Showing posts with label UMNO dan PAS. Show all posts
Showing posts with label UMNO dan PAS. Show all posts

Tuesday, August 25, 2009

Tahniah YB Ustaz Salleh Man. Tahniah kepada Demokrasi

Tahniah Kepada YB Ustaz Salleh Bin Man kerana memenangi Pilihanraya DUN Permatang Pasir. Nampaknya MAIPP akan ada YDP baru.

Tahniah PAS kerana mampu mengekalkan momentum PRK.

Seperti yang aku nukilkan terdahulu, UMNO sememangnya tidak mahu menang di Permatang Pasir jadi tidak ada apa yang hendak disedihkan.

Sekalipun PRK kali ini tidak lebih dari pertandingan baling lumpur (mud slinging) tetapi begitulah adat berpolitik di Malaysia. Tidak ada yang haram semua halal. Semua boleh.

Apapun yang penting demokrasi di Malaysia subur

Salam untuk pendokong-pendokong demokrasi

Friday, August 21, 2009

PAS dan Politik Islam yang songsang dan sempit

Pada aku PAS sebenarnya adalah parti alternatif yang tulen orang Melayu/Islam di Malaysia. Hanya ada dua parti sahaja yang diyakini dapat membela dan memelihara kepentingan umat Melayu/Islam di tanah watan ini. UMNO dan PAS.


Ketika UMNO yang banyak dikuasai oleh golongan bangsawan Melayu dan Iktisad melayu hampir gagal membawa panji-panji Melayu / Islam, aku sangat berharap yang parti ini dapat mengambil tampuk kepimpinan Melayu/Islam dan membawa masyarakat ini kearah yang lebih baik.


Dalam politik, pertelingkahan adalah sesuatu yang lumrah. Berbeza falsafah diantara kumpulan adalah asas kepada sistem politik. Tetapi dalam Islam ada diajarkan ADAB untuk bertelingkah. Ada etika yang diajar oleh Rasulallah untuk memberi pendapat serta ada etika untuk tidak bersetuju. Begitulah halnya dalam Islam.


Aku menjangkakan apabila mereka memanggil diri mereka sebagai pejuang Islam Sebenar, pembawa panji-panji ajaran Rasulallah aku menjangkakan satu piawaian berpolitk yang tinggi. Satu etika yang menggambarkan kemurnian ajaran Rasulallah. Jika UMNO tidak mempunyai etika politik yang betul itu adalah kerana mereka membawa Islam palsu. tetapi yang mendakwa membawa Islam tulen juga mengamalkan etika politik macam UMNO, apa pula halnya?


Apabila Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi, seorang ulamak muda yang terdidik dalam Islam, yang lidahnya dimenghambur ayat-ayat suci alquran, mengambil pendekatan mendedahkan aib seorang saudara se Islamnya dengan mendakwa Rohaizat mempunyai isteri kedua yang terbiar.Aku tergamam seketika. Sekalipun Rohaizat membawa Islam palsu, seorang ulamak yang mempunyai taraf yang tinggi macam Nasrudin tak perlulah terjun kelembah kekotoran untuk sama-sama bergelumang tahi....


Mungkin benar niat beliau supaya supaya rakyat tidak berketuakan seorang yang mendera isteri, tetapi dalam PAS sendiri banyak ketuanya tidak menjalankan tanggungjawab menjaga isteri dengan betul.


Contoh yang paling nyata adalah Ketua Dewan Ulamak PAS yang disaman oleh isteri keduanya kerana mendera dan tidak memberi nafkah kecuali yang batin. Beliau masih ketua Dewan Ulamak tanpa sebarang tindakan diambil. Dalam posting aku terdahulu ada aku link kan beritanya.


Hakikatnya Tuan Guru, ini masalah banyak lelaki samada dalam UMNO dan PAS. Cerita yang ini terlalu panjang untuk dikesahkan. Banyak siu lain yang boleh Tuan Guru bahas dan debatkan.


Kata Rasulallah kalau tidak ada yang baik hendak diucapkan eloklah berdiam diri...

Salam untuk pembawa Islam palsu dan Islam sebenar.

Thursday, August 20, 2009

Orang UMNO tak sayang UMNO dan Sijil perakuan masuk Syurga PAS.

Kadang-kadang aku terfikir samaada masih adakah sikap sayangkan parti dalam diri mereka yang mengaku pejuang. Apabila sesorang itu berjuang, mereka harus mendahulukan apa yang diperjuangkan dan bukan mendahulukan kepentingan diri.

Aku percaya sebagai seorang yang terlatih dalam bidang guaman Rohaizat tahu apa signifikan hukuman yang beliau terima dari Majlis Peguam. Tak kiralah sama ada beliau mempunyai alasan tentang apa yang terjadi. Kalau kita tanya semua penjenayahpun mereka ada alasan mereka sendiri. Kalau kita dengar cerita mereka 90% mereka yang berada dipenjara itu tidak bersalah!

Apabila ditawarkan sebagai calon Rohaizat pasti sedar beliau berada didalam keadaan 'disadvantage' . Kedudukan beliau tidak memberi kekuatan kepada parti beliau dan dalam keadaan UMNO yang teruk dilanda masalah imej, situasi beliau akan merumitkan lagi UMNO. Tetapi beliau memilih untuk tidak menolak pemilihan ini.

Sikap bujur lalu melintang patah inilah yang menyebabkan UMNO akan tersungkur dalam jangka masa panjang. Sudah lah Tan Sri Muhyidin dan Zahid Hamidi tertidur dalam melaksanakan tugas mereka. Kini UMNO terpaksa menerima kesan busuk ini. Jika ini jenis pejuang yang kita ada dalam UMNO, eloklah bungkus kain baju siap-siap.

Atau semua ini memang menggambarkan UMNO dah tak ada calon yang ok?

*******************************************************************************

Petang tadi aku minum dengan rakan yang dah lama aku jumpa dan perbualan kami menjurus kepada pilihanraya Permatang Pasir dan Dakwaan TG NA tentang Islam Palsu UMNO macam Islam Palsu Palestin.

Menurut beliau PAS patut menubuhkan satu organisasi Quality Control yang memberi sijil jaminan ISLAM SEBENAR macam label Sirim. Menurut beliau lagi jika benar PAS mendakwa sesiapa yang undi PAS akan masuk Syurga, maka wajarlah PAS mengeluarkan sijil Perakuan Masuk Syurga yang ditandatangani oleh ulamak PAS dengan menyatakan syurga mana yang sipolan-sipolan dapat masuk ( syurga ada 7) pintu no berapa ( kalau ada banyak pintu macam di Mekah) barisan berapa, presint berapa ( Sebab bunyinya macam mereka tahu benar syurga tu macam mana..)

isu ni dah jadi isu teknikal la pulak...

Tuesday, August 18, 2009

UMNO Tak Mahu Menang Di Permatang Pasir

Bila UMNO membuat keputusan memilih Rohaizat Othman sebagai calon di DUN Permatang Pasir, UMNO dengan segera menampilkan satu imej yang akan menjadi beban sepanjang kempen pilihanraya ini. Beban yang sengaja dicari.


Mungkin benar Rohaizat tidak terbabit dalam hal yang di ceritakan itu, namun hakikatnya beliau telah digantung dari menjadi peguam oleh Majlis Peguam. Itu sudah memadai untuk menyusahkan UMNO. Tidak ada apapun alasan yang boleh digunakan untuk menangkis fakta ini. Akibatnya UMNO terpaksa menggunakan strategi defensif sejak awal lagi. Ini bukan satu strategi yang baik ketika berperang dikubu lawan. Mungkin UMNO memang tidak mahu menang dan hanya bertujuan untuk mengurangkan undi PAS.