Tuesday, August 18, 2009

UMNO Tak Mahu Menang Di Permatang Pasir

Bila UMNO membuat keputusan memilih Rohaizat Othman sebagai calon di DUN Permatang Pasir, UMNO dengan segera menampilkan satu imej yang akan menjadi beban sepanjang kempen pilihanraya ini. Beban yang sengaja dicari.


Mungkin benar Rohaizat tidak terbabit dalam hal yang di ceritakan itu, namun hakikatnya beliau telah digantung dari menjadi peguam oleh Majlis Peguam. Itu sudah memadai untuk menyusahkan UMNO. Tidak ada apapun alasan yang boleh digunakan untuk menangkis fakta ini. Akibatnya UMNO terpaksa menggunakan strategi defensif sejak awal lagi. Ini bukan satu strategi yang baik ketika berperang dikubu lawan. Mungkin UMNO memang tidak mahu menang dan hanya bertujuan untuk mengurangkan undi PAS.



2 comments:

Anonymous said...

Salam Sdr KJ.
Rasanya kalau UMNO letak "tongkol kayu" pun lebih kurang mudaratnya berbanding letak "calon bermasalah" kot.

KALAM JAUHARI said...

Salam Sdr Zaidi,
Kadang-kadang macam terasa dalam UMNO dah tak ada calon yang tak 'bermasalah'.

Rasanya pilihanraya kali ni 'walk in the park' je buat PAS.

Selamat menyambur ramadhan buat saudara sekeluarga