Saturday, August 29, 2009

Indonesia dan ketaksuban tentang hak budaya yang diciplak






Kontroversi tentang tarian pendet yang timbul di Indonesia adalah kontroversi yang tidak perlu. Namun menuduh Malaysia terus terusan sebagai pencuri menunjukkan akal pendek oleh puak puak yang membuat tuduhan tanpa usul periksa di Indonesia.

Sebenarnya Indonesia tidak boleh menuntut hak cipta terpelihara keatas mana mana aspek budaya pun. Kerana budaya bukan sesuatu yang rigid sebaliknya dinamik. Apakah orang jawa yang berhijrah ke Malaysia tidak boleh mengamalkan budaya mereka kerana budaya ini sudah di "klaim" oleh Indonesia sebagai budaya hak cipta terpelihara?Sebenarnya tarian pendet dari Bali yang dibising-bisingkan itu bukan ciptaan dan hak milik Indonesia pun kerana tarian itu diadaptasi dari tarian hindu. Apakah ini bermakna India berhak menuntut hak cipta tarian itu?

Indonesia sendiri adalah penciplak besar kerana mencuri bahasa Melayu untuk dijadikan bahasa Indonesia dan seterusnya bahasa itu dihancurkan oleh mereka. Untuk memahami bahasa Indonesia , anda perlu memahami bahasa Inggeris kerana banyak terminologi bahasa itu diadaptasi terus dari bahasa Inggeris, aneh bukan kerana kebanyakkan rakyatnya tidak pandai berbahasa Inggeris!. Claim menjadi Klaim. Seharusnya Indonesia menukar bahasa rasminya kepada bahasa Inggeris.

Mengapa Indonesia memilih untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan mereka? bukan bahasa jawa yang lebih prominen?. Jawapanya kerana bahasa Melayu sudah menguasai nusantara waktu itu dan ditututurkan dari selatan Filipina membawa ke Kampuchea.

Siapakah yang menjadikan BAHASA MELAYU menjadi bahasa lingua franca Asia Tenggara? Jawa? Boyan? Madura? Batak?


Alasan kedua sebenarnya adalah dari segi strategi geo politik mereka untuk menguasai Malaya dan Borneo melalui doktrin Indonesia Raya mereka. Namun strategi itu digagalkan oleh pembentukan gagasan Persekutuan Malaysia.


Namun hal ini memang tidak akan berakhir. Karana keseronokan Indonesia hendak bertengkar dengan Malaysia. Mengutuk Malaysia memang menjadi hobi masa lapang mereka. Namun jika kita berjalan di pasar-pasar mereka kita akan dapat banyak barangan kulit berjenama yang diciplak oleh mereka. loohhh bolehkah begitu bapak?

Biarkan luncai terjun dengan labu-labunya.




No comments: