'Menurut Gobind, satu laporan akan dibuat oleh pakar-pakar tersebut berhubung penemuan terbaru itu. Kumpulan pakar forensik dan peguam meninjau kembali kesan darah di tingkat berkenaan bagi menentukan sama ada ia milik manusia dalam siasatan inkues kematian Teoh. Menurut Gobind lagi, beliau tidak menolak kemungkinan kesan yang ditemui di tangga di Tingkat 15 merupakan darah haid pekerja wanita SPRM menitik keluar kerana salah kira hari. Oleh itu beliau akan menyarankan kepada koroner dan inkues hari ini supaya tong-tong penyimpan pad wanita terbuang di Tingkat 14 dan 15 disita dan diselidik untuk mendapatkan lebih banyak sampel darah.'
Jika lawak bodoh ini diucapkan oleh Dato' Aziz atau Bung Mukhtar sudah tentu sekali mereka akan diseranah oleh pejuang pejuang wanita. Ingat lagi lawak 'bocor' mereka?
Rupa-rupanya MP dari PR juga buat lawak bodoh yang tak cerdik ini, tetapi mentaliti untuk menghina sentiasa ada dalam kepala hotak mereka yang kacau tu. Cuba buat lawak sikit pasal 'Hard Kaur' yang tak reti kira hari, tentu sekali mereka berang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment