Thursday, July 2, 2009

Apabila Pemuda PAS berfikiran Seperti Yahudi....

Apabila aku membaca akhbar Utusan Malaysia tentang pelawaan pemuda PAS untuk berwacana dengan Pemuda UMNO, aku tidak dapat menghindarkan diri dari tersengeh-sengeh di kedai mamak pagi-pagi buta ni.

Tersengeh kerana tajuk wacana yan hendak dibincangkan adalah "Adakah Pejuangan UMNO tidak bertentangan dengan Islam" (klik disini). Aku harus angkat topi kepada Nasruddin Hassan Tantawi kerana bijak dalam permainan politik. Strategi perang beliau sama dengan strategi perang yang Israel gunakan untuk meranapkan musuh-musuhnya. Israel mahu berperang dengan musuhnya tetapi tak mahu musuhnya memiliki sebarang senjata. Dalam ertikata lain Israel hanya mahu berperang bila mereka pasti mereka boleh menang!

Awal-awal lagi Pemuda PAS sudah meletakkan Pemuda UMNO dalam keadaan defensif. Jika Pemuda UMNO masuk gelanggang mereka perlu mempertahankan diri dan PAS hanya perlu menembak sahaja. PAS tak akan terjejas dengan sebarang keputusan wacana. Kalau tak boleh MENANG, keputusannya SERI. BLOODY DAMN GOOD!.

Tetapi jika kita lihat dengan lebih dalam, Pemuda PAS tidak akan mendapat apa-apa, sebaliknya terus memecah belahkan umat Islam di negara ini. Aku tak tahu samada ini strategi utama mereka, tetapi yang menang jadi arang dan yang kalah jadi abu.

Apakah rumusan wacana itu?
1. UMNO tidak bertentangan dengan Islam.
2. UMNO bertentangan dengan Islam.

Adakah PAS akan menerima keputusan no 1?. Kalau mereka terima, sejak awal lagi tak payahlah berwacana. PAS hanya akan menerima keputusan no 2 bukan?. Jika begitu adakah 3 juta umat Islam yang menanggotai UMNO terkeluar dari landasan Islam? adakah 3 juta umat itu tidak Islam ? murtad? kafir? jika mereka terkeluar dari Islam apakah hukum nikah kahwin ahli PAS dan UMNO? adakah apabila TGNA menyamakan UMNO dengan ajaran ayah Pin, ini adalah agenda tersusun PAS? maka kita akan kembali ke zaman dimana fatwa mengkafirkan UMNO..Kita tidak menentang UMNO kerana UMNO itu UMNO...kita menentang UMNO kerana......(letakkan sebab mengikut citarasa anda..).

Jika Islam UMNO bertentangan dengan Islam, apa jadi dengan Islam DAP yang tidak menerima negara Islam? Apa jadi Islam PKR yang lebih kurang sama dengan Islam UMNO? apajadi dengan Islam gerakan?MIC?

Bagaimana dengan Islam NU dan Muhammadiyah Indonesia dan ini tidak akan berakhir...?

Apa yang aku nampak dari kelakuan sebegini adalah kesempitan fikiran yang kronik. Islam label melabel ni dah berlaku beratus-ratus tahun lamanya. Kini kita ada Islam Ahli Sunnah , muktazilah, jabariah, wahbbiah, sufi, syiah dan berbagai lagi label. Menambah satu lagi label Islam UMNO tidak akan mengubah apa-apa, malah akan membawa umat Islam lebih jauh dari raeliti dunia global.

Jika kepimpinan ulamak hanya mampu haram mengharam, kafir mengkafir maka kesudahan negara ini tidaklah baik. Aneh sekali apa bila mereka hendak mengharamkan SISTERS IN ISLAM mereka lari dan menyuruh Majlis Fatwa Negara melakukanya. Kenapa tidak berani menjatuhkan hukum sedangkan Nasrudin adalah Ulamak yang meningkat naik? Kalau dah UMNO bertentangan, SIS lagi terukkan?

Aku cadangkan Pemuda PAS berwacana dengan Pemuda UMNO tentang gelombang kejatuhan ekonomi ke dua yang bakal melanda dunia atau bagaimana membangunkan sistem perbankan Islam yang sepatutnya mengambil alih sistem kewangan dunia memandangkan ekonomi telah jatuh merudum.

ataupun perkara-perkara tersebut tidak ada dalam kitab Nasrudin? Aku mungkin orang yang tidak layak memberi nasihat kepada ulamak mulia seperti Nasrudin tetapi dalam usia aku ini, aku sudah melihat bagaimana perpecahan sesama Islam merosakkan masyarakat. Berdakwahlah dengan berhikmah

Salam untuk saudaraku yang diragui Islamnya....

2 comments:

Anonymous said...

Salam KJ.

PAS bersekongkol dengan sekutunya Lim Kit Siang dan Lee Kuan Yew ("good" cap jari Nik Aziz!) hukumnya melawan hukum Tuhan.

UMNO dah lepas tanggungjawab dari segi hukum kerana dah offer PAS.
Masalah dah bersekongkol dengan MCA/MIC tu masih boleh diperbetul.

Semakin sesat anak2 murid Nik Aziz niehhh!

KALAM JAUHARI said...

Salam untuk saudara ku Zaidi,
Mungkinkah Islam dapat kembali bersatu dibawah satu payung kebenaran? Terlalu banyak label Islam kini, kita terlalu gemar meletak hukum. Hakikatnya hanya Allah yang mengetahui...