Thursday, July 30, 2009

Wajarkah kita melabel Mufti sebagai Pelacur

Nampaknya senario politik dan tahap budi bahasa Melayu/Islam di Malaysia sudah mencapai satu tahap baru, apabila ada sekumpulan manusia dengan angkuhnya melabel seorang ulamak yang tidak sepakat dengan mereka dalam hal-hal tertentu sebagai pelacur.


Sesudah kita mempersoalkan tahap keIslaman seseorang, mempersoalkan sembahyang seseorang, memanggil orang dengan nama anjing, iblis, syaitan maka tahap berikutnya adalah mencerca golongan ulamak yang tidak sefahaman dengan kita sebagai pelacur. Tahap kebencian yang menggelegak yang membuat kita hilang akal budi. Kita terlupa air ludah yang ludah kelangit akan jatuh ke muka kita sendiri.


Aku sebenarnya menghargai hak untuk bersuara, tetapi hak yang tidak ada batasan akan mendatangkan bahaya kepada masyarakat. Jika hari ini kita menggelar ulamak yang tidak bersetuju dengan kita sebagai pelacur murahan. Esok kumpulan lain yang tidak sehaluan kita juga akan menggelar ulamak yang sehaluan dengan kita sebagai pelacur murahan juga. Apa akan jadi jika semua ulamak adalah pelacur. Jika dia tidak pelacur pro dia pelacur kontra bukan? Maknanya semua ulamak adalah pelacur?


Berpolitiklah dengan bijaksana tanpa mendatang perpecahan yang parah. Kita sebagai manusia Islam banyak bersangka-sangka dengan ilmu yang tidak cukup. Kita bukan Tuhan untuk menjatuhkan hukum sipolan-sipolan sebagai begitu atau begini. Yang hak bagi Tuhan biarlah dia yang menetukannya. Jangan besok yang jadi pelacur ada dineraka yang menuduh sebagai pelacurpun ada ditempat yang sama, sebab 2x5!.


Selepas itu kita akan jadi Pakistan atau Afghanistan. Berbunuh-bunuhan kerana menyangka Islam kita lebih betul dan darah selain kelompok kita halal.


Aku cuma hendak melihat ulamak yang bukan pelacur menjalankan pemerintahan mereka, kerana dengarnya dinegeri yang diperintah kinipun penuh dengan rumah urut....


Salam untuk ulamak yang digelar pelacur,









3 comments:

Anonymous said...

Salam.
Politik lebih banyak membawa keburukan dari kebaikan. Lebih buruk lagi bila ulamak ditarik dan tertarik kepada kancah politik. Rasanya kalau politik lebih condong kepada hasad, fitnah, penindasan, perpecahan dan keruntuhan umat Melayu Islam maka eloklah diharamkan kempen politik sepanjang musim. Kempen cuma masa PRU saja. Lepas PRU, tutup buku politik.

Sepatutnya ulamak keluarkan fatwa begitu demi agama Islam.

Z-MAY said...

salam sdr kalam jauhari,

malang sungguh... budi bahasa, kesopanan, ketulenan agama Melayu Islam semakin buruk. dicelarukan oleh mereka yg menolak kebenaran hakiki dan berdiri atas impian yg terang-terangan menolak kebenaran hakiki, tp diputar belitkan atas nama kebenaran.

teramat malang... ramai pula yg terpengaruh. berfikir ikut naf, tanpa kewarasan jati.

dulu, setelah negara dan anak bangsa dirosakkan oleh penjajah dan komunis, kita berusaha keras menentangnya, demi mencari kesempurnaan.

kini, negara dalam keadaan baik dan sempurna, ada sebahagian drp kita berlumba2 untuk merosakkannya.
mereka itu ada kepentingan pribadi. bagaimana pula yg terikut2 dan terpengaruh itu? di mana akal mereka?

KALAM JAUHARI said...

Salam Zaidi dan Z-May, Intitusi ulamak adalah tunjang kepada kekuatan dan kelestarian umat Islam. Jika kita tidak lagi menghormati ulamak maka jalan yang huru hara menanti kita. Berbalah adalah hal yag lazim, sebab itu ulamak sendiri ada 'ijtihad' iaitu satu pendapat yang disepakati oleh kebanyakkan ulamak muktabar. Jika kita tidak bersetuju dengan ijtihad tadi kita sediakan hujah kita bukan melabel dengan nama yang bukan2. Hal melabel ini bukan adab berbalah dalam Islam.