Saturday, August 8, 2009

Ketuanan yang tewas kepada keTaikoan

Apabila Dato' Seri Dr Mahathir Bin Muhammad, Mantan Perdana Menteri Malaysia mendakwa bahawa orang Cinalah tuan sebenar di Malaysia ini, ramai yang secara diam-diam dan secara hakikinya memperakukan kenyataan tersebut. Jika mantan PM yang membuat dakwaan sebegitu ia sudah tentulah tentulah berasaskan?. Manakan tidaknya beliau sendiri pernah didakwa meninggalkan mesyuarat MT UMNO selama lebih 2 jam kerana berbincang dengan tuan punya syarikat YTL yang tak menyempat-nyempat hendak berdiskusi dengannya. Begitulah berkuasanya tuan-tuan ini. PM pun boleh dikerahkan dihadapan anak-anak buahnya.

Mungkin ini sesuatu yang pedih untuk diakui tetapi itulah hakikatnya. Memandangkan orang-orang Melayu hanya ada kuasa politik, kuasa ekonomi ditangan orang Cina, maka tuan pada hakikinya dipegang oleh kapitan-kapitan yang memiliki guni-guni emas. Kuasa untuk memilih boleh dikawal. Kuasa politik boleh dijual beli. Kuasa politik bersifat dinamik, ia tidak kekal kepada satu pihak semata-mata. Ia boleh beralih arah. Sebab itu Yahudi Amerika melobi kedua-dua calon Presiden Amerika. Siapa pu yang menang, mereka tetap boleh dicucuk hidung.

Maka disinilah jawaban bagaimana 6 kotak beer lebih berharga dari maruah seorang Melayu yang bernama Hassan Ali. Suara Hassan Ali hanya suara kuasa poltik yang boleh dineutralkan. Hassan Ali pun tahu suara beliau tidak membawa makna, tetapi beliau membawa watak pesuruhjaya PAS, jika beliau tidak bersuara apa orang kata pulak?.

Tetapi realitinya suara -suara Melayu sudah tidak mampu lagi untuk membentuk sebarang arah yang dapat mencerminkan ketuanannya. Ketuanannya hanya tinggal nama yang tidak membawa makna.

Apakah hak asasi manusia pada definasinya? Sudah tentu hak asasi majoriti diutamakan tanpa menindas hak asasi kaum minoriti. Jika semua hak asasi kaum minoriti harus diberi keutamaan maka sudah tentu selepas berbagai-bagai lagi tuntutan akan disuarakan kerana semuanya mempunyai hak yang sama yang dijamin oleh perlembagaan. Maka jika dahulu kerajaan yang memerintah dikutuk kerana tidak mendaulatkan syariat, kini kita hendak lihat sejauh mana syariat dapat didaulatkan oleh rejim yang baru.

Namun suara-suara apologetik sudah kedengaran, PAS sudah menjalankan tanggungjawabnya, maka PAS sudah terlepas dari disabitkan.

Samaa ada usaha itu membuahkan hasil atau tidak, Pas Selangor sudah terlepas daripada menanggung dosa. Pas Selangor sudah melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh parti dan ahli serta penyokongnya. Perjuangan Pas telah dilaksanakan di Selangor! Soal menang dan kalah dalam perjuangan ia adalah subjektif, tidak bermakna menang itu benar dan kalah itu salah (sepenuhnya klik sini)

Mudah sungguh menjadi sebuah parti seperti PAS, jika tidak dapat membantah dengan tangan hendaklah membantahkan dengan mulut, jika tidak dapat membantahkan dengan mulut hendaklah membantah dalam hati. Jadi selepas ini PAS hanya akan membantah dalam hati je lah ye....


Sebenarnya PAS Selangor boleh melucutkan jawatan Ronnie 'TakeBeer' Liew. PAS Selangor memang mempunyai kuasa untuk membetulkan keadaan dengan tangannya sendiri. PAS Selangor memilih untuk hanya membantah dalam hati . PAS Selangor sendiri tahu apa kuasa yang ada padanya tetapi memilih untu akur dan tunduk ikut saf. Kalau Doktrin Negara Islam boleh dikesampingkan apa lagi dengan sedikit hal arak 6 kotak.

Tetapi itulah mentaliti Melayu kita. Kita terlalu banyak beralah. Kita yakin boleh 'win the war' walaupun 'losing the battle'. Masalahnya kita 'keep on losing the small battle'. Dalam hal ini kita tidak boleh tidak kena angkat topi pada Ronni Takebeer, kerana keampuhannya bermain politik. Jadi Dr Hassan 'Six Pack' Ali you just have to shut your mouth.

Hakikatnya PAS tidak berani go for broke. PAS tidak berani untuk melucutkan jawatan Ronnie Takebeer. Gunakan kuasa yang awak ada...ada berani?

Salam untuk yang sanggup mati kerana kandang babi di Kedah sana.

p/s: Mengapa aku beria-ia mengkritik PAS dalam soal ini sedangkan UMNO mempunyai masalah yang sama?

Jawabanya adalah kerana PAS menjual diri sebagai penjaga ketuanan Islam. Mereka mengiklan dirinya sebagai Islam sebenar sebab itu mereka mempersoalkan semua yang UMNO buat atas nama Islam. Bila diminta memilih diantara prinsip dan kedudukan...kita dapat lihat apa pilihan mereka. Dan mereka dapat pula datang dengan alasan yang lucu2.

Bagaimana hendak menegakkan daulah Islamiah dengan hanya 51% penduduk negara beragama Islam sedangan hal 6 kotak beer pun terhoyong hayang? Kalau semuanya sama dengan apa yang UMNO lakukan sebelum ini maka apa yang berbeza?

kita lihat ada orang sanggup keluar kerajaan hanya kerana satu kandang babi..tetapi ada orang tak berani sekalipun ia benar atas nama Islam.

No comments: