Ini part yang aku tak suka tetapi kena terima, bila orang Islam di beri pendidikan asas tentang perkara-perkara yang mereka kira mereka faham!
Beliau percaya pegawai MBSA atau ahli majlis mungkin salahfaham dengan Akta Eksais 1976, yang menyebut bahawa lesen minuman keras tidak diperlukan bagi menjual minuman dengan kandungan alkohol kurang daripada 8.8 peratus."Dalam Bahasa Malaysia, tidak terdapat terjemahan yang tepat bagi minuman keras.
(Istilah) bir hanyalah terjemahan terus. Orang Islam mungkin tidak faham istilah ini. Tetapi bukan Islam dapat membezakan bir daripada arak."(Dalam istilah perundangan) bir didefinasikan sebagai 'minuman keras'. Tidak ada deskripsi yang lebih tepat (daripada itu)," kata Liu, yang bidangkuasanya sebagai exco negeri termasuk memantau perjalanan majlis daerah.
Ekoran serbuan tersebut, Liu berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan empat ahli malis MBSA, pengarah pelesenan dan seorang pegawai daripada pasukan yang membuat serbuan tersebut.
(sepenuhnya klik sini)
Maknanya YB yang menjaga hal ehwal Islam itu belum habis baca akta. Dari segi teknikal undang-undangnya nampaknya beliau Ronnie 'takebeer' Liu berada dilandasan yang betul. Maka termalu-malulah kita. Kita hanya bersandar kepada alasan sosial dan adat semata-mata. Inilah yang bakal memerangkap kita dalam banyak hal kemudian nanti. Ketidak upayaan orang Islam melindungi hak mereka dari sudut perundangan.
Hal hal teknikal sebegini amat penting kerana kita tidak mengklasifikasikan 'al khamar' dengan bahasa undang-undang dunia. Pada kita asal memabukkan semua tidak boleh, tapi sudah dasar manusia suka sangat mencari kesempatan dan ruang untuk meloloskan diri dari segala macam undang-undang yang mengikat. Ini kes sama macam kes Nabi Musa dengan Sapi Betina.
Jangan salahkan sesiapa melainkan diri kita. Aku syak draf undang-undang ini disediakan oleh orang bukan Islam dan kemudian diiakan oleh MP-MP Muslim kita yang bangang dan inilah hasilnya.
Jadi jika PAS atau sesiapa sahaja yang nak mengharamkan jualan 'bir' tu, akta kena gubah semula beb!.
Oh ya, dalam konteks yang sama kilang di Shah Alam dan Sungai Way tu bukan kilang 'minuman keras' , patutlah banyak 'melayu' kat situ dan padanlah Ketua Pemuda satu tu tak kisah bergambar dengan meja penuh menatang tu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment