Thursday, August 20, 2009

Orang UMNO tak sayang UMNO dan Sijil perakuan masuk Syurga PAS.

Kadang-kadang aku terfikir samaada masih adakah sikap sayangkan parti dalam diri mereka yang mengaku pejuang. Apabila sesorang itu berjuang, mereka harus mendahulukan apa yang diperjuangkan dan bukan mendahulukan kepentingan diri.

Aku percaya sebagai seorang yang terlatih dalam bidang guaman Rohaizat tahu apa signifikan hukuman yang beliau terima dari Majlis Peguam. Tak kiralah sama ada beliau mempunyai alasan tentang apa yang terjadi. Kalau kita tanya semua penjenayahpun mereka ada alasan mereka sendiri. Kalau kita dengar cerita mereka 90% mereka yang berada dipenjara itu tidak bersalah!

Apabila ditawarkan sebagai calon Rohaizat pasti sedar beliau berada didalam keadaan 'disadvantage' . Kedudukan beliau tidak memberi kekuatan kepada parti beliau dan dalam keadaan UMNO yang teruk dilanda masalah imej, situasi beliau akan merumitkan lagi UMNO. Tetapi beliau memilih untuk tidak menolak pemilihan ini.

Sikap bujur lalu melintang patah inilah yang menyebabkan UMNO akan tersungkur dalam jangka masa panjang. Sudah lah Tan Sri Muhyidin dan Zahid Hamidi tertidur dalam melaksanakan tugas mereka. Kini UMNO terpaksa menerima kesan busuk ini. Jika ini jenis pejuang yang kita ada dalam UMNO, eloklah bungkus kain baju siap-siap.

Atau semua ini memang menggambarkan UMNO dah tak ada calon yang ok?

*******************************************************************************

Petang tadi aku minum dengan rakan yang dah lama aku jumpa dan perbualan kami menjurus kepada pilihanraya Permatang Pasir dan Dakwaan TG NA tentang Islam Palsu UMNO macam Islam Palsu Palestin.

Menurut beliau PAS patut menubuhkan satu organisasi Quality Control yang memberi sijil jaminan ISLAM SEBENAR macam label Sirim. Menurut beliau lagi jika benar PAS mendakwa sesiapa yang undi PAS akan masuk Syurga, maka wajarlah PAS mengeluarkan sijil Perakuan Masuk Syurga yang ditandatangani oleh ulamak PAS dengan menyatakan syurga mana yang sipolan-sipolan dapat masuk ( syurga ada 7) pintu no berapa ( kalau ada banyak pintu macam di Mekah) barisan berapa, presint berapa ( Sebab bunyinya macam mereka tahu benar syurga tu macam mana..)

isu ni dah jadi isu teknikal la pulak...

3 comments:

zaidi ali said...

Salam Sdr KJ..

Secara teknikalnya "tak masuk syurga"...bermakna "masuk neraka".
"No middle-middle" betui tak?

Sijil Haram lebih senang disahkan berbanding Sijil Halal.

Passport Neraka lebih senang disahkan berbanding Passport Syurga.

Pintu neraka tak banyak pun!

KALAM JAUHARI said...

salam sdr Zaidi,
Isu syurga neraka ni dah jadi isu main-main sedangkan ia sesuatu yang serius kepada kita umat islam.

Sempena Ramadhan ini, mungkin semua pihak boleh bertenang untuk seketika. Cooling off period.

Kemana hala kita umat Islam ini jika pemimpin kita bercakaran seolah2 tiada jalan tengah?

SpotTheBloggers said...

Salam

Selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan 1430H