Dari pendedahan ini maka kita rakyat marhaen boleh membuat beberapa kesimpulan;
1. Exco Selangor mencampuri urusan pentadbiran PBT secara langsung. Sama ada ini boleh dipanggil penyalahgunaan kuasa, aku tidak pasti, tetapi yang pasti ada Exco yang berlanggak sebagai gangster Kampung Dusun di SUK. Jadi dimana beza BN dengan PR?
2. Exco DAP tidak peduli dengan sentimen masyarakat Melayu. Sifat Chauvinis mereka sangat jelas. Jika mereka ini memerintah Malaysia, bayangkan siapa yang akan beraja dimata dan bersultan dihati.
3.Sikap besar kepala ini bukan dilakukan oleh exco DAP sahaja, malah Ahli Majlis DAP di PBT juga mempunyai sikap mereka sahaja yang betul dan kaedah mereka sahaja yang perlu diikuti. Tanyalah pegawai PBT Ampang Jaya, Kajang, Selayang dll.
3. PAS gagal dalam menangani isu penjualan arak di Selangor. PAS baru sahaja ditempelak oleh DAP dan MCA tentang hak untuk menjual arak kepada khalayak samada di kawasan majoriti Melayu/Islam atau tidak. Inilah maslahat yang sama yang didepani oleh UMNO tetapi UMNO memilih untuk mengikut telunjuk MCA. Jadi kita lihat sejauh mana PAS dapat mengatasi maslahat ini. Pada firasat aku status quo akan kekal. Maknanya PAS akan mengikut telunjuk DAP. Jadi PAS dan UMNO sama sahaja. Tetapi PAS memakai jaket Islam dan UMNO jaket nasionalis, maka nampaknya PAS akan masuk syurga walau pun arak dijual secara umum sama macam zaman UMNO.
4. Ironinya dengan PAS adalah salah atu hujah mereka kenapa UMNO tidak mengikut lunas Islam adalah kerana Arak dijual secara berleluasa di Selangor. Kilang arak ada di Selangor. tetapi sebaik sahaja mendapat kuasa retorik ini hilang. Timbul pula hujah arak adalah untuk bukan Islam dan mereka berhak dan sebagainya. Itu adalah hujan Ustaz Azizan di Kedah. Di Selangor tiada resolusi dari PAS Selangor untuk menutup kilang arak di Shah Alam. Malah YB Khalid juga mempertahankan hak bukan Islam untuk mentekadarah arak. Apa bezanya dengan zaman UMNO?. oohhh..dizaman UMNO mereka tidak menggunakan ayat alquran dan sirah Rasulallah untuk menghalalkan perbuatan ini....bodonya UMNO.
5. YM DR Hassan Ali patut tahu ada satu lagi benda yang lebih merbahayakan dan sangat memabukkan di Selangor..benda itu disebut KUASA.
4 comments:
ish...entahla...dunia..dunia...
Salam Sdr KJ.
Kelas Bujang Lapok:
2 X 5 = 10..
5 X 2 = 10..hahaha.
T + UMNO + PAS - NO = TUMPAS
MCA + DAP + MIC = MENANG..hehehe.
Terkejut bila Muslimat Pas(Dr Lo'lok)mempertikaikan hukuman sebat model yang minum arak di Pahang...bila depa gang dengan DAP yang haram semua jadi halal...Elizabeth Wong yang bersekedudukan dengan pemuda Melayu pun muslimat peluk erat dan bela...ish2...
Pengerusi DAPSY, Loke Siew Fook telah mengeluarkan satu kenyataan penuh penghinaan dan paling keji terhadap pendakwah saudara Ridhuan Tee Abdullah serta kepada seluruh penganut agama Islam.
Sdr KJ
Sila lawat laman blog YB Zulkifli Nordin di http://zul4kulim.blogspot.com/2009/08/biadapnya-pemuda-dap.html ATAU laman web haram jadah http://sjsandteam.wordpress.com/ untuk lihat sendiri.
Harap dapat initiate ssesuatu untuk belasah blog haram jadah nih!
Salam hormat
Post a Comment