah tidak ada payung yang cukup kukuh untuk melindungi kita dari ribut petir yang datang dengan taufan sekali. Dan lagi kalau dah bah buat apa lagi kita nak pakai payung, eloklah cari pelampung.
Kalau pembaca gemar kepada berita ekonomi, tentu pembaca tidak terlepas pandang kepada berita yang index Industri Dow Jones ( DJIA) telah mencecah 6900 beberapa hari lalu. DJIA pada tahap puncaknya pernah berada diparas 14,000. Kejatuhan sebegini tentulah mengakibatkan banyak kemusnahan kekayaan (wealth destruction) kepada penduduk di AS. Kita di Malaysia mungkin banyak yang tidak terlibat dengan pasaran saham BSKL ( kecuali melalui saham amanah atau EPF) . Mungkin juga kerana kita tidak begitu faham susur galur perniagaan sekuriti, mungkin kita lebih suka meyimpan di Tabung Haji dan berpuas hati sahaja dengan dividennya atau mungkin kita tiada wang lebih untuk bermain saham.
Hakikatnya tidak begitu di AS kerana banyak rakyatnya melabur didalam pasaran saham baik melalui skim persaraan mereka atau keranan ingin mendapat keuntungan tambahan. Mereka mudah untuk mendapat kredit dari bank untuk tujuan membeli saham atau untuk apa-apa urusan pun . Memandangkan taraf hidup yang tinggi, peluang perkerjaan dan perniagaan yang berlambak dan mudahnya mendapat pendapatan tambahan melalui pasaran saham, maka terbinanya satu tabiat tidak perlu menyimpan dikalangan mereka.Sehinggalah krisis ekonomi yang tidak dijangka ini melanda.
Kerajaan AS amat sedar tentang bahana yang akan menimpa negara mereka. Walaupun ia tidak dibincangkan secara umum namun ia telah mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengawal keadaan, termasuk membina penjara-penjara bagi mengurung pendatang asing tanpa izin yang banyak dinegara tersebut atau mengurung perusuh-perusuh yang bakal melakukan kekacauan akibat ketiadaan peluang ekonomi. Malah mereka telah menyediakan undang-undang tentera jika keadaan tidak terkawal. Mereka telah pun menempatkan batalion tentera untuk tujuan ini.
Jika tuan-tuan rajin menjelajah alam siber ini tuan-tuan pasti akan terjumpa beberapa analisis lanjut tentang apa yang bakal berlaku. 1. DJIA dijangka merudum keparas 2000 ( ada yang berkata 4000) sebelum pasaran saham AS pulih ( klik disini). Itupun jika AS Tidak bankrap terlebih dahulu . Pemulihan ekonomi AS hanya dijangka berlaku pada tahun 2011 keatas. Sesetengah analisa yang aku baca menyatakan pemulihan tidak berlaku sehingga 2014.
Apakah impaknya kepada kita di Malaysia jika keadaan ekonomi merudum tanpa kawalan ini. Hakikatnya kita tidak akan dapat lari dari ditimpa bahana. Banyak kilang akan ditutup akibat kekurangan permintaan. banyak perniagaan akan gulung tikar. Duit Petronas akan susut dengan cepat kerana harga minyak merudum (akibatnya Kerajaan tiada wang-atau memang sudah tiada wang). Syarikat GLC akan banyak yang rugi dan perlu di 'bail out' (klik disini) . Amya pai ekonomi menjadi semakin kecil dan tidak mampu menampung semua mulut yang ada di negara ini.
Dengan sejumlah 3 juta pendatang asing dinegara ini , bayangkan keadaan huru hara yang akan timbul bila banyak perut manusia perlu diisi dengan makanan. Tiada pekerjaan untuk menjana pendapatan dan tiada tempat untuk tinggal...
Ini tidak mengambil kira senario politik yang yang sangat tidak stabil sekarang ini. Pemerintah kita pula terlalu yakin yang Malaysia terasing dari ribut ini. Dengan bermacam-macam perkembangan politik semasa yang tidak tentu hala. Semua ini menjadi tanda-tanda yang tidak baik untuk negara ini.
Dan selalunya dunia tidak akan aman bila keadaan ekonomi sesuatu negara tidak stabil. Pasti ada peperangan yang bakal berlaku terutamanya yang melibatkan AS. Kemana agaknya nak dihalakan senjata-senjata canggih yang banyak tu?
Tetapi aku perhatikan di malaysia ini, ramai yang tak ambil kesah dengan kemugkinan-kemungkinan yang tidak baik ini. Mungkin juga mereka betul, sebab ' what will be, will be' kan.
Santapan minda sebelum tidur;
* The Greatest Depression Under way ( klik sini)
Salam
1 comment:
terima kasih, sekurang-kurangnya artikel ini menyebabkan sedikit sebanyak saya memahami masalah kegawatan ekonomi global.
Kadang2 akhbar tidak menyediakan maklumat yang lengkap, rakyat seperti saya pula mungkin tidak cerdik ttg soal ekonomi ini.
Sekurang2nya maklumat yang dicari dan dicerna menjadi analisis seperti ini memudahkan kita memahami apa yang sedang berlaku.
Post a Comment