Tuesday, July 21, 2009

NASIHAT USTAZ HARUN TAIB KEPADA UMNO

SHAH ALAM – Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib mendakwa pemerintahan Barisan Nasional (BN) selama 50 tahun tidak mengamalkan prinsip asas keislaman kerana banyak banyak mencabar ayat-ayat suci al-Quran dan Sunnah.

Beliau berkata, ini dapat dilihat pelbagai masalah yang dihadapi kerajaan sekarang seperti keselamatan, jenayah, rasuah, penyalahgunaan kuasa, rompakan dan sebagainya.

“Masalah ini terjadi kerana kepimpinan BN tidak menghayati kandungan Islam yang sebenar. Jika pemimpin UMNO masih mengaku mempertuhankan Allah dan menabikan Muhammad SAW, landasan sebenar perlu dituruti.

“Kenapa UMNO boleh sembahyang mengikut ajaran Islam, mengapa tidak boleh mengikut Islam dalam memerintah negara? Adakah UMNO mengambil konsep beriman separuh kitab dan menolak separuh yang lain?” katanya, semalam.

Sekiranya dibandingkan dengan kepimpinan Pas, beliau berkata, Pas memperjuangkan Islam agar menjadi akidah kepada negara dari segenap segi sama ada dari sudut pentadbiran, kehakiman atau sebagainya.

“Pendek kata, apa sahaja yang terkandung dalam dua kalimah syahadah iaitu ‘tiada tuhan disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad itu pesuruh Allah’ akan diaplikasikan oleh Pas bukan sahaja dalam kehidupan individu, masyarakat dan negara,” katanya.

Menurutnya, situasi sebeginilah yang membezakan antara UMNO dan Pas memandangkan dasar serta matlamat perjuangan yang dibawa jauh berbeza.

“Kita dapat lihat kepimpinan negara, terang-terangan menolak hukum Allah,” katanya.

Beliau berkata, UMNO membenarkan ‘Riddah’ atau murtad: berleluasa di samping mengamalkan budaya “Hendonisme” budaya “akhlak bobrok” melalui agensi-agensi penyiarannya.

Harun berkata, sekiranya hanya menghebohkan soal pembinaan masjid, semua dunia membina rumah Allah itu, namun pentadbiran mereka sama juga tidak mengikuti ajaran Islam.

“Status kedudukan pemimpin di negara barat dan timur yang sekular, sama dengan kedudukan pemimpin UMNO di Malaysia ini,” katanya.

Menurutnya, sekiranya masih wujud benih keimanan dalam hati pemimpin UMNO, beliau merayu mereka kembali bertaubat ke jalan Allah SWT.

sinarharian

Aku andaikan dengan dakwah dan nasihat serta saranan sedemikian , jika dituruti oleh UMNO maka Negara Malaysia akan A ok. Maknanya Negara Malaysian kita akan aman dan damai, indeks jenayah akan menurun, indek TI akan meningkat, indeks hak asasi Malaysia meningkat, Ekonomi akan mencatatkan pertumbuhan 8% keatas selama mana kita mengikut saranan Ustaz, dan kita akan berada didalam suasana UTOPIA.

Demikianlah sebabnya mengapa ALLAH swt mentakdirkan 3 negeri diperintah oleh Pakatan Rakyat. Kerananya jika kepimpinan BN tidak menghayati kandungan Islam sebenar, maka kepimpinan PAKATAN RAKYAT akan menghayati Kandungan Islam SEBENAR. Aku amat mensyukuri nikmat illahi ini.

Maka dengan ini ARAK tidak akan dijual berleluasa di premis AWAM di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang (Kelantan ok doh) . Malah Kerajaan Pakatan Rakyat akan menghapuskan kilang-kilang arak yang ada dialam negeri dibawah tadbiran mereka. Hukum-hukum Islam termasuk perbankan dan hukum -hakam Islam yang dipatuhi dan dilaksanakan di semua Kerajaan Pakatan Rakyat kerana kepimpinan mereka menghayati Kandungan Islam yang sebenar. Maknanya tiada akaun bank selain bank Islam akan dibuka di 3 negeri terbabit. Setakat ini aku masih menerima cek bank konvensional dari Kerajaan Negeri Selangor!

Pembahagian kekayaan juga akan dilakukan secara adil di semua negeri Pakatan Rakyat. Tiada Pemimpin terbabit dengan kumpulan-kumpulan underworld. Tiada pemimpin rasuah dan tiada pemimpin yang tidak bermoral yang boleh menjawat jawatan awam.

Tiada pemimpin yang akan mendera isteri mereka, tiada pemimpin yang mempunyai skandal seks. Tiada Pemimpin yang punya kroni kroni atau yang diam-diam merampas tanah-tanah kerajaan.

Kontrak-kontrak akan dibahagi kepada semua usahawan yang layak dan bukan mengikut formula-formula tertentu mengikut parti-parti yang memerintah. Kontrak-kontrak tidak dianugerahkan melalui wahyu SUK atau surat-surat sokongan pemimpin.


Benarlah Kerajaan Negeri yang tidak ditadbir oleh Pakatan Rakyat akan dilaknat oleh Allah swt kerana tidak menghayati ajaran Islam sebenar melainkan 4 negeri yang ditadbir oleh PAKATAN RAKYAT.

Sementara itu marilah kita hayati perkembangan mutakhir yang syahdu dan damai di Negeri-Negeri yang tadbir oleh PAKATAN RAKYAT yang menghayati Kandungan Islam SEBENAR.





Ini semua salah BN semate. Maslahat ini tidak ada kena mengena dengan PAKATAN RAKYAT! Tidak ada anak -anak orang PAKATAN RAKYAT terlibat dalam kerja haram jadah ni. Di Negeri PAKATAN RAKYAT tidak ada kelakuan sebegini. Diulangi tidak ada kelakuan sebegini!We are Clean!.

Sementara itu mari kita melihat sedikit lembaran Sejarah sejarah yang menimpa umat Islam yang bercakaran sesama sendiri. Yang merasa diri mereka lebih batul dari yang satu lagi


3 comments:

Paksu Ki said...

UMNO dan PAS sama aje. UMNO menjurus kepada nasionalis manakala PAS ke arah Islam. Itu dari susdut perlembagaan parti. Yang aku lihat sekarang ini kalau UMNO perintah tak betul dari segi syarak PAS yang tegur. Kelantan pulak aku nampak UMNO tak tegur PAS pun, cuma yang aku lihat cah keting dari UMNO.

Jil Fityan said...

Kalo saya jadi anda, saya tak perlu menilai UMNO dengan melihat gelagat rakyat yang memilihnya. Melihat rakyat yang menjadi jajahan takluknya.Kerana itu double standard pukul rata parti UMNO dengan melihat rakyatnya.

Lebih baik saudara letakkan video keceluparan dan bangangnya pemimpin PR (jika ada). Kita menilai parti, kita lihat tunggak kepimpinannya. Bukan rakyatnya.

Saudara pergi ke link ini saudara jumpe video nya : http://www.youtube.com/watch?v=2xV--vCSG3c

INI : http://www.youtube.com/watch?v=kgU7sC3kxGc

dan banyak lagi saudara leh ketemu di YouTube. Ini hanya sebahagian contoh utk tatapan saudara.

KALAM JAUHARI said...

T/kasih saudara Paksu Ki dan Jil Fityan kerana sudi bertandang, Jika tuan amati tulisan saya dan entri-entri lain dalam blog saya, saudara akan dapati saya bukan PENYOKONG PAS atau PEMBENCI UMNO.

Apa yang saya cuba tonjolkan adalah betapa naifnya nasihat Ustaz tersebut. Jika pun benar PAS menghayatai Ajaran Sebenar Islam, ia tidak kelihatan di 3 negeri yang di perintah PR.

Jika sekalipun PAS memerintah negara ini adakah bermakna tiada jenayah, tiada rasuah, tiada kongsi gelap, tiada keganasan, tiada perjudian, tiada pelacuran?

Hakikatnya adalah PAS tetap akan menghadapi masalah yang sama dengan UMNO hadapi sekarang ini, malah aku jangkakan lebih hebat kerana ketika itu MOSSAD dan CIA juga akan lebih aktif.

Saya tidak bersetuju bila kita menilai parti, kita melihat tunggak kepimpinan, Hakikatnya Grassrootlah yang menjelmakan bentuk kepimpinan dan Pemimpin mencerminkan apa yang rakyat bawahan pilih. Jadi sesebuah parti harus dinilai ahlinya secara keseluruhan.

Terima kasih kerana berhujah dengan berhemah dan tidak menggunakan ayat -ayat makian seperti yang selalu kita jumpai dibila ada yang tidak bersetuju.

Saya hormati dan hargai pandangan tuan-tuan.